Iftar di Saujana Hotel Subang

10:50 PM

Assalamualaikum


Alhamdulillah, hari ini kita dah 12 hari berpuasa. Macam mana puasa anda, ok? Harap semuanya ok ya.

Semalam Eina ikut suami berbuka puasa di luar bersama dengan ex-officemate Eina juga. Dah lama tak jumpa dorang. Excited juga, salah satu sebabnya Eina cuti masak. Haha. Bukan Eina jer excited, anak-anak pun excited juga. 


Syukurlah tempat yang dipilih tak jauh dari rumah. Jam 6 kami baru bertolak ke Saujana Hotel Subang. Alhamdulillah, orang tak juga ramai. Jadi agak senang juga dapat parking.

Biasalah hotel, ada pelbagai menu. Larat tak larat je nak makan semua. Ermm sorry ya, tak sempat ambil gambar sebab bz layan anak-anak. Sejak awal puasa hari tu, rasanya inilah kali pertama Eina makan banyak semasa berbuka. Macam-macam nak cuba. Hehe. Tapi macam biasalah, Eina memang tak makan nasi semasa berbuka. Yela, makan makanan lain pun dah cukup mengenyangkan. Spagheti la, satay la, kuih-muih, rojak, ishhh macam-macam lagi la.

Terima kasih sangat kat suami sebab bawa Eina dan anak-anak berbuka semalam. Rasanya lepas ni agak susah nak ikut suami berbuka sekali. Kesian kat dia, sebab anak-anak asyik melekat jer dgn dia, sampaikan nak pergi solat pun susah.


Semalam punya banyak makan, ada juga la yang tak habis, ishh memang membazir jer kan. Sudahnya pagi tadi kami sampai terlepas sahur. Sedar-sedar jer terdengar Azan Subuh. Hehe

Semuanya perancangan Allah. So kenalah redha semoga diberi kekuatan untuk berpuasa hari ini. Alhamdulillah, nampak suami macam biasa jer. Hehe

Kalau boleh, lepas ni taknak terlepas sahur lagi. Rugi tak dapat pahala sahur kan. Okla, lagi panjang tulis, nanti bosan plak. Moga esok tidak terlepas sahur lagi ya. :)

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)