Fungsi Protein Dalam Tubuh Badan

8:39 PM



Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi utamanya. Lima fungsi itu ialah merangsang pertumbuhan dan penggantian tisu serta otot badan, membentuk antibodi, keseimbangan kandungan air, memelihara keseimbangan badan dan membentuk kompaun badan yang penting seperti beberapa hormone, enzim dan hemoglobin.

Binaan asas protein merupakan asid amino. Asid amino mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Kehadiran nitrogen membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.

Protein merupakan komponen penting otot-otot, organ-organ dan kalenjar. Setiap cecair sel dan bahan kecuali urin mengandungi protein. Otot-otot, tendon dan ligamen di dalam badan dikekalkan oleh protein. Oleh sebab itu protein penting bagi setiap orang. Bagi bayi, susu ibu adalah sumber protein terbaik.

Protein dibahagikan kepada dua kategori iaitu protein daripada sumber haiwan dan protein daripada sumber sayur-sayuran

Protein daripada sumber haiwan adalah sumber protein lengkap dan mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan. Antaranya ialah daging lembu, daging biri-biri, daging kambing, ayam, ikan dan telur. Walaubagaimanapun kacang soya juga turut dikategorikan sebagai protein lengkap walaupun bukan daripada sumber haiwan. Protein daripada sumber sayur-sayuran pula adalah sumber protein yang tidak lengkap. Sumber tersebut ialah seperti kekacang, bijirin dan roti.

Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogran berat tubuh dewasa.

* Keperluan protein = berat badan (kg) x 0.8

Contohnya, berat anda 45kg x 0.8 = 36gm. Jadi anda perlukan 36gm protein sehari. 

Daging dan telur adalah contoh makanan yg paling mudah bagi mendapatkan sumber protein. Pada 100gm daging lembu terdapat 14gm protein sementara itu pada 100gm daging kambing mengandungi 27gm kandungan protein. Kandungan protein dalam sebiji telur pula sebanyak 6.3gm. Ada banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan proteinnya. Nanti Eina share pada entri akan datang ya. :)

Keistimewaan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)



ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi lengkap dengan semua asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan dan sukar kita dapatkan daripada diet harian kita. 

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

ESP kaya dengan protein dan kalsium untuk memberi tenaga berpanjangan. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. 

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)