Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Siapa sini mempunyai jenis kulit kering? Jemput baca tips di bawah ya.


    Tekstur kulit kering biasanya kasar dan nampak kusam. Lubang pori-pori pula agak kecil. Jika tahap kelembapan bagi jenis kulit kering tidak cukup, ia boleh menyebabkan kulit menjadi merekah. Tanda-tanda penuaan juga akan nampak lebih jelas berbanding jenis kulit yang lain.
     
    Kulit kering terjadi disebabkan kulit memiliki kalenjar minyak dan tahap kelembapan yang sangat sedikit dipermukaan kulit. So, sebab tu setiap kali kita mencuci muka, kulit akan terasa kering.

    Lebih teruk lagi, garis-garis halus dan kedutan pada wajah akan mudah terbentuk sehingga menyebabkan kita akan nampak lebih berusia atau tua dari usia sebenar.

    Kalau anda sering menggunakan sabun, pembersih muka atau penyegar secara berlebihan, keadaan kulit kering akan bertambah teruk dan bermasalah. Faktor cuaca juga mempengaruhi keadaan kulit, contohnya apabila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

    Bagi memastikan kulit kering tetap sihat dan bermaya, anda perlu pastikan kelembapan kulit kita mencukupi. Kalau anda memiliki jenis kulit kering, jom ikuti langkah-langkah di bawah

    Tips Penjagaan Wajah Kulit Kering
     

    1. Untuk tanggalkan solekan di mata, letakkan sedikit pembersih solekan mata yang berasaskan minyak pada kapas muka dan bersihkan kawasan mata dengan perlahan-lahan. Produk berasaskan minyak ini akan membantu mengurangkan kekeringan kulit. Tapi jangan guna berlebihan pula ya, boleh menyebabkan kulit terkena alahan. Mostly orang guna baby oil kan, boleh juga. tapi jangan guna berlebihan ok. 

    2. Untuk mencuci wajah, pastikan anda menggunakan pembersih wajah yang mampu menyingkirkan kotoran dan solekan yang terdapat pada permukaan kulit. Lebih elok guna pembersih wajah jenis gel oil cleanser macam Youth Gel Oil Cleanser ni. Buat sedikit urutan kemudian biarkan seketika, then bersihkan wajah dengan menggunakan kapas muka. Selepas itu barulah bilas wajah dengan menggunakan air bersih. Sebaiknya gunakan air sejuk untuk rasa lebih segar. Penggunaan air sejuk juga membantu peredaran darah pada kulit wajah.

    3. Langkah ini paling penting. Pastikan sapu pelembap wajah selepas mencuci. Sapukan dengan menggunakan hujung-hujung jari dalam gerakan bawah ke atas. Gunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang pekat kerana ia mengandungi lebih banyak air berbanding minyak. Jika ingin bermakeup pastikan pelembap telah meresap ke dalam kulit dahulu kira-kira 15-20 minit.
     
     
    Skincare Untuk Masalah Kulit Kering
     
    Jika anda lakukan secara rutin dan konsisten dengan menggunakan skincare yang sesuai, boleh mengurangkan garis-garis halus pada wajah dan kedutan juga dapat dikurangkan. Kulit pun akan jadi lebih halus dan licin.
     
    Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering ok.
     
     
    Nak tanya vitamin atau skincare untuk kulit kering? 

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    makanan punca jerawat 

    Terdapat banyak punca atau penyebab terjadinya jerawat. Pengambilan makanan harian juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya jerawat.

    Ya, jom kita tengok jenis-jenis makanan yang menjadi punca jerawat



     
    1. Garam Berlebihan

    makanan punca jerawat

    Pengambilan garam secara berlebihan di dalam makanan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air, ia sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit. Lalu terjadilah jerawat.


    2. Kuning Telur

    makanan punca jerawat

    Haa, jangan terkejut tau. Kuning telur pun boleh jadi punca jerawat. Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


    3. Minuman Beralkohol

    makanan punca jerawat

    Ok, minuman beralkohol pula akan mengakibatkan dehidrasi. Jadi jerawat akan mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


    4. Makanan Bergoreng

    makanan punca jerawat

    Ok, this one mostly orang tahu. Makanan bergoreng perlu dikurangkan dan kalau boleh elakkan supaya jerawat tidak naik. Bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah atau berjerawat, adalah seeloknya elakkan ambil makanan yang berminyak ok.


    5. Udang dan Makanan Laut

    makanan punca jerawat

    Seafood. Semua orang suka seafood kan. Tapi bagi anda yang ingin mengelakkan masalah jerawat, sila elakkan memakan makanan laut ok. Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


    6. Produk Tenusu

    makanan punca jerawat

    Ok, seretusnya ialah produk tenusu. Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


    7. Makanan Segera

    makanan punca jerawat

    Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang sangat tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. Jadi, sila kurangkan pengambilan makanan segera ok. 


