Yogurt Cantikkan Kulit dan Rambut

4:46:00 pm



Banyak sumber yg boleh kita gunakan untuk cantikkan kulit dan rambut. Jika anda ingin berjimat, boleh guna bahan alami sahaja. Selain mudah didapati dengan harga berpatutan, ramuan semula jadi ini juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. 

Hanya dengan menggunakan Yogurt, anda boleh cantikkan kulit dan juga rambut anda. Tidak perlu membazir wang membeli produk mahal. Syaratnya, anda mesti rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah anda.

Jom kita baca untuk manfaat bersama
1. Kulit lebih halus
Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.
2. Atasi kulit terbakar
Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.
3. Bantu mengecutkan jerawat
Bersihkan wajah, kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas bersih. Jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
4. Lebih cerah sekata
Campurkan yogurt dengan pati lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Lakukan tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya kulit lebih cerah berseri.
5. Rahsia awet muda
Tidak perlu ke pusat estetik untuk merawat wajah, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan tiga kali seminggu, wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.
6. Buang sel kulit mati
Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta wajah, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini. Ini dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.
7. Rambut lebih sihat, bersinar
Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

Semoga bermanfaat :)

Sumbet: MW

You Might Also Like

4 comments

  1. Good info. Suka makan yogurt ni, if buat mask pun buat dengan ESP sekali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga buat mask guna yogurt + ESP. Memang best. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews