Vitamin Shaklee Untuk Turunkan Kolesterol

9:00 AM

Assalamualaikum
 
Lately ni Eina dapat ramai prospek yang bertanyakan vitamin Shaklee untuk masalah kolesterol.
 

Eina akan share antara vitamin-vitamin yang sesuai untuk bantu turunkan atau kurangkan masalah kolesterol ni ya.

Sebelum tu, jom kita baca sikit info ringkas tentang kolesterol ni.

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, tetapi ia boleh dijumpai dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang terlalu tinggi.
 
Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).
 
Baca lagi tentang Kolesterol >> KLIK DI SINI
 
 
Tanda-tanda Kolesterol tinggi
  • Rasa pening-pening di kepala
  • Rasa tegang atau kaku di tengkuk, leher atau bahu
  • Rasa kaku atau kebas di kaki dan tangan
  • Rasa pedih atau sakit di bahagian dada
  • Paling jelas timbul tanda kekuningan dikelopak mata serta lingkaran putih di pinggir kornea

DAN paling menakutkan timbul ketulan seakan benjol di bahagian badan, macam leher, belakang kepala, benjol tersebut sebenarnya lelemak putih lilin (lemak) akibat kolesterol yang tinggi dalam badan 
 
Baca Tips Mengelak Kolesterol >> KLIK DI SINI
 
 
Vitamin Shaklee Untuk Turunkan dan Kurangkan Masalah Kolesterol
 
 
1. Omegaguard
 
OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
 
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan asid lemak omega-3 membantu:
  • Mengenalpasti dan menghancurkan protein yang menyebabkan inflamasi.
  • Menukar sifat dan fungsi sel yang menyebabkan inflamasi.
  • Meningkatkan pengeluaran protein yang mengurangkan inflamasi  
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 
 
EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.
 
2. Energizing Soy Protein
 
Salah satu cara mengurangkan kadar kolesterol ialah ambil makanan yang tinggi serat dan juga protein. Protein soya membantu menurunkan kolesterol! Jumlah protein soya yang disyorkan untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol darah adalah 25g sehari.

ESP menyediakan:
  • 14g protein tulen, bersamaan dengan 1 hidangan ikan!
  • RENDAH Lemak supaya anda boleh menikmatinya setiap hari!
  • TIADA kolesterol untuk jantung yang lebih sihat.
  • RENDAH Indeks Glisemik, sesuai untuk pesakit kencing manis dan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan mereka. 

ESP diperbuat daripada:
  • Kacang soya asli, BUKAN-GMO kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik.
  • TIADA gluten, selamat untuk anda yang sensitif terhadap gluten.
  • TIADA perisa tiruan, mempunyai hanya yang tulen, lazat dengan kebaikan semula jadi.
  • TIADA pemanis tiruan, minum dengan fikiran yang tenang.
  • TIADA pewarna tiruan.
  • TIADA pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak perlu pengawet.
 
3. Vivix

Vivix merupakan campuran tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tinggi dengan kandungan polifenol.
 
Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia berperanan memberi mereka warna sambil melindungi dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan tubuh yang sihat dengan:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur darah.
  • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat.
  • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Melindungi kerosakan DNA.
  • Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.
  • Polifenol campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikankerosakan selular.
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

So, untuk anda yang nak cuba vitamin-vitamin Shaklee untuk turunkan kolesterol atau untuk kurangkan kolesterol, bolehlah cuba vitamin-vitamin di atas ok.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh jer terus whatsapp Eina untuk konsultasi.

 
Atau
 

You Might Also Like

2 comments

  1. orang kurus pun byk kolestrol kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu atie, kurus tak semestinya sihat. Org kurus pun boleh ada kolesterol.

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Followers

Pageviews