Monday, 20 May 2013

Untuk Pemeliharaan Kesihatan Sendi Anda


Apa itu penyakit sendi atau Artiritis?

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat. 
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.
Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri. 
  • Kekakuan pada awal pagi. 
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi. 
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal 
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi. 
  • Kelemahan dan kepenatan. 
  • Demam bergred rendah. 
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan. 
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.
Perawatan
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan


Vitamin cadangan dari Shaklee untuk penyakit sendi atau Artiritis iaitu Advance Joint Health Tablet, Omegaguard & Ostematrix.



Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
 





1. AJHT (Advance Joint Health Tablet)
    - Ramuannya diuji secara klinikal
    - Pendekatan secara semulajadi untuk kekal aktif
    - Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
    - Mengandungi ekstrak unit Boswellia aktif dengan paten tertunda
    - Membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
    - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan
    - Meningkatkan kesan kusyen
    - Memelihara tisu penyambung yang sihat

2. Omegaguard
    - Mengurangkan inflamasi
    - Melambatkan degradasi tulang rawan
    - Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
    - Mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
    - Bertindak sebagai pelincir
    - Membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriat dan sakit

3. Ostematrix
    - Mengekalkan sel tulang yang sihat
    - Ia lebih daripada kalsium
    - Mengandungi 1000mg kalsium - sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
    - 400mg Magnesium membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
    - Vitamin D bagi merangsang penyerapan kalsium
    - Boron membantu dalam metabolisma tulang
    - Mengandungi Mangan, tembaga dan zink bagi mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Disamping mengambil vitamin-vitamin Shaklee amalan gaya hidup yang sihat juga perlu diamalkan. Perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda. 
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda. 
  • Selang selikan rehat. 
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda. 
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.



Gaya Hidup
  • Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  • Sertai kumpulan sokongan artritis.
  • Fikir secara positif dan ceria selalu.
Apa yang patut dielakkan
  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.
  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Untuk itu jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi anda sihat biarpun di usia yang semakin meningkat.

Sumber: efarmasi.com.my



“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


Untuk Info & Order
Eina Md Ali
Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
SMS/Whatsapp : 019 227 5759
Email: inna.mdali@gmail.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...