Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online



    Semua ibu menginginkan bentuk badan kembali seperti asal selepas melahirkan. Ya, memang bukan mudah untuk kembali langsing selepas melahirkan.

    Jika anda benar-benar ingin kembali langsing selepas melahirkan, jangan berputus asa, ada pelbagai tips dan juga cara boleh diamalkan untuk kembali langsing selepas melahirkan.

    Jom kita baca tips yang dikongsikan oleh selebriti Lisa Surihani yang mengamalkan gaya hidup sihat sehingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11kg. Berat badan Lisa sebelum ini ialah 64kg, kini berat badannya 53kg



    Lisa turut berkongsi 5 cara yang diamalkan bagi menurunkan berat badannya. Apa yang buat Eina tertarik ialah tips No.5. Ya, betul Multivitamin & B-Complex merupakan suplemen asas utk tubuh badan. Ia bukan sekadar untuk kurus semata-mata, sebenarnya lebih kepada kekalkan kesihatan tubuh badan. 

    Di bawah merupakan 5 cara diamalkan Lisa untuk menurunkan berat badannya: 

    1. Kawal Hidangan 

    “Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya  karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

    2. Makan buah sebelum makan

    “Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

    3. Senaman

    “Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara. 

    "Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

    "Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

    4. Air

    “Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

    5. Supplement

    “Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.

    Eina pilih Multivitamin & B-Complex #Shaklee. Korang bagaimana? 😊✌️



    Credit to: Astro Gempak, Suudu

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


    Continue Reading



    Tentu banyak rintangan yang dilalui bagi mereka yang sedang berdiet, terutamanya apabila melihat pelbagai hidangan di depan mata. Tambahan pula makanan kegemaran anda terhidang enak. 

    Bagaimana cara menolak semua ini, tips ini mungkin boleh membantu

    FIKIR DULU
    - Daripada anda mengambil apa sahaja di depan mata, apa kata anda fikirkan dahulu apakah yang akan anda perolehi selepas mengambil makanan tersebut. Adakah hanya sekadar kekenyangan ataupun kepuasan semata-mata.

    MINUM AIR YANG BANYAK
    - Sentiasa sediakan air di dalam botol. Air kosong mampu menghilangkan kelaparan. Selain menghapuskan kalori, cara ini juga menghindari dari dehidrasi atau kekeringan

    MAKANLAH DENGAN TERATUR
    - Pilihlah buah-buahan atau salad yang lengkap sebagai santapan makan malam ataupun sarapan pagi. Antioksida dalam buah dan sayur juga dapat membantu melawan sel-sel radikal bebas yang merosakkan kulit kerana terkena pancaran matahari.

    NIKMATI MAKANAN DI RUMAH
    - Cara ini sebenarnya bagi memastikan anda benar-benar tahu kandungan bahan yang anda gunakan. Restoran makanan segera perlulah dihindari sama sekali.

    KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
    - Makanlah makanan sesuai dengan keperluan setiap hari. Jangan makan secara berlebihan. Lebihkan pengambilan makanan berserat kerana ia lebih mengenyangkan dan tahan lebih lama.

    Perlukan vitamin dalam diet?
    Ya, vitamin adalah sebahagian dari perkata terpenting dalam diet. Kepentingan vitamin bukan sekadar untuk mencantikkan kulit tetapi penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Vitamin juga membantu mempercepatkan tindak balas kimia di dalam tubuh. 

    Dua komponen terpenting diperlukan tubuh adalah vitamin C dan vitamin D. Kekurangan vitamin C di dalam diet boleh menyebabkan penyakit skurvi, gusi berdarah dan kesukaran menghadam makanan. Kekurangan sumber vitamin D pula boleh mengakibatkan penyakit riket.

    Vitamin Shaklee menyediakan vitamin yang membantu anda mengawal makan secara berlebihan dan juga mengandungi vitamin penting yang diperlukan tubuh agar kekal sihat walaupun anda sedang berdiet.

