Istimewa Untuk Yang Tersayang Sempena Merdeka

11:54 PM

Cuti panjang hujung minggu Eina penuhi dengan aktiviti bersama suami dan anak-anak di rumah. Seronokk 

Selain membasuh & mengemas, rutin Eina for sure ialah memasak. But today, cooking a bit special menu on request by husband & lil hero Ilham Ziqri. Alhamdulillah, rasa seronok dapat penuhi permintaan orang-orang tersayang ni.

Husband minta nak makan Nasi Ayam air tangan isterinya. Alhamdulillah, anak-anak pun suka makan. Senang tak perlu masak lauk banyak-banyak. 

Dua hari lepas, Ilham sebut nak makan kek coklat. 
"Ibu, nanti ibu buat kek ya"
"Kek apa?"
"Kek coklat, macam abang makan kat sekolah tu"
"Ooo, ok ok nanti ibu buat ya"

Hari ni ibu tunaikan permintaan anak bujang sorang ni. So inilah hasilnya


Resepi kek ni, Eina ambil dari FB jer. Hehe. Alhamdulillah menjadi. Risau gak tak jadi sebab dah lama tak buat. Lol :P
Masa buat coklat topping, ada lebih plak. On the spot teringat coklat bar yang disalut dengan nestum. Tapi ingat-ingat lupa cara-caranya tu. Haha. Eina guna roti je. Roti tu Eina potong kecil jadikan macam stick, lepas tu goreng. So, roti tu akan jadi rangup la. Lepas tu, celupkan dalam coklat tadi, last sekali salutkan dengan nestum. 


Haaa, inilah hasilnya. Hehe



Sesekali masak lain dari yang lain untuk suami dan anak-anak, best tau. Eina suka tengok mereka makan banyak, hasil air tangan Eina. Rasa puas. Suami & anak-anak happy, Eina pun happy. Alhamdulillah


Eina nak ambil kesempatan juga, untuk ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun ini, #sehatisejiwa :)

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)