Produk Terbaru Youth Skincare Shaklee - Youth Moisture Lock Day Cream

12:00 PM

Bulan September 2019, Shaklee telah memperkenalkan satu produk terbaru dari rangkaian Youth Skincare Shaklee iaitu Youth Moisture Lock Day Cream.



Apa keistimewaan Youth Moisture Lock Day Cream ini? Apa fungsinya? Ia sesuai untuk siapa?

Ok, sebelum itu  TAHUKAH ANDA? 



Kulit yang sihat mempunyai minyak dan air yang seimbang. Kekurangan minyak atau air akan menyebabkan kulit kehilangan kelembutan dan kelembapan. Akan tetapi, tekanan, gaya hidup dan alam sekitar seperti pencemaran dan rutin penjagaan kulit yang tidak sesuai juga akan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan mempercepatkan penuaan. Oleh sebab itu, adalah penting untuk memastikan bahawa tahap minyak dan air seimbang untuk kulit yang lembut dan sihat.

 Kulit muda mempunyai minyak dan air yang banyak dan seimbang


Kulit matang - kedua air dan minyak akan berkurangan disebabkan penuaan, gaya hidup dan pencemaran


Ini pula adalah GEJALA KULIT YANG HILANG KELEMBAPAN 
  • Kulit akan menjadi tegang, terutamanya selepas mandi atau berenang
  • Kulit menjadi kasar
  • Kulit yang pecah-pecah, kering bersisik dan mengelupas 
  • Garis-garis halus atau retak
  • Kulit menjadi kemerahan
  • Kegatalan

Apabila kulit menjadi kering, ia akan menjadi lebih sensitif, mengakibatkan garis halus dan kedutan, menyebabkan kulit berkelihatan kusam dan kelihatan tua. Dengan YOUTH™ Moisture Lock Day Cream BARU ini, ia dapat menghilangkan kulit yang kering, diganti dengan penghidratan dan melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan

Salah satu kunci kepada kulit yang cantik serta kelihatan muda adalah penghidratan. Tidak seperti penjagaan kulit biasa, teknologi canggih kami melangkaui lebih daripada menangani masalah kulit di permukaan untuk mensasarkan ke tahap sel kulit anda.

Youth Moisture Lock Day Cream adalah untuk Penghidratan Mendalam dan Segera.



Memanfaatkan kuasa botani, YOUTH menggunakan Teknologi Penghidratan Selular BARU untuk bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan.



Fungsi utama Youth Moisture Lock Day Cream ini ialah menghilangkan kulit yang kering dan ganti dengan penghidratan.



Selain itu antara fungsinya ialah
  • Mengunci kelembapan
  • Penghidratan yang mendalam dan mengekalkan kelembapan
  • Melembutkan dan membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kering

Bahan-bahan Utama

Diformulasikan dengan lebih daripada 23 ekstrak botani.

4 ekstrak utama ialah Ekstrak Kaktus, gabungan unik empat jenis asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.
 

Ekstrak Kaktus yang membantu menarik dan menahan kelembapan pada lapisan luar kulit dan mengangkutnya ke mana diperlukan di seluruh sel-sel kulit. Ia menenangkan dan melembutkan kulit serta memberi penghidratan yang tahan lama.

Campuran unik 4 jenis asid hyaluronik yang boleh mengekalkan sehingga 1,000 kali beratnya dalam air untuk memerangkap dan mengekalkan kelembapan dalam lapisan kulit yang paling dalam.

100% Squalane berasaskan tumbuhan yang membantu membina halangan pelindung untuk mengurangkan kehilangan air. Mengekalkan kelambapan untuk penghidratan yang berkekalan. Menyeimbangkan air dan minyak kulit supaya kulit anda kelihatan segar sepanjang hari.


Juga mengandungi bahan botanikal dari Youth Complex seperti Ekstrak Sel Apple, Lotus Japonicus, Ekstrak Buah Schisandra Chinensis, Anggur Muscadine dan Vital Repair+ Complex


Antara keistimewaan Youth Moisture Lock Day Cream adalah

  •  100% berasaskan tumbuhan
  • Tidak mengandungi PEWARNA
  • Tidak mengandungi PEWANGI
  • Bebas daripada 1500 bahan bahaya
  • Diuji oleh Ahli Oftalmologi
  • Diuji oleh Ahli Dermatologi
  • Hipoalergenik



Teksturnya sangat ringan dan ia mudah diserap. Dapat mengekalkan kelembapan kulit sehingga 30% selepas 5 jam pakai.







Dan KEPUTUSAN yang anda dapat lihat apabila menggunakan Youth Moisture Lock Day Cream ialah
  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan
  • Mengurangkan penampilan garis kering dan kemerahan
  • Membantu melegakan dan merehatkan kulit
  • Jelas menampakkan penghidratan untuk kulit licin, lebih gebu dan lebih lembut. 

Siapa perlukan Youth Moisture Lock Day Cream?

Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah, Youth Moisture Lock Day Cream sangat sesuai untuk anda. 
  • Mempunyai kulit kering kerana kurang air / sebum (minyak)
  • Kurang tidur
  • Kerap ambil kafein
  • Hampir atau sudah menopause
  • Orang Muda (biasanya kulit banyak minyak tetapi kurang air)
  • Orang Berusia (biasanya kulit kurang minyak dan juga kurang air)
 
Perbandingan antara produk jenama Youth dengan produk-produk lain


Perbandingan jenama Youth dengan jenama lain
 
Perbandingan dari hasil kajian produk Youth dengan jenama lain

Boleh dilihat daripada hasil kajian di atas, ternyata Youth Moisture Lock Day Cream telah mengatasi serta mengungguli berbanding dari jenama-jenama yang lain.


Cara Penggunaan Youth Moisture Lock Day Cream

Youth Moisture Lock Day Cream hanya digunakan pada waktu siang sahaja. Pakai dengan konsisten untuk kesan yang lebih cepat.

Harga pasaran bagi Youth Moisture Lock Day Cream ialah RM247. Ingin dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah, boleh terus hubungi Eina ok.




You Might Also Like

0 comments

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews