Tuesday, 1 September 2015

Release Stress Sambil Cantikkan Kulit


Hari tu pergi buat Facial Treatment. Saje nak release stress sambil cantikkan kulit. Hehe. Eina memang suka buat facial. Dulu almost everymonth akan buat. Tapi since pregnant Mia, Eina stop sampai la sekarang. Hampir 2 tahun juga la. Maklumlah SAHM (Stay At Home Mom) mana ada masa nak pergi Spa atau Facial Treatment kan? Tempat Eina selalu buat facial pun dah bertukar staff dah.

Problem kulit Eina ialah jenis kulit kering, kalau kurang minum air, sangat ketara rasa kasar kat bahagian muka & kaki. 2-3L air sehari tu wajib, kalau nak kulit sentiasa moist ok. Memang agak mencabar la nak minum air 2-3L sehari kan. Tapi percayalah air sangat penting untuk kulit sihat.

Menurut beauty consultant di centre tersebut, jika air dalam tubuh badan kita mencukupi, masalah kulit akan mudah diatasi, even pigmentation juga boleh pudar tau. Yang penting konsisten ambil air secukupnya setiap hari, jaga pemakanan dgn kurangkan atau elakkan makanan jenis berminyak beserta penjagaan kulit yang rapi. Penjagaan kulit tu termasuklah membersih, melindungi, dan sebagainya

Ok ini keperluan air dalam tubuh badan seseorang
Keperluan Air Mengikut Berat Badan Seseorang
Satu lagi problem Eina ialah lingkaran gelap bawah mata atau Eyebag. Utk kurangkan dan hilangkan masalah ini ialah mesti cukup tidur dan rehat. Bila cukup tidur, mata kita akan segar dan cantik. Sejak bersalinkan Mia, memang Eina selalu tak cukup tidur sebab Mia bangun menyusu malam 2 kali sampailah sekarang. 

Apa yang Eina buat ialah rajin buat Masker Vitamin E untuk kurangkan Eyebag Eina. Bila rajin, inshaaAllah berkesan. Kulit pun jadi moist jer. Sesekali masker guna Vivix atau ESP. Memang best. Sekarang Eina start ambil Collagen semula. Set Kulit Cantik Shaklee yang lain Eina tetap ambil setiap hari. Sesekali nak manjakan diri pergi Spa atau Facial Treatment untuk cantik, tak salah kan. Untuk kepuasan diri dan of coz la untuk suami juga. Hehe

~~~~~

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info:-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : kulit_cantik_halus_gebu~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...