Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    kempiskan perut

    Tahukah anda ukuran pinggang yang lebar bukan sahaja menjejaskan penampilan anda malah boleh memudaratkan kesihatan. Lemak berlebihan di bahagian perut sahaja (tanpa mengambil kira berat badan keseluruhan) boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit yang dikaitkan dengan obesiti, kencing manis, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

    Secara amnya lemak berlebihan di bahagian perut, merupakan sebab utama 'sindrom metabolik' (metabolic syndrome). Keadaan ini dikenalpasti menerusi kehadiaran lemak berlebihan di bahagian perut, kandungan lemak tinggi, tekanan darah tinggi serta ketidakupayaan mengawal paras gula badan yang seterusnya meningkatkan risiko kencing manis dan penyakit hati.

    Ketahui samaada anda ada mengalami perut buncit :)

    Cara yang paling saintifik bagi memastikan sama ada anda mengalami masalah perut buncit adalah dengan menghitung ukuran. 'Waist hip ratio' (WHR) anda.

                   Ukuran Pinggang (cm)
    WHR =   ——————————
                   Ukuran Pinggul (cm)

    Sekiranya ukuran WHR anda melebihi 0.85 (untuk wanita) dan 0.95 (untuk lelaki), ini bermakna perut anda buncit.

    Haaa, cepat-cepat kira. Hehe

    Sebab-sebab Perut Buncit


    Ramai antara kita tidak menyedari kombinasi diet kurang seimbang, stress dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar saban hari menyebabkan pengumpulan sisa toksin yang serius di dalam usus besar (kolon). Mendakan sisa bersifat toksik ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah membebankan usus besar (kolon).

    Pada asasnya kenaikan berat badan selalunya berpunca dari bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar (kolon). Ali naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya 3 kg di dalam usus besar tanpa disedari. Pakar pemakanan turt berpendapat individu-individu yang memiliki usus besar yang bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya menyebabkan mereka berkecenderungan untuk makan lebih dari sepatutnya.

    Menerusi pemerhatian yang dijalankan, individu yang telah menjalani proses pembersihan kolon mula mendapat berat badan serta ukuran pinggang mereka semakin berkurangan dengan sendirinya. Usus besar yang dapat berfungsi dengan lancar membantu sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tahukah anda mendakan bahan buangan yang terkumpul di dalam kolon bukan sahaja menambahkan berat badan tetapi juga menghasilkan toksin yang mengganggu proses metabolisma badan, mengakibatkan badan tidak bermaya di samping membebankan organ penyahtoksin utama iaitu hati dan ginjal.

    Untuk menyingkirkan lemak badan dengan efektif, langkah utama adalah dengan memastikan segala sisa toksik telah dibuang dari usus besar agar ia tidak meracuni badan. Hasilnya, metabolisma badan dapat berfungsi secara optima dan anda telah pun berjaya melepasi halangan utama dalam mengurangkan berat badan.

    senaman kempiskan perut

    Moga tips di atas memberi manfaat ya. Jika ingin cuba produk bagi membantu mengempiskan dan menurunkan berat badan, refer SINI


    Continue Reading
    Siapa taknak tubuh langsing kan? Itu memang impian setiap wanita. Ada segelintir wanita yang ingin langsing cepat dengan ambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan. Ermmm memang banyak kita dengar kan....


    Terdapat pelbagai cara yang lebih selamat untuk turunkan berat badan secara sihat. Kali ni Eina nak kongsi artikel yang Eina baca dari Majalah Rapi. Ada 20 tips langsing yang boleh kita amalkan tanpa pengambilan ubat. Opppsss...tapi Shaklee ni bukan ubat tau..Shaklee ni suplemen atau kita panggil makanan tambahan, makanan tambahan ni fungsinya memenuhi segala kekurangan nutrisi dan vitamin dalam badan kita. Suplemen Shaklee tidak membahayakan, kerana ianya dari sumber semulajadi..

    Ok, jom kita baca tips-tips di bawah ni.

    #1 BUAT SATU DIARI MAKANAN
    Cara ni mampu mempengaruhi semangat anda untuk menurunkan berat badan. Rekodkan dalam sehari berapa kerap dan berapa banyak anda makan serta tahap kelaparan yang memerlukan anda makan. Catatkan juga perasaan anda ketika makan. Diari ini membantu anda lebih peka kepada keinginan untuk makan dan komited terhadap pelan diet.

