Turun 11kg, 5 Tips Kurus Lisa Surihani

1:51 PM




Semua ibu menginginkan bentuk badan kembali seperti asal selepas melahirkan. Ya, memang bukan mudah untuk kembali langsing selepas melahirkan.

Jika anda benar-benar ingin kembali langsing selepas melahirkan, jangan berputus asa, ada pelbagai tips dan juga cara boleh diamalkan untuk kembali langsing selepas melahirkan.

Jom kita baca tips yang dikongsikan oleh selebriti Lisa Surihani yang mengamalkan gaya hidup sihat sehingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11kg. Berat badan Lisa sebelum ini ialah 64kg, kini berat badannya 53kg



Lisa turut berkongsi 5 cara yang diamalkan bagi menurunkan berat badannya. Apa yang buat Eina tertarik ialah tips No.5. Ya, betul Multivitamin & B-Complex merupakan suplemen asas utk tubuh badan. Ia bukan sekadar untuk kurus semata-mata, sebenarnya lebih kepada kekalkan kesihatan tubuh badan. 

Di bawah merupakan 5 cara diamalkan Lisa untuk menurunkan berat badannya: 

1. Kawal Hidangan 

“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya  karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

2. Makan buah sebelum makan

“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara. 

"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

4. Air

“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

5. Supplement

“Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.

Eina pilih Multivitamin & B-Complex #Shaklee. Korang bagaimana? 😊✌️



Credit to: Astro Gempak, Suudu

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)