    Anda ingin tahu vitamin Shaklee untuk Diet & Kawal Pemakanan Secara Sihat, boleh juga hubungi Eina untuk konsultasi ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Bercita-cita atau menanam impian untuk mendapatkan tubuh langsing menawan? Tapi masih buntu untuk mendapatkan cara terbaik bagi menyempurnakan cita-cita tersebut. Jangan hanya cita-cita atau impian semata-mata, mulakan pelan dan bertindak sekarang. Di sini ada beberapa panduan yang boleh anda ikut. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam pula ya. Hehe. Buat dengan bersungguh-sungguh dan susun jadual anda dengan teratur.


    Ok jom baca panduan ini. InshaaAllah impian anda untuk kekal diet tercapai.

    1. Titiberatkan program diet anda. Usaha bersungguh-sungguh agar impian berdiet tercapai.

    2. Cari rakan yang sama-sama berazam menguruskan badan. Pastikan usaha anda komited. Boleh juga daftar di gimnasium atau join mana-mana program diet bersama-sama.

    3. Gunakan lebih banyak mustard di dalam sandwich berbanding mayonis. Mustard tidak mengandungi lemak dan rendah kalori. Jika anda tidak boleh menerima rasanya, carilah sesuatu yang lain (tetapi rendah lemak). Elakkan mayonis sama sekali.

    4. Timbang berat badan setiap minggu. Jangan risau tentang sebarang perubahan. Anda tidak akan hilang berat sebanyak 1-2kg seminggu. Teruskan berdiet.

    5. Cuba untuk membakar, memanggang atau merebus makanan (daripada menggoreng). Buangkan semua lemak pada makanan sebelum dimasak dan dihidangkan

    6. Biasakan minum lebih air putih. Ia bertujuan membantu mencuci tubuh dan mengurangkan selera makan.

    7. Pilih tempat makan yang biasa (di rumah atau pejabat) dengan mencari tempat duduk yang tenang dab selesa. Jangan berpindah tempat kerana ia boleh mengurangkan tumpuan ketika makan. Nikmatilah makanan anda dan fokuskan perhatian terhadap makanan tanpa memikirkan perkara lain. Makan dalam keadaan beremosi boleh memberi kesan negatif kepada diri. Anda mungkin terlebih makan atau kurang makan.

    8. Jika bercadang ke kedai, pergilah sesudah makan. Anda tidak cenderung membeli banyak barang makanan jika perut sudah kenyang. Membeli mengikut senarai dan jangan terpengaruh untuk membeli makanan yang tidak perlu terutama makanan ringan.

    9. Ambil kira label makanan yang anda beli. Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat boleh mengganggu program diet anda.

    10. Jangan fikir yang anda mengambil makanan rendah lemak, membolehkan anda makan sebanyak mungkin. Kalori tetap bertambah jadi abda mesti pastikan kuantitinya seimbang.

    11. Jika anda ingin makan di luar, tetapkan waktu untuk anda makan. Jangan tambah waktu kerana anda mungkin memesan makanan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

    12. Jangan biasakan berlapar terutama sebelum anda keluar makan. Anda mungkin akan makan secara berlebihan dan tidak mencatu keperluannya.

    13. Jangan abaikan waktu makan 3 kali sehari. Tubuh yang tidak mendapat makanan secukupnya akan membakar kalori pada tahap yang paling rendah. Hasilnya berat badan tidak turun malah bertambah dalam diam.

    14. Diet tanpa senaman tidak membawa apa-apa kesan. Pesanan ini pernah disampaikan berkali-kali, ia menunjukkan betapa pentingnya senaman kepada individu. Tetapkan jadual senaman anda dan jadikan waktu senaman ini sebagai waktu yang paling penting dalam rutin harian anda

    15. Jika jadual anda padat dan hanya mengizinkan anda makan dalam waktu yang terhad, lebihkan pengambilannya antara waktu pagi ke tengahari. Bukannya dari waktu petang ke makan malam.

    16. Pesan pada diri berkali-kali, "SAYA KINI SEDANG BELAJAR CARA UNTUK HIDUP SIHAT, BUKANNYA UNTUK KURUSKAN BADAN SEMATA-MATA."

    Semoga panduan di atas membantu anda untuk berdiet dengan lebih komited ya.

    Jika memerlukan bantuan vitamin Shaklee, boleh lihat SINI ok.


    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top