    Tips Kulit Sihat dan Cantik Setiap Hari


    Saranan - Banyakkan Minum Air & Makan Buah-buahan

    Selain mengelakkan pengambilan makanan-makanan di atas, anda disarankan mengambil air putih dengan kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan sihat ini bukan sahaja baik untuk kulit anda, malah ia juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

    Jadi, untuk mengelakkan kulit anda jadi lebih bermasalah dan berjerawat, sila elakkan mengambil makanan-makanan di atas ok.

    Kajian juga menunjukkan pengambilan sesetengah makanan seperti teh hijau dan kunyit boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit.
    Continue Reading


    Cahaya matahari bukan sekadar panas tetapi menurut ahli dermatologi, mereka mengatakan bahawa jika kita terdedah terus dengan cahaya matahari untuk waktu yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, seperti kulit menjadi hitam atau gelap, menyebabkan bintik coklat, kemerah-merahan, kadang-kadang kelihatan dan bersisik, kering dan berkedut. Malah, jika terdedah secara terus dengan sinar matahari, ia juga boleh menyebabkan kanser kulit.

    Apatah lagi jika anda berada di sekitar pantai, kita akan rasa sinaran matahari akan lebih panas daripada biasa. So, pastikan anda bersedia dengan penjagaan kulit dari terdedah dengan sinaran matahari secara terus ok.

    Ikuti tips ini untuk lindungi kulit dari sinaran UV

    Pakai pakaian yang boleh menutup sebahagian besar kulit anda

    Gunakan topi untuk melindungi muka dan kepala

    Gunakan cermin mata hitam yang mempunyai nilai pelindungan UV untuk lindungi mata

    Gunakan sunblock yang bersesuaian dengan kulit setiap hari

    Pilihlah sunblock yang terbaik yang mempunyai ciri-ciri seperti ini

    • Mempunyai fungsi pelindungan dari sinar UVA & UVB
    • Mmepunyai spektrum yang luas SPF-50
    • Berasaskan dari sumber tumbuhan
    • Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya pada kulit


    Youth Age Moisturizer - SPF50 merupakan sunblock atau sunscreen yang terbaik untuk kulit anda. Ia membantu melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.

    Beli Youth Age Moisturizer - SPF50, klik sini 👇

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9320e0394d53223db23d0b28fdc93e22


    Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Eina ok. ;)


    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Continue Reading


    Musim cuti-cuti sekolah ni, mesti ramai yang ambil peluang bercuti bersama family dan anak-anak kan. Kebanyakan destinasi popular yang menjadi tumpuan adalah di kawasan pantai. Betul tak?

    So, mesti banyak keperluan yang kita akan prepare untuk kegunaan semasa bercuti. Tapi jangan lupa keperluan untuk penjagaan diri dan kulit juga tau. Tambahan lagi bila kulit akan sentiasa terdedah dengan sinaran UV.

    Antara kesan apabila kulit terdedah dengan sinaran UV ialah
    ➤Kedutan
    ➤Kulit kurang anjal
    ➤Tekstur kulit merosot
    ➤Jeragat
    ➤Pigmentasi
    ➤Kulit kering

    Pemakaian krim pelindung matahari adalah sangat disarankan sebelum melakukan sebarang aktiviti luar bilik ok. Eina sarankan Youth Age Defense Moisturizer SPF 50 ia melindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

    Selain itu, boleh amalkan tips mudah penjagaan kulit ini.

    Sila ambil air secukupnya. Bawa bekal air kosong semasa melakukan aktiviti harian


    Walaupun bercuti, pastikan makanan yang di ambil adalah seimbang dan sihat


    Dapatkan rehat dan tidur secukupnya, supaya segar dan kulit kekal sihat


    Kalau boleh, cuba kawal stress atau tekanan semasa bercuti ya. Enjoy your holiday!!!


    Suplemen sangat penting bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam badan. Untuk badan dan kulit yang sihat, amalkan pengambilan multivitamin, Vitamin C dan Vitamin E

    So, selamat mencuba ;)

    Ingin dapatkan suplemen Shaklee? Hubungi Eina ok


    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Selamat berhujung minggu. Apa plan korang hari ni? Semoga segala urusan dipermudahkan ya.

    Ok, hari ni Eina nak bagi tips untuk sihat & cantik. Semua orang nak cantik, tapi yang penting sihat dalaman, sihat tubuh badan dulu ok, InshaaAllah akan nampak cantik sentiasa.

    Ada 5 tips Eina nak share. Tips ini juga merupakan saranan dari Shaklee. Ok jom tengok

    1. Minum Air Kosong

    minum air secukupnya
    Semua orang tau, air kosong sangat baik untuk kesihatan. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah sangat bagus untuk kecantikan. Bagi anda yang memiliki kulit kusam dan kering, dengan pengambilan air yang cukup, kulit anda tidak kusam dan akan sihat sentiasa


    2. Lakukan penjagaan kulit muka yang betul setiap hari.

    lakukan penjagaan kulit muka dengan betul
    Pastikan anda mencuci wajah setiap hari. Cuci wajah setiap pagi dan malam sebelum tidur dan cuci sebersihnya bagi anda yang sering memakai alat solek ya. Untuk kekalkan kelembapan kulit, amalkan memakai masker/moisturizer selepas mencuci. Skrub wajah 2 kali seminggu bagi mengeluarkan sel mati pada wajah.


