Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Assalamualaikum..Alhamudulillah sudah 7 hari kita berpuasa. So, macam mana setakat ini, pasti kekal bertenaga sebab amalkan Mighty 3 Gems kan? hehe...ooppsss bukan nak cerita pasal Mighty 3 Gems yer, saya ingin sambung tentang Cyst dan Fibroid pada entry sebelum ini.

    Kes pesakit cyst dan fibroid ini bukan lagi kes yang jarang-jarang kita dengar pada zaman ini, tapi semakin banyak kita dengar kes macam ni. Ishh takut juga kan, apatah lagi bila tengok gambar-gambar berkenaan cyst dan fibroid ni. Kalau google, memang berderet keluar gambar-gambar yang mengerikan tu.

    Punca berlakunya pertumbuhan cyst & fibroid ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Pertumbuhan luar biasa ini berlaku pada sel didalam rahim wanita dan adakalanya tumbuh di dalam ovari. Oleh itu pengambilan supplemen amatlah digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan.

    GLA Complex adalah vitamin yang sangat digalakkan bagi pencegahan masalah cyst & fibroid ini. Ia bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat juga membantu menghilangkan dan merawat masalah cyst & fibroid ini. Tapi jangan salah faham pula yer, GLA Complex hanya membantu..rawatan terperinci dari doktor pakar juga amatlah disarankan bagi merawat dan mencegah masalah cyst & fibroid. GLA hanyalah supplemen sebagai usaha untuk mencegah dan merawat penyakit ini.
    Kenapa GLA Complex?

    gla complex, gla complex shaklee, gla shaklee




    Ini adalah kerana GLA Complex Shaklee merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ianya mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

    Kebanyakan GLA tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), mesti ramai wanita sudah biasa dengar EPO. Tapi apa lebihnya GLA Shaklee berbanding EPO lain. Ini adalah kerana GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

    Jadi, kaum wanita semua lengkapi diet harian anda bagi menjauhi penyakit yang ditakuti oleh kita semua dengan mengamalkan GLA Complex. Bukan itu sahaja, GLA Complex juga menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Sebagai bonus, kulit kita pun jadi cantik dan halus.

    Ok, di sini ada sebahagian testimoni pesakit-pesakit cyst & fibroid berkongsi pengalaman mereka dengan mengamalkan GLA Complex untuk bantu merawat masalah cyst dan fibroid ini.
     

    1. Testimoni - Cyst
    Credit to :- Pn Noor Aishah, Pn Jennie, Pn Sarah dan Pn Fieza

    testimoni gla complex shaklee untuk cyst 

     testimoni gla complex shaklee untuk cyst


    2. Testimoni - Fibroid
    Credit to:- Pn Farwizah

    testimoni gla complex shaklee untuk fibroid

    Saya ingatkan sekali lagi yer, bulan ni promosi GLA Complex, so bolehlah dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi dan murah. Promosi setahun sekali jer tau. Saya sendiri dah cuba untuk betulkan hormon saya malah saya juga mendapat bonus iaitu kulit jadi soft dan halus. ;)



    Continue Reading
    Assalamualaikum..kali ni saya ingin kongsikan beberapa fakta tentang Ovarian Cyst & Fibroid. Rasanya semua sudah sedia maklum, kedua-dua penyakit ini kebiasaannya terjadi pada kaum wanita. Apa vitamin Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Nanti saya kongsikan pada entry akan datang yer. Sebelum tu, mari kita baca fakta-fakta tentang kedua-dua penyakit ini.

    Ovarian Cyst

    ovarian cyst

    1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

    2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

    3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

    4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

    5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

    6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

    7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

    8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.

    9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

    10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.

    11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

    12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

    13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

    14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.

    15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

    16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

    17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun
    Fibroid 


    fibroid


    1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.

    2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

    3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.

    4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.

    5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.

    6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid

    7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.

    8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.

    9. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.

    10. Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound

    Sumber: alamhamil.com - ovarian cyst
                  alamhamil.com - fibroid



    Continue Reading
    Cinch™ Shake Mix  
    Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
    •    Bebas Laktos
    •    Rendah glisemik
    •    Soya Bukan-GMO

    Setiap kali anda minum Shaklee Cinch anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. (Dicadangkan di ambil bersama 1 sudu Shaklee ESP (Energizing Soy Protein). Ini peting - Kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

    Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam cinch untuk keperluan tubuh kita.

