Friday, 5 July 2013

Merancang dan Mengira Waktu Subur Untuk Hamil


Menyimpan angan untuk menimang cahaya mata memang perkara normal di kalangan pasangan baru berkahwin. Bagaimanapun kerana kekurangan pengalaman dan ilmu, ada pasangan tidak tahu bilakah masa paling ideal untuk membuahkan hasil yang diidamkan.

Adakah waktu melakukan hubungan seks memainkan peranan dalam menentukan peluang untuk hamil? Ini kerana ada kajian di barat mengatakan bahawa sperma lelaki lebih banyak terhasil pada waktu pagi berbanding malam, walaupun perbezaannya sangat minima.

Contohnya sperma suami anda dikeluarkan sebanyak 87 juta pada waktu malam dan 88 juta pada waktu pagi. Ia kedengaran banyak, tetap ia tidak mengubah hal sebenar iaitu hanya satu sahaja sperma yang akan berjaya menyempurnakan misinya.

Pakar kesuburan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Jika anda benar-benar mahu hamil, fokus kepada waktu sesuai melakukan hubungan seks iaitu pada hari anda subur. Bagi wanita dengan kitaran haid 28 hari, tempoh subur adalah sekitar hari ke-10 hingga ke-17.

Jadi, hubungan seks sebanyak dua kali dalam tempoh masa subur tersebut sudah memadai untuk memberi peluang kehamilan. (Kalkulator ovulasi yang terdapat dalam website pama boleh membantu mengira bilakah tarikh subur anda).

Selain daripada membiasakan diri dengan mengetahui waktu subur, pasangan juga perlu sentiasa bertenang dan nikmati hubungan seks tanpa tekanan. Semakin anda bertenang, semakin tinggi peluang untuk hamil.  Kajian juga mendapati, pasangan cenderung untuk mengadakan hubungan seks pada bila-bila masa ketika waktu subur wanita.

Mengira Waktu Subur

Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.

Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.

Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan berenang ke arah ovum (telur) si isteri.

Hamil adalah saat di mana berlakunya persenyawaan antara telur dan sperma dalam rahim wanita sampai tempoh matang sembilan bulan untuk melahirkan seorang bayi.

Kekecewaan akibat kegagalan hamil ada kalanya menimbulkan tekanan yang mendalam kepada pasangan suami isteri.

Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan  mereka sukar untuk hamil bermula daripada masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.

Namun ada kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar.

Mengetahui waktu subur sangat besar ertinya bagi mereka yang ingin hamil dan bagi yang ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur boleh dijadikan panduan untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.

Sedangkan bagi yang mahu menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus dielakkan daripada melakukan hubungan seksual untuk mencegah terjadinya kehamilan.

Banyak cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengetahui bila waktu subur tersebut, iaitu:

Sistem kalendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya.Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan alat

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur.  Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili

*** Klik sini untuk Cadangan Set Kesuburan Shaklee 


“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
   
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : 
Vitamin KesihatanSejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...