8 Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi

4:19 PM

Kelebihan mandi air sejuk, kebaikan mandi air sejuk setiap pagi


Korang bangun pagi, prefer mandi air sejuk or air panas?

Eina ada jumpa kelebihan yang sangat bagus untuk kesihatan kita kalau kita mandi air sejuk waktu pagi

Jemput baca ya 😊

1. Meningkatkan Imunisasi Badan
Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada badan

2. Meningkatkan Tenaga
Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan

3. Lancarkan Aliran Darah
Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Arteri yang mengecut membolehkan aliran darah mengalir lebih lancar

4. Menjadikan Kulit & Rambut Lebih Sihat
Air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat

5. Mengawal Suhu Badan
Mandi air sejuk boleh membantu mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk

6. Menguatkan Pernafasan
Perasan tak, tiap kali anda mandi air sejuk, anda akan tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru.

7. Membantu Untuk Kurus
Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemka perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan

8. Mengurangkan Tekanan Perasaan
Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh merangsang "titik biru" pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradrenaline membantu mencegah tekanan perasaan.

*****
Bestkan baca kelebihan mandi air sejuk setiap pagi. So, kalau korang selalu mandi air panas waktu pagi, cuba sesekali tukar mandi air sejuk pula. :)

Sila share jika bermanfaat ❤️

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)