Makanan Tambah Darah Untuk Ibu Hamil

4:23 PM



makanan tambah darah untuk ibu hamil


Weekend hari tu, spend setengah hari berjalan cari barang keperluan baby & diri untuk persedian bersalin nanti...singgah 1 kedai untuk beli 1 barang jer..sudahnya macam-macam dapat dari kedai tu..haha biasalah kan...kebetulan ada seorang bidan kat situ sambil jual & promot keperluan untuk ibu-ibu berpantang macam pilis, param, tunku, rempah mandian, minyak-minyak...ishh macam-macam la...sempatlah juga bidan tu urut-urut sikit kedua-dua lengan kiri dan kanan..bidan tu bagi tau..Eina ni kurang darah...ermm normal kot bagi ibu-ibu hamil kan...tapi Alhamdulillah setiap kali check-up, bacaan HB eina masih lagi tahap ok, ermmm penangan Vitalea pun yer gak...sebab pregnant kali ni..memang sepenuhnya Eina consume Shaklee..coz I’m in love with Shaklee now..hehhe. Selain tu, ada juga Eina amalkan makanan-makanan untuk tambah darah untuk mengelakkan ‘Anemia’.

Anemia ni boleh menyebabkan kelahiran pramatang tau. Ibu hamil yang mengidap anemia sering berasa letih dan lemah. Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (HB) di dalam darah berkurangan. Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-180 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah  hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum dan semasa hamil adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.

Antara makanan yang dicadangkan untuk pengidap anemia.

1.      Daging Merah
makanan tambah darah untuk ibu hamil
Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perluu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.

2.      Brokoli
makanan tambah darah untuk ibu hamil
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan

3.      Bayam
makanan tambah darah untuk ibu hamil

Bayam merupakan makanan paling baik di kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah atau hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia

4.      Pisang
makanan tambah darah untuk ibu hamil
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru

5.      Kekacang
makanan tambah darah untuk ibu hamil

Kekacang adalah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan


6.      Hati
makanan tambah darah untuk ibu hamil
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati yang terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak

7.      Kerang
kerang makanan tambah darah untuk ibu hamil
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan

8.      Telur
khasiat telur untuk ibu hamil
Bahagian kuning telur mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan pengidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah kemoglobin dalam darah

9.      Oat
khasiat oat untuk ibu hamil
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

10.  Buah Delima
khasiat buah delima untuk ibu hamil
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

11.  Madu
khasiat madu untuk ibu hamil
Pastikan anda mengambil madu dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan

12.  Kurma
khasiat kurma untuk ibu hamil
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

13.  Kismis
khasiat kismis untuk ibu hamil
Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat snek sebagai snek harian dan didklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

Disamping itu juga, perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Ya, bagi Eina, sudah semestinya Vitamin C dari Shaklee. Jangan lupa, kalau boleh elakkan ambil makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan zat besi, oleh itu ibu hamil disarankan ambil kalsium sebelum tidur. Elakkan minum susu sejam sebelum atau selepas ambil apa-apa vitamin, kerana ianya akan mengganggu penyerapan vitamin.

Penting bagi ibu hamil mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Oleh itu, ibu-ibu hamil haruslah menjaga diri, menjaga pemakanan bagi mencegah anemia.

Vitamin Shaklee yang dapat bantu cegah Anemia dan dapat bantu untuk tambah darah adalah Vitalea Iron Formula

vitalea shaklee, multivitamin shaklee




Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
>> Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
>> Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
>> Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
>> Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
>> Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah

Kalau rasa tak mampu nak ambil semua makanan di atas, bolehlah cuba Vitalea ni yer. Sebotol ada 120tab, tahan lama tau, untuk penggunaan 3-4 bulan. Harga pun tak mahal...tak sampai RM100 pun sebotol. Ok, jangan segan hubungi Eina yer :)


“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


So, untuk anda yang nak cuba Vitalea Iron Formula boleh jer terus whatsapp Eina untuk konsultasi ok.

Atau

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)