Bahaya Jerebu, Panduan Semasa Jerebu untuk Pengidap Asma

5:20 PM

 haze, herebu

June 2013, Malaysia hari ini di landa jerebu di tahap membimbangkan. Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Pada hari cuaca berjerebu dan udara tercemar sudah pasti kita lebih suka berkurung dalam rumah. pencemaran udara bukan sahaja menimbulkan masalah kepada orang yang mengalami masalah pernafasan, tetapi juga kepada kita semua.

Kesan jerebu ke atas yang yang sihat biasanya tidak begitu teruj dan boleh dirawat dengan mudah. Dalam kes paling teruk, mereka mungkin mengalami gejala seperti kerengsaan mata dan hidung atau ruam kulit.

Tetapi jerebu boleh membaca kesan buruk ke atas kanak-kanak yang menghidap asma kerana:-
  • Mereka gemar bermain di luar
  • Kadar pernafasan mereka lebih cepat
  • Paru-paru mereka masih belum matang
  • Saluran paru-paru mereka lebih sensitif
Apabila anak-anak anda bermain di luar, mereka biasanya bernafas melalui mulut dan udara yang masuk ke dalam paru-paru mereka adalah lebih kering dan lebih tercemar. Beza antara udara bersih dalam paru-paru dan udara tercemar atau udara kering yang disedut dari luar boleh mencetuskan serangan.

gejala akibat jerebu

Si manja anda mungkin gelisah semasa tidur, radang lubang hidung, bernafas melalui muncung bibir, letih lesu, pendek nafas, muntah dan nafas kencang. Terdapat juga banyak amaran serangan asma yang boleh didengari, termasuk berdehit dengan kuat, kerap mengeluarkan kahak, dan batuk tanpa mengalami selsema. Adalah penting untuk mengawasi semua petanda ini.

Kajian menunjukkan terdapat pertalian yang konsisten antara kualiti udara dan keseriusan gejala asma. Pada hari berjerebu, udara yang lebih tercemar terbukti mengurangkan fungsi paru-paru dengan meradangkan dinding paru-paru. Tindak balas lauran udara secara berlebihan mencetuskan beberapa perubahan yang dikaitkan dengan keradangan. Ini menyebabkan kekerapan serangan asma dan jangkitan bahagian atas saluran pernafasan pada musim jerebu.

Beberapa panduan berikut dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada jerebu:

  • Bermain dalam rumah sebanyak yang boleh. Elakkan sukan dan aktiviti luar untuk mengurangkan pendedahan kepada pencemaran
  • Baca/dengar laporan ramalan cuaca. Laporan ramalan cuaca memberikan maklumat tentang indeks kualiti udara dan keadaan lain yang mungkin boleh memburukkan keadaan asma anak anda
  • Tutup pintu dan tingkap rumah. Jika anda menggunakan pendingin udara, selalu bersihkan penapisnya untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti udara dalam rumah
  • Jika anda perlu keluar, ingatlah bahawa menutup hidung dan mulut dengan sapu tangan tidak berkesan kerana debu dalam udara cukup halus untuk menembusi kain biasa. Sentiasa pakai pelitup apabila udara berjerebu teruk. Ia menyekat debu dan melindungi anda daripada menyedut habuk jerebu. Tukar pelitup anda apabila kotor atau rosak.
  • Jaga kebersihan dengan mandi dan membasuh tangan secara kerap apabila anda masuk ke dalam rumah
  • Kekalkan penghidratan dengan kerap minum air. Pastikan anak-anak anda minum air dan mendapat rehat secukupnya
  • Jangan memakai kanta lekap apabila udara berjerebu teruk.
  • Bawa bersama ubat pelega sepanjang masa. Anda tidak boleh ramalkan bila keadaan akan mencetuskan serangan asma. Itulah sebabnya doktor memberi preskripsi ubat mengawal asma untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit ini. Pengambilan ubat ini mengikut preskripsi boleh mencegah serangan dan membantu anak anda menagani situasi yang boleh mencetuskan asma dengan lebih baik.
  • Satu lagi cara untuk menguatkan sistem umin bayi anda ialah dengan memberikan susu badan. Bayi yang menyusu ibu umumnya mengalami gejala yang kurang teruk apabila diserang penyakit selsema dan flu.
  • Akhir sekali, bincangkan dengan doktor anda tentang rancagan pengurusan asma anak anda. Rancangan tindakan peribadi yang dipatuhi sepenuhnya dapat membantu anda mengawal gejalanya. Bincang dengan doktor atau jururawat asma jika anda belum mempunyai rancangan tertentu. Jika ini tidak berkesan, cuba teliti ubat, keadaan yang boleh mencetuskan asma dan gaya hidup anda untuk mengenalpasti sesuatu perubahan yang boleh dilakukan. 

Saya akan kongsikan vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami asma di dalam entry saya yang lain nanti ;)

Sumber: Naskah Pengasuhan Positif

You Might Also Like

2 comments

  1. ramai yg keliru jerebu dan kabus..kabus best sejuk dan nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim hujan, mungkin kita boleh jumpa kabus :)

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)