Makanan Manis dan Makanan Tinggi Karbohidrat Punca Diabetes

4:40 PM


Umur 19 tahun dah kena kencing manis! Terkejut Eina baca kisah ni kat laman KKM haritu.

Semuanya gara-gara kemaruk makanan manis dan makanan yang mempunyai tinggi karbohidrat.

Eina tak boleh bayang macamana umur 19 tahun dah kena kencing manis yang kena cucuk insulin. Ngeri! Nak buat kerja pun terbatas sebab mata pun dah kabur sebab side effect diabetes. Darah tinggi lagi đŸ˜„.

Kawan-kawan, penyakit ni datang tak kira usia. Tua atau muda, semuanya berisiko. Apatah lagi, kalau tak jaga pemakanan. Even golongan kanak-kanak pun ada yang mengidap diabetes.

Abah Eina sendiri salah seorang pesakit diabetes yang agak kronik sudah berbelas tahun lamanya. 😔

Asalnya hanya mengalami luka di bahagian pergelangan tangan sahaja. Tapi, tak tau kenapa masa tu luka abah lambat sembuh. Selepas beberapa minggu, tiba-tiba pergelangan tangan abah terus membengkak. Rupanya abah ada diabetes.😟

Abah Eina ni, penggemar buah durian. Kalau tiba musim durian, berbakul-bakul abah beli untuk kami adik-beradik. Mungkin salah satu punca asal abah mengidap diabetes adalah dari pengambilan makanan manis yang tidak terkawal.

Waktu itu, lebih sebulan abah terpaksa duduk di hospital. Dua kali pembedahan dibuat bagi membuang sisa daging yang telah rosak di pergelangan tangan abah.

Korang bayangkanlah, pergelangan tangan abah jadi seperti daging segar yang kemerahan tu. Ngeri 😖

Setiap kali tengok abah di hospital, airmata ni laju jer turun. Sedihnya, tak tau nak cakap macam mana. Kesian abah. Tak sanggup nak tengok penderitaan abah masa tu. 😭

Selepas pembedahan kedua, doktor kata "kena potong pergelangan tangan ni, sebab takut merebak dan jadi lebih teruk". Allahuakbar 😧

Tapi, mak buat keputusan bawa abah berubat cara tradisional di kampung. Alhamdulillah, hari demi hari nampak perubahan positif pada abah. Abah pun dah mula jaga cara pemakanan.

Kesan dari pembedahan tersebut, pergelangan tangan abah tidak boleh bergerak lagi. Nak menggenggam pun tidak dapat. Seolah-olah saraf di pergelangan tangan abah sudah tidak berfungsi. Hanya dihujung jari sahaja mampu digerakkan, itupun sangat sedikit. 😔

Bertahun abah terpaksa membiasakan diri. Dalam masa yang sama, abah juga terpaksa makan ubat tanpa henti hinggalah sekarang.

Mungkin, atas faktor badan abah sudah imun dengan ubat yang diambil. Dan atas faktor pemakanan juga, sekarang ni abah terpaksa ambil insulin setiap hari pula. 😓

Kesan sampingan dari penyakit diabetes itu juga telah menyebabkan penglihatan abah menjadi kabur.

Kaki abah pun dah tak kuat macam dulu. Tak boleh berjalan atau nak berdiri lama. Cepat rasa letih dan selalu rasa kebas, kadang tu sakit sampai berdenyut katanya. 😓

Bila tengok keadaan abah sendiri macam tu, seriously Eina memang risau dan jadi sangat takut.

So, kawan-kawan masa muda ni memang kita tak rasa. Kita rasa ok jer makan itu makan ini. Kita rasa sihat jer. Tapi bila umur semakin meningkat, imun badan pun berkurangan, sedikit sebanyak pasti kesihatan kita mula terjejas.

Kalau betul-betul tak jaga kesihatan, tak mustahil macam-macam penyakit kita akan dapat. Nauzubillah.

Please jaga pengambilan makanan kita ok. Kalau boleh, kurangkan pengambilan makanan manis dan tinggi karbohidrat.

Amalkan gaya hidup sihat. Kalau perlu suplemen sebagai tambahan, ambillah ikut keperluan. InsyaAllah, sekurang-kurangnya kita boleh mencegah sebelum terjadi lebih parah.

Tapi ingat, jika diuji juga dengan penyakit yang tidak di ingini, semuanya sudah ketentuan Allah. Ada hikmah disebaliknya. Peringatan untuk diri Eina juga.

Semoga, korang dapat ambil iktibar dari perkongsian Eina ni ya.

Terima kasih sudi baca sampai habis. ☺

You Might Also Like

0 comments

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews