Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Berpuasa mampu tingkatkan kesihatan seseorang.

    Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan ketika berpuasa.

    1. Jangan makan secara berlebihan. Ambil makanan dengan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohidrat, lemak, protien dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan

    2. Ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain untuk bantu bekalkan tenaga untuk jangka panjang

    3. Ambil makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin, ubi kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk bantu proses penghadaman.

    4. Elakkan makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan lain-lain

    5. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan dan air terlalu manis.

    6. Kurangkan minuman berkaffein kerana ia mengurangkan kandungan cecair dalam badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing.

    7. Waktu sahur, ambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut dapat beri tenaga yang kekal lama. Contohnya seperti oat dan roti.

    8. Waktu berbuka, mulakan dengan kurma kerana kurma dapat beri tenaga yang banyak dan dapar beri kesegaran. Ambil bersama jus buah-buahan.

    Selain itu, Al-Quran, As-Sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing dan oat.

    Jadi pastikan kita mengambil makanan yang sesuai ketika berpuasa di bulan Ramadan bagi mengekalkan kesihatan kita ya.


    Baca sini Set Puasa Bertenaga Shaklee


    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire

     
    Continue Reading
    Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan.



    Ini adalah 6 cara membantu mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan.

    1. KETIDAKHADAMAN (Pedih Ulu Hati)

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
     

    Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa berpuasa. pedih ulu hati dan kembung perut biasanya akan terjadi waktu ini. Apabila anda terfikir tentang makanan atau terhidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut, menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.

    SOLUSINYA
    Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:

    • Makan secara sederhana
    • Mengelakkan makanan berminyak dan pedas
    • Elakkan makanan yang tinggi kafein (kopi, teh, minuman soda dan lain-lain)
    • Soya dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan esofagus. Kandungan lemak dalam soya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan seperti daging dan makanan tenusu, maka protein soya merupakan pilihan yang lebih selamat untuk sesiapa yang mengalami masalah gastrik.

    2. SEMBELIT

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


    Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang air dan kurang serat dalam pemakanan akan menyebabkan sembelit semasa berpuasa.

    SOLUSINYA
    Penting bagi anda untuk:
    • Mengambil air mencukupi semasa sahur dan iftar
    • Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-Lax, julap semulajadi.

    3. LETIH/LESU

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


    Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa. Ini membuatkan anda akan berasa lemah, letih, kurang tenaga dan pening terutamanya pada waktu petang ketika Ramadhan.

    SOLUSINYA
    Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
    • Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan minuman Performance, Vitamin B dan CoEnzyme Q¹⁰
    • Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan menambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti Protein Soya ESP

    4. SAKIT KEPALA

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


    Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala dan keadaan ini akan menjadi lebih lagi apabila waktu berbuka puasa semakin hampir

    SOLUSINYA
    Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:
    • Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Ini supaya, anda berasa lebih segar ketika bangun sahur. Peringatan: Jangan tinggal waktu sahur!
    • Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama
    • Hidrat dan tingkatkan tenaga dengan Performance membekalkan gabungan unik elektrolit

    4. DEHIDRASI

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


    Berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutamanya dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan menjadi lesu, pening dan loya.

    SOLUSINYA
    Tingkatkan tahap hidrasi badan dengan:
    • Berada di persekitaran yang sejuk
    • Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan makanan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi badan.
    • Minum Performance, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

    5. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


    Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kecenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

    SOLUSINYA
    Kekalkan berat badan optimum dengan:
    • Makan secara sederhana
    • Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat
    • Mengurangkan jurang nutrisi dengan MealShakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
    • Mengambil Lecithin, pengelmusi lemak semulajadi.

    SARANAN SEMASA RAMADHAN

    1. ESP Mix Soy Protein Isolate Powder

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa - ESP

    • Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. 
    • Lengkap dengan 9 asid amino perlu.
    • Memberikan tenaga berterusan
    • Berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi

    2. Performance Drink

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Performance Drink


    • Dengan proprietari OPTI-LYTE campuran elektrolit ditambah campuran untuk karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan disamping meyokong penghidratan optimum
    • Tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan yang diimpikan. 
    • Serlahkan prestasi trbaik anda yang kekalkan momentum.

    3. Meal Shakes

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Meal Shakes

    • Makanan lazat di mana-mana sahaja
    • Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein.
    • Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.

    4. Cinch Shake Mix

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Cinch Shake Mix


    • Shake Lengkap dan Pantas
    • Minuman lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda.
    • Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.

    5. Herb-Lax

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Herb-Lax


    • Untuk Pelawasan
    • Campuran proprietari Herb-Lax termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.
    • Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh.

