Monday, 14 September 2015

Siri Wanita Anggun ~ Rajin, Bersih #1


Menjaga kebersihan sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, kecantikan, dan kesihatan kulit. Dan semestinya kita kena rajin, ya rajin bersihkan diri, rajin bersihkan persekitaran dan sebagainya

Jika anda selalu berada diluar bagi lakukan aktiviti seharian, bersihkan diri terlebih dahulu sebelum berehat. Ia juga membantu menyegarkan tubuh badan. Bila bersih dan segar, kecantikan juga akan terserlah. Sekurang-kurangnya, cucilah tangan dan juga kaki

Sekali sekala luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun, anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cuba guna pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah anda. Pastikan anda rajin mencuci muka 2 atau 3 kali setiap hari. Basahilah muka dengan air hangat untuk membuka pori-pori kulit. Pakailah pencuci atau scrub wajah yang sesuai dengan kulit dan usapkan pada wajah dalam gerakan melingkar. Setelah itu, cuci wajah dengan air dingin sehingga pori-pori menutup kembali. Usap dengan perlahan dan betul-betul bersih.

Bagi yang suka mengenakan make-up pastikan cuci dengan bersih agar wajah bebas bernafas. Terutamanya sebelum tidur pada waktu malam. Jika tidak, sisa make-up tersebut akan membuatkan wajah berjerawat dan menyebabkan munculnya bintik hitam. Wajah juga akan cepat nampak tua tau. 

Selain itu, boleh sapu vitamin E atau krim malam sebelum tidur. Dan yang paling penting, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari untuk kekalkan kesihatan kulit. Akhir sekali, pastikan anda dapat rehat yang cukup ya :)

~~~~~

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...