Simulasi Haji Cilik Program

4:26:00 pm

Hari ni Ilham ada Simulasi Haji Cilik Program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).


Balik dari sekolah semalam, Ilham bawa 2 helai kain Ihram sekolah bekalkan. So, malamnya test pakaikan Ihram kat dia. Maklumlah ibu & ayahnya belum ada pengalaman lagi ke Tanah Suci Mekah. Dah cuba lipat-lipat, lilit-lilit, pusing-pusing, dan inilah hasilnya. Hehe


Pagi tadi, semangat dia bangun awal dari biasa. Bangun sendiri tak payah kejut-kejut. Memang kena ada kat sekolah awal dari biasa pun. Semalam dah test cara-cara pakaikan Ihram kat dia, so pagi ni smooth je la. 

Sampai je kat sekolah, semua dah berkumpul, yang lelaki pakai Ihram & yang perempuan pakai telekung. Comel-comel jer semua. Hehe. Lepas tu teacher pakaikan Secure Neck Bag, biasanya bag kecil tu utk letak passport & pass pengenalan diri. Sebelum berangkat, siap ada Azan dilaungkan. Macam bebetul je nak pergi Haji. Heeee. Ibu & ayah hantar Ilham naik bas jer. 


Hari ni Ilham balik lewat sikit dari biasa. Ibu tunggu dalam 15min juga la. On the way balik rumah tu, seronok je dia bercerita walaupun nampak letih. Sambil tunjuk tag nama "Bakal Jemaah Haji Malaysia" & rambut yg digunting sikit masa aktiviti "Haji" tadi.


Alhamdulillah, selesai aktiviti Ilham hari ni. Nanti kita pergi Tanah Suci Mekah satu family ya Ilham. InshaaAllah

~~~~~

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

You Might Also Like

2 comments

  1. Ya Allah seronoknya... dulu anak saya ada juga diajar tawaf, masa kat tadika... saya pulak yg menitis air mata tgk.. hahahaha tah papekan.. hati tisu betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa test pakaikan Ihram malam tu pun dah rasa sebak. Balik tadi masa dia tunjuk tag Bakal Jemaah Haji Malaysia tu pun rasa sebak jugak. Hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews