Monday, 23 September 2013

Sustained Release Vita-C™ 500 mg


Assalamualaikum..seperti semua sedia maklum, Shaklee dah umumkan berita baik untuk penggemar Sustained Release Vita-C 500mg yang bakal berada di pasaran pada penghujung bulan Okt nanti. Saya sendiri pun tertunggu-tunggu...tak sabar rasanya nak order berbotol-botol..hehe. For sure akan lariss macam goreng pisang panas. Kenapa kita perlu Vita-C? Apa kepentingan Vita-C? Ok, jom baca kebaikan daa fungsi Vita-C dalam kehidupan seharian kita. 

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

 

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin C banyak digunakan untuk meningkatkan daya tahan & daya pulih tubuh. Sebagai antioksidan, Vitamin C memainkan peranan sebagai pelindung semulajadi dari serangan penyakit bagi seluruh keluarga kita. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Vitamin C dari Buah
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Antara Manfaat Utama 
~ Membentuk Kolagen
~ Memperbaiki Simptom Pendarahan
~ Peningkatan Sistem Imun
~ Memerangi Kanser
~ Mencantikkan Kulit
~ Memperbaiki Insomnia
~ Mengekalkan Kolesterol Sihat 



Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
.

Vitamin C juga sangat sinonim dengan kecantikan. Ini adalah kerana ia dapat merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Ambil Vitamin C setiap hari dapat membantu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah peneybab utama kejadian jeragat. Dengan pengambilan Vitamin C ia boleh mencantikkan dan mencerahkan kulit.

Vita C Sustained Release juga mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang T-cells untuk melawan kanser-kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Bagi yang mengalami masalah insomnia, Vita C Sustained Release bantu memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan metal seperti keresahan. Ia juga meingkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga dapat mengurangkan simptom selsema, alergi hidung dan kulit serta asthma.

Jika anda selalu mengalami gusi berdarah, lebam dikulit itu tandanya anda kekurangan Vitamin C. Dengan pengambilan Vitamin C ia dapat memperbaiki simptom pendarahan serta memulihkan kecederaan dengan cepat, juga mengelakkan gejala kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Vitamin C ini juga mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindar arteriosclerosis, thrombus serta menghalang pendarahan dalaman seperti hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
.

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp: 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...