Siapa Perlukan Lebih Protein?

10:30:00 am

Protein adalah asas dan makanan kepada sel. Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel. Bila sel kita sihat dan cukup energy, penyerapan nutrien adalah lebih optimum.


Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.

Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti
💚Membina sel-sel baru
💚Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
💚Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda.

Adakah Anda Salah Seorang Daripada Mereka?

Ahli Bina Badan



Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP:
Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman


Bakal Ibu

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:
• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga
di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 


Ibu yang Menyusukan Bayi


Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:
• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu



Pertengahan Usia

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk
kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.


TIP:
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi
.


Menjaga Berat Badan



Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
• Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.



Penggemar Manisan


Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:
• Menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.


Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.


~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews