Wednesday, 2 October 2013

Bahaya Toksin Dalam Badan

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.

Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah



Cuba bayangkan jika anda tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang. Ini bermakna pelbagai sisa toksin yang beracun terkumpul di dalam badan anda. Toksin disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di sekeliling sama ada secara sedar atau tidak. Pencemaran menjadi semakin parah apabila anda mengambil makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet, perasa tiruan dan bahan tambahan yang menjadi punca toksin dalam badan.

Menurut kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG), sebanyak 167 toksin ditemui. 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin.

Sebagai wanita yang semakin meningkat usia, adalah penting untuk memastikan anda mengambil pemakanan yang baik dan menggunakan produk yang dipercayai untuk membantu proses menyingkirkan toksin dari badan. Proses membuang air besar yang normal dan baik adalah dua kali sehari. Jika bermasalah, dapatkan nasihat doktor dan cubalah beberapa petua yang ubatan disahkan untuk mengatasinya.


Antara kaedah penyingkiran yang boleh kita amalkan

1. Dalam perubatan cina, kunyit digunakan untuk membersihkan hati, mengurangkan penggumpalan darah serta berperanan bagi menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

2. Ambil banyak serat bagi membantu sistem penghadaman yang baik. Tambahkan juga bakteria baik dalam saluran penghadaman anda (probiotik) dengan makan makanan seperti bawang putih, pisang, bawang, barli, madu, tomato. Apabila bakteria ini seimbang perut akan melancarkan proses detokfikasi.

3. Minum air teh mashmallow. Herba ini membantu membersihkan ginjal, menambah oksigen. Bunga mashmallow pula mengandungi pelbagai bahan berkhasiat untuk ginjal antanya beta karotino, vitamin B1, B2, B3 dan C. Ia turut mengandungi asid amino, mineral, zat besi, fosforus, kalsium dna selenium

4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari (250ml) agar pH tubuh anda kekal seimbang.

5. Bersenam atau Exercise. Tidak perlu lakukan senaman terlalu berat, cukup sekadar mengeluarkan peluh. Badan juga akan lebih bertenaga.

Saya akan sambung pada entri akan datang dan kongsikan organ-organ yang dapat membantu menyingkirkan toksin. Dan bagaimana Shaklee dapat membantu proses pembuangan toksin dan melakukan detoksifikasi. Ok sekian akan bersambung, semoga bermanfaat.



“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
 

Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...