Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Ketika Musim Jerebu

4:57 PM

Terdapat pelbagai jenis topeng yang boleh didapati di luar sana. Tetapi, topeng yang macam mana paling sesuai digunakan semasa musim jerebu?



Untuk musim jerebu, anda dinasihatkan menggunakan topeng jenis N95 untuk perlindungan yang lebih selamat. Pakar Runding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS berkata, topeng jenis N95 itu mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus daripada partikel yang berukuran 0.3 mikron dan ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka pemakainya.



Kebanyakan orang ramai di luar sana menggunakan topeng muka pembebedahan. Topeng ini tidak memberi perlindungan yang sempurna jika digunakan semasa musim jerebu. Topeng pembedahan tiga lapis yang berwarna hijau atau biru ini tidak mampu menapis gas toksik dan partiel halus seperti jerebu.


Gas toksik dan partikel halus jerebu ini sangat kecil, kebanyakannya berukuran bawah 2.5 mikron. Jadi ia sangat memudaratkan jika kita hidu. Bahan partikel ultra halus (2.5 mikron atau kurang) sering melekat dalam paru-paru yang memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada penyakit kardiovaskular dan pulmonari

Topeng N95 ini tidaklah terlalu murah berbanding topeng-topeng yang lain. Bagaimanapun, penggunaan topeng N95 boleh menyebabkan ketidakselesaan jika digunakan untuk tempoh masa lama, kerana ia boleh menyebabkan kita lebih sukar bernafas juga mengurangkan jumlah udara yang disedut.



Topeng ini boleh digunakan berulangkali. Tetapi, jika keadaan topeng tersebut menjadi kotor atau rosak atau koyak, topeng ini hendaklah segera ditukar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan topeng jenis N95 adalah paling baik dan berkesan untuk kegunaan ketika musim jerebu. Namun begitu, topeng ini tidak direka untuk kanak-kanak.

Manakala pemakaian topeng yang diperbuat daripada kain pula adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu. Walaupun ia murah dan boleh dibasuh serta boleh diguna semula, beberapa kajian menunjukkan ia tidak berkesan untuk partikel berukuran 2.5 mikron ke bawah. Topeng jenis kain ini juga mudah basah serta meningkatkan risiko mendapat jangkitan.

Jika anda tiada topeng jenis N95 ini, anda masih boleh menggunakan topeng penutup tiga lapis untuk perlindungan ketika aktiviti luar daripada tidak memakai langsung.

Sila gunakan jenis topeng yang sesuai semasa musim jerebu ok.

Semoga bermanfaat.

Credit: hmetro

You Might Also Like

0 comments

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews