Shopping Di HO Baru Shaklee

1:41 PM

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. 

Semua sedia maklum yang HO Shaklee telahpun berfungsi sepenuhnya di lokasi baru iaitu di Sunway GEO Tower. Konsepnya lebih menarik dan mudah untuk semua SID. Anda dah sampai ke sana? 

Walaupun Eina tak berkesempatan pergi semasa hari pembukaan, Alhamdulillah, dapat juga jejakkan kaki ke HO baru di Sunway GEO baru-baru ni.




Ok, dipendekkan cerita, Eina sangat suka dengan konsep baru di HO Shaklee ni, sebab tak perlu lagi ambil no giliran dan tunggu dengan lama untuk dapatkan produk Shaklee. Konsepnya macam kita shopping di Watson atau Guardian tu, ambil apa kita nak beli, then ke kaunter untuk bayar. Memang best dan mudah.




Sangat mesra pelanggan kan? Syok jer pusing-pusing dalam tu. Hehe

Bagi anda yang baru nak mendaftar sebagai ahli, di sana juga ada disediakan laptop untuk kita mendaftar secara online. Dah daftar, boleh terus beli produk apa yang anda suka. Mudahkan?


Ok, gambar di bawah ni adalah Shaklee Top 10 Best Seller


Eina akan cerita satu persatu tentang Top 10 Best Seller ni pada next entry. 


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)