Kepentingan Omega-3, DHA dan EPA untuk Ibu Hamil

12:43 PM



Kita biasa dengar perkataan Omega-3, DHA dan EPA kan? Apa itu Omega-3? Apa itu DHA & EPA? Kenapa ia penting untuk ibu hamil? Jemput baca sampai habis ya. :)

Omega-3 tergolong di dalam sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (essential unsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin iaitu suplemen atau makanan tambahan.

Omega-3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu
1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Lilolenic Acid (ALA)

Setiap asid lemak diatas mempunyai manfaat penting dan unik kepada ibu hamil. Malah asid lemak ini juga baik dalam membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan. Ia didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Pengambilan yang lebih tinggi juga (bergantung kepada keadaan kesihatan si ibu) boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi 

Pengambilan asid lemak Omega-3 yang mencukupi juga penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

Peranan Omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan.

EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Asid lemak Omega-3, DHA & EPA mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.

Kekurangan pengambilan Asid lemak Omega-3, DHA & EPA pula meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Sumber EPA dan DHA adalah dari ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. 


Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan terbaik di dunia. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

OmegaGuard™  Shaklee 
~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.
~ 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
~ Dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA


Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada Shaklee ini mempunyai reputasi yang baik dalam memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)