Monday, 2 November 2015

Zat Ajaib di Sebalik Sayur dan Buah


Kenapa Perlu Makan Sayur & Buah?

Buah dan sayur-sayuran segar merupakan kelompok makanan yang memiliki kadar air dan nutrient yang tinggi. Pakar gizi dan kesihatan menekankan pentingnya pengambilan buah dan sayur-sayuran dalam menu harian. Kandungan buah dan sayur-sayuran yang dianjurkan untuk memenuhi keperluan harian kita adalah sebanyak 60-70% dari keseluruhan menu. Buah dan sayuran membantu meringankan proses pencernaan dalam tubuh di samping mempertahankan keindahan dan elastic kulit.

Kurang pengambilan buah dan sayur menyebabkan sembelit, kulit tampak kusam, kering dan tidak bermaya. Kandungan zat gula dan asam pada buah cukup tinggi, sedangkan pada sayuran sangat rendah. Serat sayuran umumnya lebih keras dan padat daripada buah. Selain itu, sebahagian besar sayur-sayuran kaya vitamin, mineral dan semua jenis sayuran yang berwarna hijau gelap kaya dengan beta-karoten.

Zat-zat Ajaib di Sebalik Sayur & Buah

Ini ada beberapa istilah yang patut anda tahu apabila mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang bagus untuk kesihatan.

#Antioksida
Oksida atau radikal bebas adalah agen berbahaya yang menyerang sel-sel tubuh. Antioksida adalah zat yang terbentuk melalui proses percampuran dengan vitamin C, E dan provitamin A serta selenium yang berfungsi menangkal setiap serangan radikal bebas.

#Beta-Keratin
Pembentuk vitamin A yang diolah oleh enzim-enzim tubuh

#Karoten
Berfungsi sebagai pemberi warna pada sayur dan buah. Dalam tubuh, karotenoid diubah menjadi vitamin A yang berperanan sebagai antioksidan.

#Magnesium
Selain berfungsi menguatkan tulang dan gigi, magnesium juga berperanan mencegah serangan jantung serta membantu penyerapan mineral dan vitamin lain.

#Kalsium
Berperanan dalam pembentukan tulang dan gigi serta mengatur fungsi detik jantung, otak dan otot. Kalsium juga membantu pembekuan darah serta mencegah risiko terkena kanser usus besar. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan osteoporosis.

#Natrium
Dengan kalium, natrium berperanan penting menjaga keseimbangan kadar air dalam tubuh serta kelancaran keluar-masuknya zat-zat dalam sel

#Kalium
Kalium mengatur jumlah air dalam tubuh, fungsi saraf dan otot, tekanan darah dan gula darah

#Besi
Merupakan bahagian daripada haemoglobin dalam sel darah merah: membantu sel darah putih memerangi infeksi, mencegah rasa lesu dan merangsang pertumbuhan.

#Selenium
Bekerja sebagai antioksidan dalam tubuh yang bertugas untuk memperbaiki dan mencegah kerosakan sel

#Mangan
Mangan sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan fungsi system pusat saraf

~~~

Jom seimbangkan pengambilan makanan setiap hari supaya dapat memenuhi keperluan nutrient dalam tubuh badan. Kalau nak kurus, anda perlu ambil sayur dan buah lebih sedikit. Kulit pun boleh jadi cantik tau. 

Moga bermanfaat. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...