    3. Ambil Vitamin C

    ambil vitamin c
    Pengambilan vitamin C secara konsisten setiap hari mampu menguatkan sistem imun dalam tubuh. Vitamin C mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


    4. Ambil Collagen Terbaik

    collagen
    Kolagen sangat penting untuk kekalkan kulit sihat dan cantik. Bermula dari umur 25 tahun ke atas, tahap amino acid dalam tubuh kita akan mula menurun. Amino acid bertanggungjawab ke atas pembentukan kolagen. Dan pada umur 40 ke atas, badan kita akan terus berhenti menghasilkan kolagen, maka terbentuklah signs of ageing pada tubuh kita.
    Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


    5. Gunakan set penjagaan kulit wajah yang betul

    guna skincare yang sesuai
    Yang ini merupakan langkah penting juga tau. Jangan tersalah pilih skincare. Jangan sebab nak kulit putih cepat, kulit licin cepat, kita abaikan kandungan skincare tersebut. Pastikan skincare tersebut betul-betul selamat digunakan dan sesuai dengan kulit anda. Youth Shaklee merupakan produk penjagaan kulit muka yang direka khas untuk membantu anda kekal muda dan jelita.

    Ok, ini antara 5 tips sihat cantik yang boleh anda amalkan untuk sihat dari dalam, cantik di luaran. Bagi yang nak tau lebih lanjut tentang Youth Skincare, Eina akan cerita pada next entry nanti ya.

    Semoga bermanfaat ❤️

    Nak order Shaklee atau nak dapatkan konsultasi, boleh hubungi Eina seperti di bawah

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    ~~~~~

    Continue Reading
    Wanita & kulit cantik sangat sinonim kan?
    •
    Terdapat pelbagai cabaran dan sebab yang menjadikan masalah kulit tidak sihat. Yang paling ketara ialah gaya hidup seharian dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Selain itu punca kulit menjadi tidak sihat ialah
    1. Sering berjaga waktu malam, waktu tidur tak menentu
    2. Hormon tidak seimbang
    3. Sering mengalami tekanan
    4. Penggunaan/pengambilan skincare yang tidak bersesuaian

    Apabila usia semakin meningkat, hormon kita juga akan berubah-ubah. Keperluan vitamin/nutrisi juga semakin meningkat. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. 

    Jika seawal usia anda 20-an dan 30-an, anda mempunyai masalah
    Jerawat ❓
    Kulit berminyak❓
    Kulit kusam❓
    Kulit kering❓
    Berparut❓

    Itu tandanya anda kehilangan banyak vitamin di dalam tubuh badan. Pengambilan makanan seimbang yang mengandungi vitamin asas adakalanya tidak mencukupi. Antara vitamin asas untuk kulit sihat ialah Vitamin C, Vitamin E, Protein dan Kolagen. Oleh itu pengambilan vitamin tambahan atau suplemen adalah sangat digalakkan.

    Antara tips ringkas untuk kulit sihat dan cantik 👇👇👇
    •
    ✅ Amalkan memakan makanan yang berkhasiat
    ✅ Hindari makanan berlemak dan berminyak kerana ia merupakan punca kulit anda berjerawat dan berminyak
    ✅ Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan
    ✅ Ambil air kosong 8 gelas sehari atau secukupnya
    ✅ Ambil suplemen seperti Vit C & Vit E bagi melawan radikal bebas penyebab masalah kulit


    DAH CUBA PELBAGAI PRODUK, TAPI TAK SERASI, SEMUANYA ADA CHEMICAL, HABIS KULIT MERAH MACAM TERBAKAR DAN MENIPIS 😤


    Jika anda memerlukan Vitamin Asas untuk pulihkan kulit anda, Eina cadangkan SET ASAS KULIT CANTIK ini untuk anda. Set ini membantu detox, membuang toksin yang menyebabkan pelbagai masalah dalaman. Ia juga membersih secara menyeluruh dengan lebih efektif, menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata hanya dari dalaman TANPA KESAN SAMPINGAN mahupun PENGELUPASAN.

    Untuk info lanjut dan order, boleh terus Whatsapp Eina 0192275759

    *** Nak Shaklee harga ahli 👉 Shaklee Harga Ahli


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Testimoni Set Resdung Shaklee
      Ada tak antara korang yang kerap bersin waktu pagi atau kerap gatal-gatal hidung dan sekitar mata atau mungkin ada masalah jerawat kat muka ...
    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee Melalui Blog
      Alhamdulillah, selesai sudah online kelas Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee dengan Blog hari ni. Sepatutnya kelas...
    • Purata Pendapatan Bulanan Shaklee
      Assalamualaikum semua dan salam Jumaat. Salam menjemput rezeki. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki melimp...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top