    Faedah Utama
    • Indeks glisemik ~ 22; sesuai untuk pengidap kencing manis
    • Dengan cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
    • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
    • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa  puas dan kenyang
    • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
    • Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
    • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
    • Penggunaan soya bebas GMO
    • Tiada perasa tiruan atau pemanis
    Ada 3 rasa CINCH
    1. CAFE LATTE
    2. VANILLA
    3. CHOCOLATE

    So pilihlah ikut kesukaan anda.



    Cinch™ Energy Tea Mix  
     
    Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
    Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

    Perbezaan Shaklee
    • Selamat, penggalak tenaga semulajadi
    • Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
    • Pilhan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
    • Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
    Ekslusif T-Lift - Campuran Teh Di dalam Shaklee Cinch™ Energy Tea Mix

    1. Matcha Green Tea Powder
    Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

    2. Red Tea Extract
    Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan aktioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

    3. White Tea Extract
    Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

    4. Rooibos Red Tea Extract

    Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan.

    Cinch™ Energy Tea Mix disediakan bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan.


    Kedua-dua produk ini disarankan pada mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berlebihan. Tidak perlu ambil kedua-dua sekaligus, pilih ikut kesukaan anda.


    “ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Ok, hari ni saya kongsikan pada anda testimoni pesakit-pesakit gastrik tentang pengalaman mereka mengamalkan produk Shaklee bagi mengatasi masalah gastrik. ;)

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni 1
    Pn Naj Han - consume VITA-LEA + B-COMPLEX + ESP + OSTEMATRIX
    ~ Dulu
    Puasa separuh hari dah flat. Kepala dan perut sakit, loya muntah dan badan jadi lembik. Kadang-kadang malam lepas berbuka terpaksa ke klinik untuk dapatkan injection gastrik.
    ~ Sekarang
    Waktu sahur ambil Vita-Lea dan B-Complex, shake kan Milo + ESP. Alhamdulillah bertenaga sampai waktu berbuka. Malam sebelum tido amalkan memakan Ostematrix. InsyaAllah gastrik beransur hilang.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni 2
    Pn Adyani - consume ESP + ALFAFA + OSTEMATRIX + PEPPERMINT GINGER PLUS
    ~ Amalkan Minum ESP pagi, selepas makan ambil Peppermint Ginger untuk elak pedih ulu perut. Alfafa juga ambil selepas makan. Malam sebelum tido ambil Ostematrix.
    ~ Syukur dah lama Pn Adyani tinggalkan Omeprazole (ubat gastrik)

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testmoni 3
    Pn Xerra Zie - consume ESP
    ~ Hanya consume ESP sahaja, masalah gastrik dah hilang


     
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"


    Ok, pada sesiapa yang ada gastrik tu, boleh la cuba mengikut kemampuan anda yer. Lihat balik testi di atas ketiga-tiga pesakit mengamalkan ESP kan. So apa pentingnya ESP, boleh baca di entry sebelumnya atau lihat sini ESP (Energizing Soy Protein)

    Continue Reading
    Ok pada entry sebelumnya saya ada kongsikan apa itu gastrik, punca-punca gastrik dan tips di bulan puasa. Kali ini saya kongsikan pada anda tips-tips tradisional merawat gastrik dan bagaimana supplemen Shaklee membantu masalah gastrik ini.

    Jadi, ini adalah 8 TIPS MERAWAT GASTRIK secara tradisional. 

    1. Susu kambing
    Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

    2. Daun betik
    Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

    3. Akar patawali
    Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.

    4. Selaput tunggul
    Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

    5. Daun sembong
    Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

    6. Daun mengkudu
    Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

    7. Daun bunga lili
    Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

    8. Tempurung kelapa
    Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

    Sumber: myberita.net

    Haa...macam mana? Susah tak nak ikut petua-petua di atas? Jangan susah hati, Shaklee boleh bantu anda dengan lebih mudah. Ok ini adalah antara supplemen yang boleh membantu masalah gastrik anda dengan mudah.




    1. ESP (Energizing Soy Protein)
    ~ Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
    ~ Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.
    ~ Membaikpulih luka dalaman 
    ~ Menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat 

    2. Ostematrix
    ~ Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi
    ~ Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik
    ~ Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh
    ~ Kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detokfikasi
    ~ Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

    3. Peppermint Ginger Plus
    ~ mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
    ~ memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut 
    ~ membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 


    “Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Cara-Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit Muka
      Setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminya...
    • Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya - Kenapa Perlu Pilih Saya Sebagai Konsultan Shaklee Anda
      Saya Eina Md Ali , Pengedar Shaklee anda di USJ, Subang Jaya. Lokasi saya di belakang Petronas KFC USJ 20, berdekatan dengan Main...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top