    #2 KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
    Kerana setiap satu sudu mengandungi sekurang-kurangnya 32kcal kalori. Minuman bergas juga perlu dielakkan. Tahukah anda bahawa minuman bergas umumnya mengandungi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan sudu gula? Jumlah ini menunjukkan sesuatu yang tidak sihat untuk kesihatan tubuh

    #3 AMALKAN AKTIVITI FIZIKAL
    Antara yang boleh anda lakukan ialah berjalan cepat, menaiki tangga, berenang, bersenam atau regangan dan berbasikal


    #4 LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYURAN
    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemaknya yang rendah. Oleh itu amalkan buah dan sayuran dalam setiap hidangan. Buah-buahan juga merupakan snek terbaik untuk anda.

    #5 KURANGKAN KADAR PENGAMBILAN LEMAK DAN KOLESTEROL
    Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemak. Contohnya marjerin, mentega, makanan berminyak dan bergoreng

    #6 PILIH PIRING RATA
    Sebelum ambil makanan, pilih piring makanan yang rata dan bukannya piring cembung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru diisi nasi dan lauk pauk. Jika ingin menambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan. Elakkan makan sambil menonyon televisyen.

    #7 AMALKAN 25 LANGKAH SESUDAH MAKAN
    Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagiab kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Jangan malas ya!

    #8 FOKUSKAN UNTUK SIHAT BUKAN UNTUK KURUS
    Ubah fokus dan persepsi anda untuk kekal sihat dalam jangkamasa panjang berbanding meletakkan matlamat hanya untuk kurus. Ramai yang berjaya turunkan berat badan dalam jangkamasa panjang apabila menukar fokus dan matlamat mereka.

    #9 AMALKAN SENAMAN KEMPISKAN PERUT
    Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama lebih efektif. Latihan dilakukan dengan pergerakan hula hoop. Pergerakan ini mungkin boleh disamakan dengan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.

    #10 MAKANLAH SECARA PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan secara perlahan-lahan serta tidak gelojoh. Apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Jadi anda tidak perlulah makan dalam jumlah yang banyak.

    #11 ELAKKAN BERBELANJA KETIKA PERUT KOSONG
    Elakkan berbelanjan ketika perut kosong dan rancang perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika mahu ke restoran kegemaran, makanlah sedikit buah-buahan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda makan lebih banyak.

    #12 KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DALAM MAKANAN
    Selain gula, anda juga perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Pengambilan garam berlebihan akan menggalakkan takungan air di dalam tubuh. Pastikan tubuh anda menyerap garam dalam kuantiti yang sepatutnya

    #13 AMALKAN JUS LIMAU NIPIS
    Selain minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Apabila anda memesan makanan di restoran atau gerai, sesekali pesanlah air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula

    #14 JANGAN TERLALU TIMBANG BERAT
    Elakkan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak mungkin nampak perbezaannya. Sekiranya anda minum air dalam jumlah yang banyak dan ketika itu anda menimbang berat badan, kemungkinan anda akan berputus asa untuk berdiet setelah melihat keputusannya.

    #15 AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Rajinkan diri anda mengambil sesuatu yang pahit sebelum makan contohnya kopi. Kumur beberapa saat sebelum makan. Dengan cara ini tekak akan terasa pahit. Ini merupakan isyarat kepada otak untuk menggalakkan rembesen enzim dan asid hidroklorik. Kekurangan enzim dan asid hidroklorik di dalam perut boleh menjejaskan sistem penghadaman.

    #16 AMBIL MAKANAN BEREMPAH
    Sesetengah rempah seperti cili padi dan biji sawi membantu membakar kalori dalam tubuh. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan fungsi sistem penghadaman, bahkan turut meningkatkan proses pembakaran lemak.

    #17 CARA MEMASAK YANG BETUL
    Kaedah memasak yang paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan ialah merebus, memanggang atau mengukus. Manakala bagi sayur-sayuran anda disaran untuk menumisnya dengan sedikit minyak contohnya satu sudu minyak masak.

    #18 AMAL LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
    Bijirin penuh merupakan sumber utama bagi tenaga. Tambahan pula bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi sumber karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral di samping sedikit lemak.

    #19 KAWAL SELERA MAKAN
    Beruslah gigi atau kunyah gula-gula getah sekiranya secara tiba-tiba anda teringin mengambil snek atau makanan ringan. Rasa pudina daripada ubat gigi membuatkan mulut anda sedikit berangin dan akan membantutkan selera. Dengan ini anda dapat mengawal rasa lapar

    #20 ELAKKAN BERLAPAR
    Makanan membantu memberikan tenaga. Apabila anda kurang menggunakan tenaga, tubuh akan 'terkejut'. Keadaan ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan lapar, anda akan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan. Pada ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda akan kembali ke paras normal, tahap metabolisme tubuh masih rendah.

    Credit: RAPI



    “ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top