    6. Lecithin

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Lecithin


    • Lemak Sihat Yang Anda Perlukan
    • Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman
    • Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

    7. Peppermint-Ginger Plus

    Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa -Peppermint- Ginger Plus

    • Lega dan Tenang
    • Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

    Semoga tips dan saranan ini bermanfaat untuk anda agar kekal sihat dan cergas semasa berpuasa.

    Nak order vitamin Shaklee? Hubungi Eina :)



    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    *MARHABAN YA RAMADAN*

    ```Ramadan is coming..
    Syaitan is crying..
    Malaikat is waiting..
    Syurga is opening..
    Neraka is closing..```

    *R* 🌙 _Remember_
    *A* 🌙 _Allah_
    *M*🌙 _Morning_
    *A* 🌙 _Afternoon_
    *D* 🌙 _Day_
    *A* 🌙 _And_
    *N* 🌙 _Night_

    Semoga Ramadan tahun ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita.
    Aamiin...

    •••••••••••••••••••••••••••••••••••

    Bismillahirahmanirahim...
    Assalamualaikum wbt...

    Di kesempatan ini,
    Saya dengan rasa rendah diri,
    Setulus ikhlas hati ke hati,
    Memohon maaf sepuluh jari,
    Kiranya ada salah silap selama ini,
    Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari.
    Muhasabah insani...

    Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
    In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..

    Ahlan wasahlan ya Ramadan.


    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Alhamdulillah, hari ini kita dah 12 hari berpuasa. Macam mana puasa anda, ok? Harap semuanya ok ya.

    Semalam Eina ikut suami berbuka puasa di luar bersama dengan ex-officemate Eina juga. Dah lama tak jumpa dorang. Excited juga, salah satu sebabnya Eina cuti masak. Haha. Bukan Eina jer excited, anak-anak pun excited juga. 


    Syukurlah tempat yang dipilih tak jauh dari rumah. Jam 6 kami baru bertolak ke Saujana Hotel Subang. Alhamdulillah, orang tak juga ramai. Jadi agak senang juga dapat parking.

    Biasalah hotel, ada pelbagai menu. Larat tak larat je nak makan semua. Ermm sorry ya, tak sempat ambil gambar sebab bz layan anak-anak. Sejak awal puasa hari tu, rasanya inilah kali pertama Eina makan banyak semasa berbuka. Macam-macam nak cuba. Hehe. Tapi macam biasalah, Eina memang tak makan nasi semasa berbuka. Yela, makan makanan lain pun dah cukup mengenyangkan. Spagheti la, satay la, kuih-muih, rojak, ishhh macam-macam lagi la.

    Terima kasih sangat kat suami sebab bawa Eina dan anak-anak berbuka semalam. Rasanya lepas ni agak susah nak ikut suami berbuka sekali. Kesian kat dia, sebab anak-anak asyik melekat jer dgn dia, sampaikan nak pergi solat pun susah.


    Semalam punya banyak makan, ada juga la yang tak habis, ishh memang membazir jer kan. Sudahnya pagi tadi kami sampai terlepas sahur. Sedar-sedar jer terdengar Azan Subuh. Hehe

    Semuanya perancangan Allah. So kenalah redha semoga diberi kekuatan untuk berpuasa hari ini. Alhamdulillah, nampak suami macam biasa jer. Hehe

    Kalau boleh, lepas ni taknak terlepas sahur lagi. Rugi tak dapat pahala sahur kan. Okla, lagi panjang tulis, nanti bosan plak. Moga esok tidak terlepas sahur lagi ya. :)

    Continue Reading



    Apa makna puasa?
    Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.

    Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183)

    Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

    Berapa jenis puasa?
    Puasa melihat kepada hukumnya ada beberapa jenis;
    1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula; Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan. Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitulah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya. Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitulah puasa nazar.
    2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
    3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa pada hari raya dan sebagainya.
    4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa pada setiap hari.
    Apa hukum puasa Ramadhan?
    Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dengan berdalilkan ayat al-Quran, hadis Nabi dan Ijmak ulamak. Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Dalil dari al-Quran ialah firman Allah;

    “Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).
    Ungkapan Allah “…hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” merupakan perintah dan perintah menunjukkan kepada wajib.
    Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Islam terbina di atas lima perkara;
    1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
    2. Mendirikan solat,
    3. Menunaikan zakat,
    4. Mengerjakan haji,
    5. Berpuasa di bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu, Umar r.a.)
    Telah ijmak (sepakat) sekelian ulamak tanpa ada khilaf di antara mereka bahawa berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas oleh orang-orang yang mencukupi syarat-syarat wajib puasa yang akan dijelaskan nanti. (Maratib al-Ijma‟, Imam Ibnu Hazm, kitab as-Shiyam).

