Tuesday, 3 November 2015

Spaghetti Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum.

Siapa suka makan Spaghetti Aglio Olio? Yeah kita geng. Hehe. Spaghetti merupakan salah satu hidangan kegemaran Eina dan suami. Eina suka masak spaghetti ni, sebab mudah dan ringkas. Bila google, banyak version cara penyediaan spaghetti ni. Saje nak share resepi spaghetti Eina yang menjadi kegemaran en suami.

Bahan-bahan:-

Spaghetti (Segenggam)
Daging kisar
Udang (penyedap)
Sotong (kalau ada, boleh letak)
1 biji Bawang besar *
2-3 ulas Bawang putih*
1 batang Lada merah* (Yg sederhana besar)
1-2 biji Cili padi* (Kalau jenis pedas, letak 1btg pun dah cukup)
Brokoli
Carrot (potong bulat/memanjang)
Capsicum (Lada benggala) (potong dadu/memanjang)
Tomato (potong dadu)
1 sudu besar sos tomato (tak letak pun tak apa)
Chili flake
Oregano leaves
Parsley flake
Olive oil (Minyak zaitun)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (Eina guna serbuk Maggi cukup rasa, hehe)

Rupa Oregano & Parsley

Cara-cara penyediaannya:-
  1. Rebus spaghetti hingga lembut, campurkan sedikit minyak zaitun dan garam. Toskan, letak tepi dulu
  2. Rebuskan sebentar udang, sotong, toskan dan letak tepi juga
  3. Celurkan sebentar brokoli & carrot yang dah di potong (ikut suka nak potong macam mana & banyak mana korang nak letak). Eina celurkan sekejap dalam air rebusan spaghetti tadi je. Tomato & lada benggala tak payah celur ya.
  4. Cincang/kisar bahan-bahan yang bertanda * (bawang besar, bawang putih, lada merah, cili padi).
  5. Panaskan 2 sudu minyak zaitun, tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar. Tumis hingga daging agak garing dan naik bau. Masukkan sos tomato dan sedikit garam. Kacau rata
  6. Masukkan udang & sotong. Kemudian masukkan semua jenis sayuran termasuk tomato & lada benggala.
  7. Dah kacau rata, masukkan spaghetti.
  8. Dah bebetul sebati semua bahan-bahan dengan spaghetti, baru taburkan chili flake, oregano, parsley (agak-agak nampak cantik dan terasa semua bahan)
  9. Last skali, taburkan serbuk perasa
  10. Kacau rata semua. Tutup api, boleh terus sediakan.

Inilah rupa Eina masak masa akak ipar datang rumah baru-baru ni. Bertambah-tambah anaknya makan. Hehe


Sorry la eh, kalau tak berapa faham cara Eina tulis resepi ni. Hehe. 

Thanks sudi baca ;)

2 comments:

  1. waaaa bestnya K.eina spagetti ni..memang fav Eyda tau..habis pantang nanti nak buatlah ! :)

    Btw Eyda ada tag K.eina join GA..Jom meriahkan GA ni :)

    http://mummyhealthyvitastore.blogspot.my/2015/11/1st-giveaway-magicbaked.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...