Asid Lemak Omega-3 - Lemak Yang Tidak Menggemukkan

9:30 AM



Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan menggalakkan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh mmebantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini



Mengawalatur Tahap Lemak Badan Yang Sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:

  • Meningkatkan kadar metabolic – kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita

Menyeimbangkan Rasa Kenyang
Dua hormon utama – ghrelin dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawalatur dua hormon ini dan:
  •          Meningkatkan rasa kenyang – anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan

Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
  •         Meningkatkan kepekaan insulin badan – semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak

Mengurangkan Tekanan
Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil



Nak tau lebih lanjut tentang vitamin Shaklee untuk bakar lemak? Boleh Whatsapp Eina terus ya.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)