Tips Langsing Tanpa Ubat

9:26 AM

Siapa taknak tubuh langsing kan? Itu memang impian setiap wanita. Ada segelintir wanita yang ingin langsing cepat dengan ambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan. Ermmm memang banyak kita dengar kan....


Terdapat pelbagai cara yang lebih selamat untuk turunkan berat badan secara sihat. Kali ni Eina nak kongsi artikel yang Eina baca dari Majalah Rapi. Ada 20 tips langsing yang boleh kita amalkan tanpa pengambilan ubat. Opppsss...tapi Shaklee ni bukan ubat tau..Shaklee ni suplemen atau kita panggil makanan tambahan, makanan tambahan ni fungsinya memenuhi segala kekurangan nutrisi dan vitamin dalam badan kita. Suplemen Shaklee tidak membahayakan, kerana ianya dari sumber semulajadi..

Ok, jom kita baca tips-tips di bawah ni.

#1 BUAT SATU DIARI MAKANAN
Cara ni mampu mempengaruhi semangat anda untuk menurunkan berat badan. Rekodkan dalam sehari berapa kerap dan berapa banyak anda makan serta tahap kelaparan yang memerlukan anda makan. Catatkan juga perasaan anda ketika makan. Diari ini membantu anda lebih peka kepada keinginan untuk makan dan komited terhadap pelan diet.

#2 KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Kerana setiap satu sudu mengandungi sekurang-kurangnya 32kcal kalori. Minuman bergas juga perlu dielakkan. Tahukah anda bahawa minuman bergas umumnya mengandungi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan sudu gula? Jumlah ini menunjukkan sesuatu yang tidak sihat untuk kesihatan tubuh

#3 AMALKAN AKTIVITI FIZIKAL
Antara yang boleh anda lakukan ialah berjalan cepat, menaiki tangga, berenang, bersenam atau regangan dan berbasikal


#4 LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemaknya yang rendah. Oleh itu amalkan buah dan sayuran dalam setiap hidangan. Buah-buahan juga merupakan snek terbaik untuk anda.

#5 KURANGKAN KADAR PENGAMBILAN LEMAK DAN KOLESTEROL
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemak. Contohnya marjerin, mentega, makanan berminyak dan bergoreng

#6 PILIH PIRING RATA
Sebelum ambil makanan, pilih piring makanan yang rata dan bukannya piring cembung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru diisi nasi dan lauk pauk. Jika ingin menambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan. Elakkan makan sambil menonyon televisyen.

#7 AMALKAN 25 LANGKAH SESUDAH MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagiab kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Jangan malas ya!

#8 FOKUSKAN UNTUK SIHAT BUKAN UNTUK KURUS
Ubah fokus dan persepsi anda untuk kekal sihat dalam jangkamasa panjang berbanding meletakkan matlamat hanya untuk kurus. Ramai yang berjaya turunkan berat badan dalam jangkamasa panjang apabila menukar fokus dan matlamat mereka.

#9 AMALKAN SENAMAN KEMPISKAN PERUT
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama lebih efektif. Latihan dilakukan dengan pergerakan hula hoop. Pergerakan ini mungkin boleh disamakan dengan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.

#10 MAKANLAH SECARA PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan secara perlahan-lahan serta tidak gelojoh. Apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Jadi anda tidak perlulah makan dalam jumlah yang banyak.

#11 ELAKKAN BERBELANJA KETIKA PERUT KOSONG
Elakkan berbelanjan ketika perut kosong dan rancang perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika mahu ke restoran kegemaran, makanlah sedikit buah-buahan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda makan lebih banyak.

#12 KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DALAM MAKANAN
Selain gula, anda juga perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Pengambilan garam berlebihan akan menggalakkan takungan air di dalam tubuh. Pastikan tubuh anda menyerap garam dalam kuantiti yang sepatutnya

#13 AMALKAN JUS LIMAU NIPIS
Selain minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Apabila anda memesan makanan di restoran atau gerai, sesekali pesanlah air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula

#14 JANGAN TERLALU TIMBANG BERAT
Elakkan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak mungkin nampak perbezaannya. Sekiranya anda minum air dalam jumlah yang banyak dan ketika itu anda menimbang berat badan, kemungkinan anda akan berputus asa untuk berdiet setelah melihat keputusannya.

#15 AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Rajinkan diri anda mengambil sesuatu yang pahit sebelum makan contohnya kopi. Kumur beberapa saat sebelum makan. Dengan cara ini tekak akan terasa pahit. Ini merupakan isyarat kepada otak untuk menggalakkan rembesen enzim dan asid hidroklorik. Kekurangan enzim dan asid hidroklorik di dalam perut boleh menjejaskan sistem penghadaman.

#16 AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili padi dan biji sawi membantu membakar kalori dalam tubuh. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan fungsi sistem penghadaman, bahkan turut meningkatkan proses pembakaran lemak.

#17 CARA MEMASAK YANG BETUL
Kaedah memasak yang paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan ialah merebus, memanggang atau mengukus. Manakala bagi sayur-sayuran anda disaran untuk menumisnya dengan sedikit minyak contohnya satu sudu minyak masak.

#18 AMAL LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
Bijirin penuh merupakan sumber utama bagi tenaga. Tambahan pula bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi sumber karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral di samping sedikit lemak.

#19 KAWAL SELERA MAKAN
Beruslah gigi atau kunyah gula-gula getah sekiranya secara tiba-tiba anda teringin mengambil snek atau makanan ringan. Rasa pudina daripada ubat gigi membuatkan mulut anda sedikit berangin dan akan membantutkan selera. Dengan ini anda dapat mengawal rasa lapar

#20 ELAKKAN BERLAPAR
Makanan membantu memberikan tenaga. Apabila anda kurang menggunakan tenaga, tubuh akan 'terkejut'. Keadaan ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan lapar, anda akan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan. Pada ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda akan kembali ke paras normal, tahap metabolisme tubuh masih rendah.

Credit: RAPI



“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)