Organ-Organ untuk Proses Membuang Toksin

9:00 AM


Secara umumnya kita mengetahui bagaimana cara menyingkirkan toksin dari tubuh badan kita. Kita akan makan sesuka hati tanpa memikirkan betapa teruknya organ-organ di bahagian proses dan penyingkiran bekerja. Terdapat organ-organ dalam tubuh badan kita yang berperanan menyingkirkan toksin daripada tubuh. Jom baca



1. Hati
~ Kebanyakan proses detokfikasi akan bermula di hati di mana di sini banyak enzim 'detoks' akan dihasilkan. Hati membawa banyak fungsi seperti membuat jud hempedu, menukar makanan kepada tenaga, membersihkan alkohol dan racun yang ada dalam darah serta membuat vitamin A untuk keperluan tubuh. Adakah anda sedar tanpa hati, toksin yang masuk dalam tubuh akan menyebabkan anda menderita dan merasakan tidak sihat sepanjang masa. Hati juga adalah organ tubuh yang sangat workaholic. Ia akan pantas bekerja setiap kali anda sumbat dengan pelbagai makanan yang kaya toksin ke tubuh.
~ Tiga tindakan umum yang dilakukan oleh hati untuk tubuh
  • Membuat jus hempedu dan mencerna asid lemak di dalam usus kecil
  • Menyimpan karbohidrat sebagai sumber tenaga
  • Menghasilkan glukosa untuk menyeimbangkan tahap gula dalam darah
~ Bagaimana hati bekerja menyapu toksik? Sebagai contoh, apabila anda minum sejenis minuman yang bertoksin tinggi, hati akan bertindak menukarkan toksin pekat kepada toksin yang lebih ringan dan dilepaskan dalam bentuk komponen cecair sama ada melalui peluh, air kencing, jus perut mahu pun air mata. Jadi hargailah hati anda untuk terus membantu melindungi anda dari toksin yang berbahaya.

2. Sistem Perkumuhan (Perut & Usus)
~ Bahagian ini merupakan tempat makanan di tampung debelum segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh di serap. Perut mampu menyimpan makanan dan minuman sehingga 2-3 liter. Setelah 2-3 jam, organ ini mula memproses makanan. Setelah semua diproses, bahan yang tidak diperlukan akan bergerak ke usus untuk sedia disingkirkan.
~ Walaupun nampak mudah dan teratur perjalanan fungsi perut dan usus menyingkirkan hampas tidak diperlukan dalam tubuh, sekiranya anda berdepan dengan masalah penghadaman bermakna proses detokfikasi akan terjejas. Bagaimana rasanya sekiranya bahan buangan anda tidak dibuang dalam masa seminggu? Pasti pelbagai masalah kesihatan akan hadir.

3. Ginjal (Buah Pinggang)
~ Ia adalah organ yang bertindak menyeimbangkan tubuh. Organ ini begitu penting kerana menjalankan fungsi menyeimbangkan pengaliran cecair dan tahap garam dalam tubuh, memusnahkan toksin, melancarkan aliran darah, membina sel darah merah, tisu dan Ph tubuh.
~ Ginjal akan bekerjasama dengan aldosteone-hormon yang di rembes oleh kalenjar adrenal bagi memastikan tahap garam dalam tubuh seimbang. Sekiranya kandungan makanan anda tinggi toksin daripada sumber garam, maka ginjal akan menyingkirkan bahan buangan ini melalui peluh dan air kencing. Disebabkan peranan yang hebat ini anda perlu memastikan ia terus terjamin dan sihat.

4. Kulit
~ Kulit paling jelas menjalankan fungsi penyingiran toksin dan bahagian ini seringkali menjadi sumber awal menunjukkan tubuh penuh toksik atau tidak. Justeru itu ramai yang lebih menumpukan bahagian tubuh yang lain. Yela kan, takut imej terjejas kerana wajah tumbuh jerawat, kusam dan kering. Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu faham bahawa kulit merupakan organ detoksifikasi. Bagaimana kulit menjalankan detoksifikasi? Buktinya dengan kehadiran sel kulit mati yang kering pada tubuh. Singkirkan lemak berlebihan melalui penghasilan serum minyak pada kulit seperti di wajah.

5. Paru-paru
~ Paru-paru seolah-olah penapis udara. Paru-paru membawa masuk udara terus ke dalam aliran darah dalam tubuh dan dalam masa yang sama akan membebaskan gas karbon dioksida. Dan gas-gas lain yang tidak diperlukan.
~ Sekiranya anda ,menyedut terlalu banyak gas beracun, paru-paru akan bekerja keras menapis semua yang bertoksik dan kesannya boleh dilihat berlaku pada penghisap rokok.
~ Paru-paru yang terlalu banyak menapis toksik akan berubah warnanya menjadi gelap dan sehingga akhirnya gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya.


Sumber: iSihat

Jom Detox dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)