Manfaat Jus Buah Untuk Kesihatan

9:30 AM




manfaat jus buah untuk kesihatan

Ada tak yang tak suka minum jus? Uishhh rugi la kan…jus ni sedap dan banyak manfaat, samaada untuk kesihatan mahupun untuk turunkan berat badan. Jom baca sama-sama

Perangsang tenaga berpanjangan
Anda sering tidur lewat? Perlukan tenaga dengan segera? Elakkan mengambil kopi atau minuman bergula. Minumlah jus buah-buahan segar bagi menjana semula tenaga yang hilang. Pastinya anda akan kembali cergas dan cerdas

Detoks dan membersih tubuh
Pencemaran, stress dan pengawet makanan mengakibatkan toksin terkumpul di dalam tubuh. Dengan pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran, berpuasa dan tidak mengambil makanan yang berlemak, anda mampu mencapai kesan yang dramatic dalam kesihatan tubuh secara keseluruhan. Jus segar membantu system semulajadi tubuh untuk membuang sendiri toksin yang terkumpul di dalam

Perangsang system imun
Gaya hiduap yang sibuk dan penuh stress membuatkan tubuh memerlukan tenaga dan bantuan tambahan bagi merangsang system imun tubuh daripada serangan pelbagai jenis penyakit. Kuasa penyembuhan yang terdapat di dalam jus semulajadi merupakan benteng pertahanan terhadap penyakit dan penuaan pra matang. Jus segar juga membantu dalam mencegah dan menyembuh penyakit kanser

Mengekalkan berat badan
Berita baik untuk pengamal diet. Jus membantu anda mengurangkan berat badan. Ia kaya dengan nutrisi dan serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar. Ambil jus ini di Antara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.

Khas untuk wanita
Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbeza pada setiap peringkat umur. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengurangkan symptom PMS dan menopaus. Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum, semasa dan selepas mengandung.

Tonik dan ubat
Jus sesuai untuk semua tidak mengira peringkat umur. Segala nutrient yang terkandung di dalam jus sesuai dijadikan sebagai ubat dan tonik. Kalsium misalannya untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak, antioksidan untuk dewasa dan serat untuk warga tua.

Smoothies & Shakes
Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus (bukan diambil jusnya) bagi menyediakan segala keperluan nutrient dan serar dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk menikmati makanan sebenar, smoothies membekalkan cukup karbohidrat yang mudah ditukar kepada tenaga, selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

manfaat jus buah untuk kesihatan

Kelebihan Jus Buah
Ramai yang tahu khasiat buah-buahan dan jus buah-buahan. Ia kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin A, C dan E selain membantu mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser. Serat yang larut di dalam kebanyakan buah-buahan membantu mengurangkan paras kolesterol darah. Buah-buahan yang berwarna oren misalnya seperti betik dan buah oren kaya dengan bera karotena yang penting untuk kesihatan mata.

Anda disarankan untuk mengambil buah-buahan atau jus buah-buahan bersama sarapan pagi. Lebih baik lagi, jika buah-buahan atau jus diambil semasa perut kosong atau sebelum mengambil sebarang jenis makanan di waktu pagi. Ini akan melancarkan system pencernaan. Makanlah sekurnag-kurnagnya satu sajian buah-buahan = ¾ gelas jus buah-buahan = ¾ cawan buah-buahan kering.

Buah-buahan tidak mengandungi kolesterol, rendah lemak dan kalori. Ia berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Selain itu, buah-buahan juga mengandugi mineral seperti kalium dan kalsium untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kombinasi pelbagai jenis buah akan menjadikan jus lebih menarik. Selain itu, kombinasi tersebut akan menambahkan khasiat pada jus itu sendiri. Pengambilan jus lebih memberikan banyak manfaat kesihatan berbanding mengambil buah-buahan potong. Khasiat jus kombinasi pelbagai jenis buah boleh melancarkan pencernaan, sembelit dan kembung perut.


TAHUKAH ANDA

~ Satu cawan jus epal misalannya mengandungi 15mg kalsium, 22mg fostor, 1.5mg zat besi, 2mg sodium, 250mg potassium, 2mg vitamin C dan sedikit B kompleks.



~ Satu cawan jus tembikai pula mengandungi 11mg kalsium, 12mg fostor, 0.8mg zat besi, 2mg sodium, 160mg potassium, 940 IU vitamin A, 11mg vitamin C, 3.4 mcg asid folik, 17mg magnesium dan 0.11mg zink

Sumber: RAPI Diet

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)