Kisah Kawan Tikam Belakang

3:30 PM

“Kami dah tengok kat bomoh, bomoh tu bagi gambaran ciri-ciri orang yang curi phone tu, semua ciri-ciri tu ada kat kau”

😳 Hah

Secara spontan aku jawab sambil tergelak kecil “apa ciri-ciri yang bomoh tu gambarkan?”

Seluruh badan aku menggeletar, tapi aku tetap beranikan diri walaupun ketika itu aku dikelilingi lebih dari 5 orang sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam.

+++++

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004 sewaktu Eina sedang praktikal pada akhir semester.

Kami merupakan kawan sekelas dari form 1 hingga form 5. Nak kata rapat sangat masa sekolah dulu tidaklah, tapi agak rapat juga la. Of coz la kenal serba sedikit latarbelakang keluarga masing-masing. Kehidupan keluarga macam mana, adik beradik, semua la. Tapi tak sampai tahap BFF la 😬

Ok, macam ni ceritanya, waktu tu tempat praktikal Eina dekat dengan Universiti kawan Eina ni. Dan kebetulan juga masa tu dia masih lagi sambung pengajiannya. So, kami ada juga berhubung dan sesekali berjumpa sembang-sembang. Seronok sangat masa tu sebab dapat jumpa balik kawan sekolah kan. 😃

Tahun 2004 tu rasanya kali pertama kami berjumpa semula setelah hampir 5 tahun tamat sekolah. Memang seronok la, sebab lama tak jumpa. 🤗

Suatu hari tu, dia minta tolong Eina untuk pindah masuk ke rumah sewa Eina. Sebab katanya ada masalah di rumah sewanya ketika tu.

Kalau ikutkan, rumah sewa Eina tinggal tu dah tak ada kekosongan, mostly semuanya student. Tapi sebab nak tolong kawan punya pasal, Eina minta tolong dengan owner rumah tu supaya terima kawan Eina ni sebab kesian kat dia. Alhamdulillah owner setuju dengan persetujuan penghuni bilik yang akan berkongsi bilik dengan dia. Waktu tu, Eina dah ada roommate dah.

So, bila dah serumah ni, lagi banyaklah masa bersembang kan. Cerita macam-macam perkembangan terkini, sesekali tu kami masak sama-sama, share makanan, share problem, gaduh dengan boyfriend pun kita tolong bagi jalan 🤭, ishh macam-macam lagi la. Seronok kan ada kawan macam ni. 😅

Satu hari, berlaku kejadian kecurian di rumah sewa kami. Seingat Eina kejadian kecurian tu berlaku sekitar jam 4@5 pagi. Waktu tu, cuti semester jadi ramai student tak ada. Kawan Eina pun balik kampung bercuti juga.

Yang tinggal hanya sorang kakak yang sudah bekerja dan Eina yang sedang praktikal. Kemudian ada seorang sahaja student yang tinggal bersama seorang lagi kawannya kerana bekerja sambilan waktu cuti semester.

Dari apa yang student tu ceritakan, katanya waktu tu mereka baru balik dari bekerja, kemudian keluar semula untuk makan dan tinggalkan phonenya yang sedang caj. Pencuri tu dapat ambil phone yang sedang caj melalui tingkap.

Melihat pada keadaan biliknya tu, memang ada la kesan cable pengecas tu ditarik melalui tingkap dan buku-buku di ruangan meja berdekatan tingkap tu pun berselerak. Memang tak ada kesan selongkar pun di kawasan lain, even di ruang tamu rumah pun tak terusik.

Tapi, ntah macam mana, selepas beberapa hari kejadian tu, tiba-tiba mereka menuduh Eina pula yang curi phone tu, sebab katanya masa tu memang Eina jer yang tinggal dan bilik Eina dekat dengan bilik mereka. Allahuakbar

Bermacam-macam tuduhan mereka terhadap Eina, semuanya tak masuk akal. Apa yang paling memeranjatkan Eina, mereka percaya dan keras menuduh Eina yang curi phone tu disebabkan info dan cerita yang disampaikan oleh kawan Eina sendiri. Semuanya disalahertikan 😔

+++++

“Kau memang nak belikan handphone untuk adik kau kan, tapi kau kata tak ada duit”
“Haaa, ya memang betul. Tapi takdelah sampai nak mencuri plak” 🤬

+++++

Masa tu, Eina memang agak terkejut. Eina berharap kawan Eina ni percaya dan faham Eina sebab cuma dia sahaja kawan yang dah lama kenal Eina, tau keadaan Eina macam mana, tau perangai Eina macam mana. Tapi dia langsung tidak menyebelahi Eina. Allah, sedihnya hanya Tuhan jer yang tahu. 😢

Lepas satu, satu tuduhan keluar. Tiba-tiba orang ni kata hilang Jeans la, orang ni pula kata hilang itu la ini la 😰

Kes jadi semakin rumit dan tiada siapa pun percaya apa yang Eina cakapkan. Semua dalam rumah tu, pandang serong pada Eina. Kononnya Eina ni pencuri 😭. Even owner rumah tu pun menyebelahi mereka.

