Wednesday, 9 September 2015

Digital Weighing Scale Baru di Rumah

Hai, apa khabar semua hari ni? Harap semua sihat-sihat jer ya. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah & semoga hari ini lebih baik dari semalam. InshaaAllah


Eina nak cerita sikit tentang "Weighing Scale" yang Eina baru beli dari Lazada last month. Harganya boleh tahan murah juga la. Biasanya kalau Digital Scale mesti mahal kan, Eina dapat beli dgn harga RM28 jer hari tu. Setakat hari ni kualiti agak terjamin :)

Dah lama tak ada alat penimbang kat rumah ni. Jarang2 dapat timbang berat sendiri. Selalu dapat timbang berat anak-anak jer, sebab bila bawa anak-anak check-up, mesti kena ambil berat badan dulu kan. Hehe

Sebenarnya husband yg suruh beli, sebab ramai tegur dia badan dah berisi. Haha. So kononnya, scale tu sebagai dia punya "push factor" la untuk maintain semula berat badan macam dulu. Sebab hari-hari boleh timbang berat badan kan. Tapi anak-anak pun ikut sama excited nak timbang setiap hari. Bukan si abang jer, si adik Mia pun pandai tau. Hehe

Ok ini hasil timbangan Eina & Abg Ilham dua hari lepas. Berat Eina maintain sejak bersalinkan Mia setahun yg lalu, sekitar 41-43kg jer, terasa melayang-layang dah ni. Penangan menyusukan Mia & berkejar-kejaran dengan anak-anak kat rumah setiap hari. :)


Berat Ilham pun susah nak naik, sebab dia seorang yg "Picky Eater". Tapi sejak beberapa bulan ni, nampak peningkatan. Konsisten bagi suplemen, selera makan dia pun bertambah, susu pun still minum. Selalu juga saiko dia, supaya dia berselera makan. Doktor pakar Ilham pernah cakap, budak umur 4 tahun macam Ilham ni, berat badannya cuma akan naik sekitar 1-3kg jer setahun (betulkan Eina kalau salah ya). Asalkan pertumbuhan lain dia mengikut graf dan sihat, itu dah kira okla. Alhamdulillah. :)

Yg ni, berat adik Mia untuk hari ni. Ermm 8.8kg di umur 1 tahun 1 bulan 22 hari. Not bad. Hehe


Banyak choice kat Lazada, bolehlah tengok-tengok kat link ni ya Tempered Glass Weighing Scale.

~~~~~
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...