Kajian Berani Mati Shaklee - Shaklee Landmark Study

4:14 PM

Selesai sudah kelas kedua malam tadi untuk #MaestroAcademyEliteProject dengan tajuk Landmark Study. Memang kena study bebetul sebab ia fakta yang benar (Shaklee kan takde tipu2 😁)

Semua orang boleh claim, eh produk saya ni No.1 di US tau, produk saya ni terbukti berkesan, produk saya selamat tau, tapi apa buktinya? Testimonial? Bila berpandukan testimoni semata-mata, mesti ada yang tak percaya, mesti ada yang tak puas hati.

So, bagi membuktikan Shaklee betul-betul berkesan, amat bagus dan amat baik untuk kesihatan, CEO Shaklee iaitu Roger Barnett meminta 3rd party buat "Landmark Study" tentang keberkesanan suplemen Shaklee.

Pihak ke-3 ini memang tidak ada kaitan langsung dengan Shaklee tau. So apa jer keputusan kajian tersebut samada bagus atau tidak, tetap kena reveal ok. Haa berani ke tak berani? 😅



Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) yang dikendalikan oleh seorang pakar Epidemiologist nutrisi yang terkenal dari UC-Berkeley iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam dilakukan ke atas 3 golongan berdasarkan ujian darah ya, bukan dari survey2 jer. 😄
1. Pengguna yang tidak mengambil Shaklee
2. Pengguna yang mengambil satu jenis suplemen sahaja
3. Pengguna yang mengambil pelbagai suplemen Shaklee



Bila dah semak semula statistik dan analisa semua darah yang diambil, hasilnya golongan ke-3 iaitu pengguna yang mengambil PELBAGAI SUPLEMEN SHAKLEE ni, tahap kesihatan mereka lebih baik berbanding dengan 2 golongan yang di atas tu. Wahhh hebat tak 👏👍



Bila ambil suplemen untuk jangka masa panjang, tahap nutrien dalam darah akan jadi lebih baik. Selain itu hasil dari kajian tersebut mendapati bahawa orang yang ambil pelbagai suplemen ni
✔️Tahap nutrien darahnya lebih baik
✔️Tahap Vitamin D dan Zat Besi selamat
✔️Penanda aras utama kesihatan Jantung lebih baik
✔️Risiko serangan jantung juga lebih rendah
✔️Risiko terhadap penyakit jantung, kanser, kencing manis juga lebih rendah
✔️Penyakit berkaitan jantung dan otak lebih rendah



Landmark Study juga dilakukan terhadap Telomeres. Telomeres ini adalah satu rangkaian daripada DNA kita, iaitu lilitan yang dipanggil kromosom. Kromosom ni macam sarung atau rumah yang membawa kita punya genetik. Haa ambik keluar subject Biology 😆

Nak tau rupa Telomeres boleh tgk kat gambar kromosom tu. Yang warna hijau hujung tu la dipanggil Telomeres. Macam plastik kat hujung tali kasut tu, kalau hujung tu terkoyak ke tercabut ke, tali tu akan terburai kan. Haa macam tu la fungsi Telomeres pada sel DNA kita. Bila Telomeres rosak, sel DNA jadi tak sihat, jadi seseorang itu akan mudah mendapat penyakit.

DNA dilindungi oleh Telomeres. Kalau Telomeres tu memendek, perlindungan DNA akan kurang dan DNA akan mudah rosak. DNA penting untuk hasilkan sel sihat. Bila Telomeres rosak, sel DNA jadi tak sihat, jadi seseorang itu akan mudah mendapat penyakit.
Kajian Telomeres dibuat kepada  2 kumpulan


So, hasil kajian terhadap Telomeres yang dikendalikan oleh Dr Elizabeth Blackburn, seorang pemegang Nobel Prize in Physiology or Medicine pada tahun 2009 mendapati bahawa, kumpulan yang ke-2 iaitu pengguna yang ambil suplemen Shaklee sekurang-kurangnya 5 jenis suplemen setiap hari mempunyai Telomeres yang lebih panjang. Maksudnya tahap kesihatan mereka lebih baik berbanding dengan pengguna yang mengambil kurang dari 3 jenis suplemen.

Kenapa Telomeres yang lebih panjang tu lebih bagus? Haa sebab kalau Telomeres memendek, makin cepatla sel DNA kita rosak, so akan mudah terkena penyakit dan kulit muka kita akan cepat nampak tua berbanding usia sebenar. (Nampak tak kronologi hujung tali kasut tadi 😁)


Orang yang ambil pelbagai Shaklee ni, walaupun umur orang tu dah 80thn, tapi Telomeres dia tak macam 80thn tau, Telomeres dia macam orang umur 40thn. 🤩

Hebat tak Landmark Study yang Shaklee buat. Ini namanya KAJIAN BERANI MATI, bukan acah-acah berani 😂

Alhamdulillah, Eina tak salah pilih Shaklee 😍

#MaestroAcademyEliteProject
#LandmarkStudy


Anda nak join team hebat kami? Whatsapp Eina untuk lebih lanjut ya.
#RoadToSuccess
#MFSEmpire


~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)