Thursday, 20 August 2015

Khasiat Makanan Untuk Kesihatan

Hai semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam ya. Amalan pemakanan sihat sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Eina nak share sikit khasiat yang terdapat pada beberapa makanan kita seharian. Contohnya macam telur, salad, daging dan lain-lain.

1. Telur separuh masak


Telur separuh masak yang diambil putihnya sahaja adalah sajian rendah lemak dan rendah kolesterol yang terbaik untuk dijadikan sarapan pagi. Abda hanya perlu campurkan bersama mayonis bebas lemak dan hirisan salad untuk dijadikan sandwich. Sajian anda bukan sahaja berkhasiat malah mampu memberikan tenaga yang secukupnya tanpa menjejaskan kesihatan jantung anda.

2. Salad


Tubuh anda akan menyerap nutrisi dalam hidangan salah anda dengan lebih baik jika dicampurkan sedikit lemak baik. Lemak baik yang disarankan di dalam salad adalah terdiri dari minyak zaitun. Anda hanya perlu campurkan sekurang-kurangnya satu sudu besar minyak zaitun ke dalam salad anda. Ia akan membantu tubuh anda menyerap lebih banyak beta karoten yang merupakan agen terbaik menentang penyakit jangkitan virus.

Glosari Lemak
Bebas Lemak
Produk makanan mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak satu hidangan

Bebas Lemak Tepu
Produk makanan mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak tepu satu hidangan

Rendah Lemak
Produk makanan mengandungi kurang daripada 3gm lemak satu hidangan

3. Biji Teratai


Biji teratai merupakan di antara sajian berkhasiat yang digemari oleh masyarakat Cina di negara kita. Biji teratai boleh dijadikab sup atau digunakan sebagai snek setelah direbus. Ia dipercayai dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur, membantu melancarkan aliran darah dan membantu memudahkan buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan dalam tubuh. Biji teratai yang dibuat sup juga dikatakan dapat membantu mengubati masalah cirit-birit dan gangguan penghadaman.

4.  Serat


Jika anda sayangkan jantung anda, pastikan anda makan minima 10gm serat sehari. Jika anda mengamalkan secara konsisten setiap hari, ia akan mengurangkan 27 peratus risiko kematian akibat sakit jantung.

5. Brokoli dan Cendawan


Kombo brokoli dan cendawan cegah kanser. Goreng keduanya dengan sedikit minyak zaitun dan kesannya adalah imunisasi menentang kanser sebanyak 13 kali ganda lebih baik dari set individu. Mengapa? Ini kerana nutrisi hebat 'sulphotaphane' yang terdapat di dalam brokoli dan selenium yang terkandung di dalam cendawan mampu berfungsi dengan lebih baik apabila dikombinasikan.

6. Daging Merah & Lobak Merah


Menurut satu kajian pemakanan di Amerika Syarikat, kandungan beta karoten di dalam lobak merah boleh membantu penyerapan zat besi di dalam daging merah sebanyak dua kali ganda. Ubi manis juga dikatakan mempunyai nilaian beta karoten yang sama seperti lobak merah. Anda boleh nikmatinya dalam bentuk sup atau pai.

Antara tip2 amalan pemakanan sihat



1. Jangan biarkan diri anda dahaga. Maksudnya, sentiasa minum air apabila terasa dahaga. Sebanyak mana pun serat yang anda ambil tidak akab berdungsi sewajarnya tanpa air yang cukup. Kesannya, sembelit!!

2. Cuba untuk jangan makan terlalu lewat di malam hari. Ia akan mengganggu penghadaman dan membuatkan perut anda tidak selesa. Kesannya tidur anda akan tergangggu.

3. Makanlah makanan berserat secukupnya. Kombinasi makanan terdiri dari meal penuh, buah-buahan dan sayuran.

4. Makan dalam kuantiti yabg sedikit tetapi ketap untuk memudahkan proses pencernaan dilakukan dengan berkualiti.

5. Cuba perkenalkan makanan baru yang mengandungi komponen mineral yang baik pada tubuh anda secara berperingkat.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

6 comments:

  1. Terliur plak tgk telur separuh masak tu hehe

    ReplyDelete
  2. Biji teratai tu 1st time dgr boleh makan.hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tau bunga teratai tu ada orang buat makan. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Ohhh, eina pernah tgk kat tv, rancangan majalah 3 kot, org buat mcm2 kat biji teratai tu

    ReplyDelete
  5. Entry sgt menarik..tq for info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...