    Apa hukum orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan?
    Oleh kerana puasa Ramadhan adalah wajib, maka orang Islam yang meninggalkannya dengan sengaja –tanpa sebarang keuzuran- adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulanginya lagi buat selamanya.

    Apa hukum orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan?
    Ia murtad dari agama kerana kewajipan puasa Ramadhan adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sedia dimaklumi dalam agama. Wajib atas pemerintah memperlakukannya sebagaimana seorang yang murtad iaitu hendaklah diminta supaya ia bertaubat dan kembali berpuasa. Jika ia enggan bertaubat, hendaklah dikenakan hukuman had ke atas orang yang murtad iaitu dibunuh.

    Sumber : Islam Itu Indah

    P/S: Ingin dapatkan supplemen untuk berpuasa, hubungi saya yer. Sangat membantu tubuh bertenaga semasa berpuasa, diamalkan semasa bersahur Set Mighty 3 Gems

    Continue Reading
    Bulan Ramadan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Berpuasa di bulan ini adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Berpuasa ketika Ramadan adalah wajib bagi semua warga Muslim.

    Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi boleh dikecualikan daripada kewajipan berpuasa jika mereka merasakan ia akan menjejaskan kesihatan diri atau kesihatan bayi. Namun, si ibu perlu menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada hari yang lain atau membayar fidyah kerana tidak tidak berpuasa.

    Badan kita mempunyai satu mekanisme regulasi semulajadi yang akan diaktifkan semasa berpuasa. Lemak badan akan digunakan sepenuhnya dan kadar metabolisme asas menjadi perlahan semasa puasa Ramadan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara dalam kandungan makronutrien susu ibu semasa berpuasa dan justeru itu tiada kesan ke atas pertumbuhan bayi.

    tips menyusu pada bulan ramadan

    Tip-tip penyusuan bayi pada bulan Ramadan

    Perbezaan yang paling ketara pada bulan Ramadan adalah waktu makan. Bagi ibu-ibu yang biasa makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pula harus makan ketika sahur dan selepas berbuka puasa. Kami telah menyenaraikan beberapa petua yang praktikal supaya anda boleh mengikuti untuk membekalkan pemakanan seimbang yang optimum untuk diri anda dan anak anda pada bulan Ramadan.

    1. Banyakkan pengambilan cecair ketika bersahur dan berbuka puasa
    Semasa berpuasa, cecair dalam badan akan berkurangan sebanyak 2-3%. Badan kita akan menyesuaikan diri dengan mengurangkan pengeluaran peluh dan air kencing. Minumlah air (bukan air berkarbonat) yang mencukupi, terutamanya pada waktu pagi sebelum anda teruskan untuk berpuasa. Ini membantu untuk mengelakkan dehidrasi

    2. Makanlah diet yang seimbang
    Makan makanan yang bekhasiat pada waktu sahur dan iftar adalah penting. Cuba masukkan makanan berikut dalam perancangan makan anda
    ~ Daging dan kekacang adalah sumber protein, mineral dan vitamin-vitamin tertentu yang baik. Kekacang juga adalah sumber serat yang baik.
    ~ Roti gandum penuh, bijirin oat atau nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan membantu menyuburkan badan anda dengan tenaga, protein, mineral dan serat.
    ~ Buah-buahan segar, jus dan sup sayur-sayuran membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan
    ~ Susu dan produk tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang baik yang diperlukan untuk pengekalan tisu badan dan untuk beberapa fungsi fisiologi yang lain

    Nota:-
    Keperluan langsung badan pada waktu iftar adalah untuk mendapatkan tenaga segera untuk kefungsian badan. Jangan lupa untuk mengambil buah kurma kerana ia adalah sumber gula yang baik. Kira-kira 3-4 biji kurma adalah mencukupi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah yang rendah kepada paras yang normal.

    3. Rehat secukupnya
    ~ Penghasilan susu tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu
    ~ Anda boleh meningkatkan kekerapan sesi penyusuan pada waktu malam
    ~ Lakukan sesi pengeluaran susu yang kerap di tempat kerja untuk mengekalkan pengeluaran susu
    ~ Secara psikologi, kepercayaan bahawa susu ibu masih dihasilkan semasa berpuasa seharusnya kekal. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.

    >>>Tip Penting
    Elakkan minuman berkafein seperti minuman berkarbonat, kopi atau teh. Selain bertindak sebagai diuretik, pengurangan kafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan sakit kepala, perubahan perasaan mood yang tidak stabil dan cepat marah

    Sumber: Naskah Pegasuhan Positif


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top