Collagen Baik Untuk Kesihatan Sendi

4:00:00 pm



Haaa itu gambar ESP + Collagen Powder yang Eina ambil pagi tadi. Dah lama tak makan Collagen tu sebenarnya. Baru nk consume semula atas sebab kesihatan 🙂

Bila sebut jer kolagen, nampak jer kolagen mesti semua ingat untuk kulit cantik jer kan. 😎
Yela, nak kulit cantik ambil kolagen, nak kulit tegang dan anjal ambil kolagen, nak awet muda ambil kolagen, nak putih gebu ambil kolagen, nak kulit glowing ambil kolagen. Semua untuk kulit. 😀

Tapi kan, tujuan sebenar Eina consume semula Collagen Powder ni sebenarnya untuk masalah sendi di bahagian lutut yang Eina alami dah almost 2-3 weeks dah. Bila berjalan atau berdiri tak rasa, tapi bila nak bengkokkan kaki tu rasa sakit. Paling tak tahan bila waktu solat nak duduk antara 2 sujud tu. Allahuakbar rasa tak boleh nak duduk betul. Sakit 😖

Ok apa kaitan sakit sendi dengan kolagen plak kan?


Kolagen adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan juga kulit. Kolagen terdapat pada, kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan juga tisu badan. Kolagen dapat melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.

Maksudnya, bila kandungan kolagen dalam tubuh badan kita kurang, ia akan mengganggu struktur organik pada tisu badan.

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1-4g/sehari selepas usia 20 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan kecantikan kulit. 😉😃

So, siapa ada masalah sendi macam Eina, boleh cuba ambil Collagen ya. Kulit jadi cantik tu, bonus la kan 😍

Ok, kalau ada apa-apa nak tanya atau nak order Collagen, wasap Eina terus ya.

Ramuan Collagen Powder
Testimoni Collagen Untuk Sendi
Kenapa Perlu Ambil Collagen Setiap Hari

 ~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews