Thursday, 3 September 2015

Rahsia Kentang

Kentang digemari semua peringkat usia. Di masak dalam apa jua cara, keenakan kentang masih terserlah. Rasanya yang lemak, antara sebab mengapa ia digemari. Jom kenali khasiat kentang secara mendalam menerusi cara hidangannya.

Kentang Goreng


Siapa suka makan kentang goreng? Kentang goreng adalah makanan segera yang paling famous dan paling digemari. Samaada di restoran makanan segera, restoran makanan barat atau boleh juga disediakan sendiri di rumah. Oleh sebab ia makanan yang diproses dan kandungan garamnya agak tinggi, anda dilarang mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Dalam 24 auns atau 68gm hidangan kentang goreng yang kecil, ia mengandungi 210 kalori, 10 lemak dan tiada kolesterol.

Hashbrown


Hashbrown adalah hidangan sarapan pagi yang sedap. Banyak syarikat sudah mengeluarkan produk Hashbrown mereka sendiri dan anda tidak perlu ke restoran makanan segera untuk menikmatinya. Hashbrown mengandungi sebanyak 135 kalori, 1.87gm protein, 18.28gm karbohidrat, 25mg kalsium, 11mg magnesium dan 29mg phosphorus. Selain itu, ia juga mengandungi 72.51gm air. Untuk rasa yang lebih sedap, makanlah bersama-sama sos.

Kentang Putar


Kentang putar juga adalah antara makanan Barat yang sangat digemari, terutamanya golongan kanak-kanak. Penyediaannya mudah dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Dalam satu hidangan kentang putar, ia mengandungi 161 kalori, 7gm lemak, 19mg kolesterol, 82mg sodium, 22.2gm karbohidrat dan 2.7gm protein. Anak-anak Eina pun suka kentang putar ni, tapi hanya kentang putar dari KFC jer. Hihi. 

Kerepek Kentang


Kebanyakan daripada kita amat gemar dengan keenakan kerepek kentang. Rasanya yang rangup, masin dan berlemak menjadikan kita juga tidak jemu mengunyahnya setiap masa. Betul tak? Banyak di pasaran sekarang ni kan? Oleh sebab ia mengandungi bahan perasa yang agak banyak, anda tetap tidak boleh mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan. Dalam sebungkus kerepek kentang, jumlah kalori yang ada padanya ialah antara 110-160. Jumlah lemak pula adalah 10gm, sodium 180gm, potassium 443gm, karbohidrat 15gm dan vitamin C sebanyak 10%.

Ishhh semua kat atas ni, memang favourite kita & anak-anak juga kan. Tapi tak boleh ambil selalu. Cukuplah sekadar ingin merasa. Hehe

2 comments:

  1. Memang suka kentang! Hihi
    Menarik sgt entri ni eina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Favourite semua orang ni. Hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...