Sunday, 25 February 2018

5 Tips Sihat Cantik


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Apa plan korang hari ni? Semoga segala urusan dipermudahkan ya.

Ok, hari ni Eina nak bagi tips untuk sihat & cantik. Semua orang nak cantik, tapi yang penting sihat dalaman, sihat tubuh badan dulu ok, InshaaAllah akan nampak cantik sentiasa.

 

Ada 5 tips Eina nak share. Tips ini juga merupakan saranan dari Shaklee. Ok jom tengok

1. Minum Air Kosong


Semua orang tau, air kosong sangat baik untuk kesihatan. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah sangat bagus untuk kecantikan. Bagi anda yang memiliki kulit kusam dan kering, dengan pengambilan air yang cukup, kulit anda tidak kusam dan akan sihat sentiasa


2. Lakukan penjagaan kulit muka yang betul setiap hari.


Pastikan anda mencuci wajah setiap hari. Cuci wajah setiap pagi dan malam sebelum tidur dan cuci sebersihnya bagi anda yang sering memakai alat solek ya. Untuk kekalkan kelembapan kulit, amalkan memakai masker/moisturizer selepas mencuci. Skrub wajah 2 kali seminggu bagi mengeluarkan sel mati pada wajah.


3. Ambil Vitamin C


Pengambilan vitamin C secara konsisten setiap hari mampu menguatkan sistem imun dalam tubuh. Vitamin C mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


4. Ambil Collagen Terbaik


Kolagen sangat penting untuk kekalkan kulit sihat dan cantik. Bermula dari umur 25 tahun ke atas, tahap amino acid dalam tubuh kita akan mula menurun. Amino acid bertanggungjawab ke atas pembentukan kolagen. Dan pada umur 40 ke atas, badan kita akan terus berhenti menghasilkan kolagen, maka terbentuklah signs of ageing pada tubuh kita.
Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


5. Gunakan set penjagaan kulit wajah yang betul


Yang ini merupakan langkah penting juga tau. Jangan tersalah pilih skincare. Jangan sebab nak kulit putih cepat, kulit licin cepat, kita abaikan kandungan skincare tersebut. Pastikan skincare tersebut betul-betul selamat digunakan dan sesuai dengan kulit anda. Youth Shaklee merupakan produk penjagaan kulit muka yang direka khas untuk membantu anda kekal muda dan jelita.

Ok, ini antara 5 tips sihat cantik yang boleh anda amalkan untuk sihat dari dalam, cantik di luaran. Bagi yang nak tau lebih lanjut tentang Youth Skincare, Eina akan cerita pada next entry nanti ya.

Semoga bermanfaat ❤️

Nak order Shaklee atau nak dapatkan konsultasi, boleh hubungi Eina seperti di bawah

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Agen Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kulit_cantik_halus_gebu
IG: kulitcantik.byeina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...