Panduan Diet Seumur Hidup

11:16 PM

Bercita-cita atau menanam impian untuk mendapatkan tubuh langsing menawan? Tapi masih buntu untuk mendapatkan cara terbaik bagi menyempurnakan cita-cita tersebut. Jangan hanya cita-cita atau impian semata-mata, mulakan pelan dan bertindak sekarang. Di sini ada beberapa panduan yang boleh anda ikut. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam pula ya. Hehe. Buat dengan bersungguh-sungguh dan susun jadual anda dengan teratur.


Ok jom baca panduan ini. InshaaAllah impian anda untuk kekal diet tercapai.

1. Titiberatkan program diet anda. Usaha bersungguh-sungguh agar impian berdiet tercapai.

2. Cari rakan yang sama-sama berazam menguruskan badan. Pastikan usaha anda komited. Boleh juga daftar di gimnasium atau join mana-mana program diet bersama-sama.

3. Gunakan lebih banyak mustard di dalam sandwich berbanding mayonis. Mustard tidak mengandungi lemak dan rendah kalori. Jika anda tidak boleh menerima rasanya, carilah sesuatu yang lain (tetapi rendah lemak). Elakkan mayonis sama sekali.

4. Timbang berat badan setiap minggu. Jangan risau tentang sebarang perubahan. Anda tidak akan hilang berat sebanyak 1-2kg seminggu. Teruskan berdiet.

5. Cuba untuk membakar, memanggang atau merebus makanan (daripada menggoreng). Buangkan semua lemak pada makanan sebelum dimasak dan dihidangkan

6. Biasakan minum lebih air putih. Ia bertujuan membantu mencuci tubuh dan mengurangkan selera makan.

7. Pilih tempat makan yang biasa (di rumah atau pejabat) dengan mencari tempat duduk yang tenang dab selesa. Jangan berpindah tempat kerana ia boleh mengurangkan tumpuan ketika makan. Nikmatilah makanan anda dan fokuskan perhatian terhadap makanan tanpa memikirkan perkara lain. Makan dalam keadaan beremosi boleh memberi kesan negatif kepada diri. Anda mungkin terlebih makan atau kurang makan.

8. Jika bercadang ke kedai, pergilah sesudah makan. Anda tidak cenderung membeli banyak barang makanan jika perut sudah kenyang. Membeli mengikut senarai dan jangan terpengaruh untuk membeli makanan yang tidak perlu terutama makanan ringan.

9. Ambil kira label makanan yang anda beli. Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat boleh mengganggu program diet anda.

10. Jangan fikir yang anda mengambil makanan rendah lemak, membolehkan anda makan sebanyak mungkin. Kalori tetap bertambah jadi abda mesti pastikan kuantitinya seimbang.

11. Jika anda ingin makan di luar, tetapkan waktu untuk anda makan. Jangan tambah waktu kerana anda mungkin memesan makanan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

12. Jangan biasakan berlapar terutama sebelum anda keluar makan. Anda mungkin akan makan secara berlebihan dan tidak mencatu keperluannya.

13. Jangan abaikan waktu makan 3 kali sehari. Tubuh yang tidak mendapat makanan secukupnya akan membakar kalori pada tahap yang paling rendah. Hasilnya berat badan tidak turun malah bertambah dalam diam.

14. Diet tanpa senaman tidak membawa apa-apa kesan. Pesanan ini pernah disampaikan berkali-kali, ia menunjukkan betapa pentingnya senaman kepada individu. Tetapkan jadual senaman anda dan jadikan waktu senaman ini sebagai waktu yang paling penting dalam rutin harian anda

15. Jika jadual anda padat dan hanya mengizinkan anda makan dalam waktu yang terhad, lebihkan pengambilannya antara waktu pagi ke tengahari. Bukannya dari waktu petang ke makan malam.

16. Pesan pada diri berkali-kali, "SAYA KINI SEDANG BELAJAR CARA UNTUK HIDUP SIHAT, BUKANNYA UNTUK KURUSKAN BADAN SEMATA-MATA."

Semoga panduan di atas membantu anda untuk berdiet dengan lebih komited ya.

Jika memerlukan bantuan vitamin Shaklee, boleh lihat SINI ok.


"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)