Menangis teresak-esak Eina call mak kat kampung, cerita apa yang berlaku. Mak memang marah sangat, bila Eina bagitau owner rumah pun tak percaya Eina dan bersubahat dengan mereka yang lain.

Allah, susah macam mana sekalipun, takdelah sampai tahap mencuri. Eina sanggup ikat perut tahan lapar kalau tak ada duit nak makan tau.

Then, manalah kita tau dia balik pukul 4@5 pagi tu, buat apalah nak susah-susah bangun pukul 4 ke 5 pagi tu semata-mata nak mencuri phone tu.

Kalau kita ni terdesak sangat la, ada banyak jer barangan berharga lain yang boleh kita ambil masa takde orang tu. 😔

Bermacam-macam helah mereka buat untuk memaksa Eina mengaku. Kononnya, dah jumpa “bomoh” & semua petunjuk tu kena dengan Eina, erm macam-macam ugutan juga mereka beri, tapi Eina tetap kuat dan tak takut sebab memang Eina tak buat, kita BERANI KERANA BENAR kan.

+++++

“Kitaorg nak bagi kau makan satu biskut ni, kalau kau menipu, lepas jer makan biskut ni kau akan muntah”

“Okeh, mana biskut tu, meh aku makan”

“Betul ni? Jangan menyesal”

“Takpe, bak la sini aku makan”

Nampak kelam kabut jer masing-masing cari biskut yang kononnya dah dijampi tu. Habis jer sekeping Eina makan biskut tu, nampak semua muka tak puas hati, sebab Eina masih taknak mengaku 😒

+++++

Memang tiada jalan penyelesaian. Jadi, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Eina ambil keputusan untuk pindah ke rumah lain.Tanpa sebarang pembelaan dan halangan dari owner rumah itu sendiri, Eina rela hati keluar dari rumah tu. Tapi, kawan Eina tu masih tinggal di rumah sewa tu tanpa rasa bersalah.

Sejak tu, Eina memang dah tak berhubung dengan dia. Kalau terserempak pun, Eina tak boleh nak tengok muka dia dah. Hati sangat terluka. 🥺

Selepas beberapa bulan keluar dari rumah tu, Eina ada berjumpa dengan 2-3 orang junior. Katanya, lepas Eina pindah macam-macam hal yang lebih teruk lagi berlaku. Allah itu Maha Adil kan, satu rumah kucar kacir, ramai juga yang sudah berpindah katanya.

Rupanya ada hikmah disebalik kejadian. Eina bersyukur sebab Eina dah keluar lebih awal dari rumah tu. Allah itu sebaik-baik perancang 😊

Sekarang semua dah jadi sejarah, semua dah jadi kenangan. Eina dah maafkan dia dah, dah tak simpan apa-apa dendam dah. Dah anggap seolah-olah kejadian itu tidak pernah berlaku. Tapi peristiwa itu takkan mudah untuk dilupakan. 🙂

***


Ada banyak pengajaran yang Eina dapat dari kejadian tersebut.

Pertama sekali, perlu berhati-hati memilih kawan. Kawan yang baik dengan kita, tak semestinya dia adalah kawan yang terbaik untuk kita. Walaupun kita dah kenal lebih 10 tahun, tapi kita takkan dapat faham dia sebenarnya-benarnya. Hati manusia ni berubah-ubah, kawan juga boleh menjadi lawan.

Yang kedua, sebagai manusia, jangan mudah percaya dengan orang. Rambut sama hitam, tapi hati kita tak tahu kan.

Then, jangan mudah berkongsi semua cerita tentang kita, tentang kehidupan keluarga kita pada orang lain, walaupun kawan kita sendiri. Sebab kita tak tahu macam mana penerimaan dia dari apa yang kita ceritakan tu. Boleh jadi dia tak suka, dan mungkin juga boleh jadi negatif pada dia.

Apa pun terjadi haruslah siasat dulu dengan betul, jangan cakap sembarangan tanpa usul periksa. Jangan mudah menghukum tanpa dapat bukti yang sebenar. Dan jangan disebabkan mulut badan binasa. 😉

Pesan dengan diri sendiri juga, jika berkawan jadilah kawan yang baik, kawan yang menyenangkan kawan. Kawan yang memberi manfaat. Bukan kawan yang tikam belakang kawan ❤️

***
Eina Md Ali
Ikhlas jika berkawan

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)