Tuesday, 15 September 2015

Jerebu Mengancam Kesihatan

Assalamualaikum

Sejak beberapa minggu yang lepas, negara kita sekali lagi dilanda Jerebu yg agak teruk. Antara negeri yang terlibat dan teruk dilanda Jerebu ialah Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan dan juga Melaka.

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Antara golongan yang berisiko tinggi terhadap Jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga tua, manita mengandung, pesakit jantung dan respiratori serta mereka yang sensitif terhadap habuk. 

Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan




Gambar di bawah, Eina ambil bacaan setakat pukul 10.00 pagi tadi


Boleh check Bacaan Index IPU Terkini


Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik atau hospital yang berdekatan bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk. Pastikan sediakan peralatan dan ubatan bagi mencegah atau merawat penyakit yang berkaitan Jerebu.


Lakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengekalkan tahap kesihatan akibat jerebu. Pastikan keadaan persekitaran rumah anda sentiasa bersih. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa cuba berada di dalam rumah. Jika terpaksa pakai penutup hidung dan muka (face mask) yang sesuai seperti P100 dan N95.




Basuh muka dan tangan dengan air bersih selepas melakukan aktiviti di luar. Jaga kebersihan dengan mandi dan membasuh tangan secara kerap apabila anda masuk ke dalam rumah. Kekalkan penghidratan dengan kerap minum air. Pastikan anak-anak anda minum air dan mendapat rehat secukupnya. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Gunakan kemudahan penghawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.

Satu lagi cara untuk menguatkan sistem imun anda ialah dengan mengambil suplemen/vitamin bagi mencegah dan mengurangkan gejala apabila diserang penyakit selsema dan flu. Tingkatkan Imun Sistem Dengan Vitamin dan Kekalkan Penghidratan dengan Minuman Isotonik

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com
 

2 comments:

  1. Tgh mlm semalam kat sini hujan... alhamdulillah hari ni cuaca nampak ok sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Siang tadi pun hujan juga. Mudah-mudahan berkurangan Jerebu ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...