Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Assalamualaikum

    Selamat menyambut tahun baru hijrah 1437H. Alhamdulillah diberi kesempatan dan masih bernafas di tahun baru Hijrah ini. 

    Semoga tahun ini segalanya lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga kita sama-sama berhijrah kearah kebaikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah SAW

    Continue Reading

    Vitamin E penting untuk kesuburan dan pembiakan. Ingin tingkatkan kesuburan? Pastikan ambil Vitamin E secukupnya.


    Tahap vitamin E yang rendah boleh menyebabkan penurunan dalam pembentukan hormon seks utama dan enzim yang bertanggungjawab untuk pengeluaran sperma. Kekurangan vitamin E menghalang pembentukan sperma. Mengambil suplemen Vitamin E juga boleh membantu dalam meningkatkan motilitas sperma. Dos yang disyorkan ialah 400 IU setiap hari. 

    Pada wanita, vitamin E mampu menjaga hormon endokrin yang berkaitan dengan kesuburan wanita. Kesuburan yang dimaksudkan bukanlah hanya pada saat wanita tersebut menuju masa kehamilan. Vitamin E ini bersifat radikal bebas, ia mampu membantu mengelakkan kerosakan sel telur pada wanita akibat pengoksidaan.

    Untuk mengambilnya tentu anda boleh mengambil yang semulajadi seperti taugeh atau kacang hijau yang mengandungi banyak vitamin E dan asid folik. Selain itu, dengan mengambil sumber makanan vitamin E ia juga menjaga sistem pembiakan.

    Selain daripada utk kesuburan, terdapat effect lain juga jika anda suami isteri consume Vitamin E Shaklee ni tau. Haa, sila baca testimoni di bawah ;)

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Power sungguh Vitamin E Shaklee ni kan? Haha.

    Hubungan suami isteri 'dingin', boleh cuba amalkan Vita E Shaklee ni. Selain mencantikkan kulit dan kesuburan, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

    So, apa lagi dapatkan Vitamin E Shaklee bulan ini dengan promosi yang sangat gempak. Beli 1 PERCUMA 1 tau, harganya hanya RM149. Harga biasa untuk 2 botol Vitamin E ialah RM315.88. Haaa nampak tak berapa banyak anda dapat jimat. Hubungi Eina ya.

    Vitamin E - Sihat dalaman cantik luaran ;)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    Jika semua yang kita kehendaki  terus kita MILIKI, dari mana kita belajar IKHLAS?

    Jika sema yang kita impikan segera TERWUJUD, dari mana kita belajar SABAR?

    Jika setiap do’a kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR?

    Seorang yang dekat dengan ALLAH, bukan berarti tidak ada air mata

    Seorang yang TAAT pada ALLAH, bukan berarti tidak ada KEKURANGAN

    Seorang yang TEKUN berdo’a, bukan berarti tidak ada masa-masa SULIT

    Biarlah ALLAH SWT yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita, karena ALLAH TAU yang tepat untuk memberikan yang TERBAIK

    Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN

    Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN

    Ketika hatimu terluka sangat dalam……, maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN

    Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN

    Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN

    Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHHATIAN

    Tetap Semangat….
    Tetap Sabar….
    Tetap Tersenyum…..
    Karena kamu sedang menimba ilmu di UNIVERSITI KEHIDUPAN 

    ALLAH SWT meletakkanmu di “tempatmu”  yang sekarang, bukan karena “KEBETULAN”…… 

    Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan.
    MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TANTANGAN & AIR MATA……
    Continue Reading

    Assalamualaikum semua. Siapa suka minum jus lemon ni? Sedap kan? Dulu, hampir setiap pagi Eina akan minum jus lemon suam. Salah satu sebabnya nak kurus. Hihi. Sekarang dah jarang dah, sebab dah kurus pun. 

    Semua orang sedia maklum khasiat jus lemon ni kan. Eina ambil dari FB untuk simpanan dan rujukan kita bersama.

    Dua khasiatnya yang paling terulung ialah

    Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

    Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

    Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

    Apakah kelebihan Jus Lemon ini? Apa Kebaikan Minum Jus Lemon Setiap Pagi?

    Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Jus Lemon kepada kita:

    1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

    2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

    3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

    4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

    5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

    6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

    7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

    8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

    9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

    10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

    11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

    12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

    Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

    Menghilangkan acne

    Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

    Caranya:

    Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

    Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

    Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

    Menghilangkan rasa takut dan cemas

    Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

    Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

    Caranya:

    Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

    Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

    Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

    Caranya:

    Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

    Bye-bye demam

    Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

    Caranya:

    Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

    Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

    Selesema dan Sakit Tekak

    Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

    Caranya:

    Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
    Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

    Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

    Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

    Caranya:

    Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. 
    Biarkan semalaman.
    Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. 
    Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

    Merawat Eczema

    Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

    Caranya:
    Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

    Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

    Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

    Merawat Keletihan

    Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

    Caranya:

    Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
    Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza

    Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
    Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

    Hypertension

    Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

    Caranya:

    Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
    Reneh atas api selama 5 minit
    Tapiskan dan sejukkan
    Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari

    Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

    Melegakan sengatan serangga berbisa

    Caranya:

    Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
    Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

    Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

    Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
    Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

    Menidurkan Insomnia

    Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

    Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

    Menyelamatkan perut

    Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
    Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
    Selamat tinggal Varicose Vein!

    Caranya:

    Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
    Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

    Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

    Menghilangkan kesakitan

    Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

    Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

    Menghilangkan nafas berbau!

    Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

    Caranya:

    Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
    Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

    Selamat mencuba ;) <3

    Credit: FB Resepi Sheila Rusly

    ~~~~~

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Seronok cerita bab cantik ni. Kalau boleh semua petua cantik nak amalkan. Cuma rajin atau tak sahaja. Hehe. Kali ni cerita khasiat tomato yang sinonim dalam bab cantik. 


    Tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut. 

    Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.

    
#1 Kurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
    Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini  membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.

    
#2 Kecutkan Jerawat
    Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

    
#3. Pudarkan Jeragat
    Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.


    
#4 Kecilkan Liang Pori
    Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.

    
#5 Melembapkan Kulit Wajah
    Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

    
#6 Sekatakan Tona Kulit
    Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

    
#7 Menyihatkan Rambut
    Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar. Ok, untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.

    ~~~~~

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading


    Kita biasa dengar perkataan Omega-3, DHA dan EPA kan? Apa itu Omega-3? Apa itu DHA & EPA? Kenapa ia penting untuk ibu hamil? Jemput baca sampai habis ya. :)

    Omega-3 tergolong di dalam sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (essential unsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin iaitu suplemen atau makanan tambahan.

    Omega-3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu
    1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
    2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
    3. Alpha Lilolenic Acid (ALA)

    Setiap asid lemak diatas mempunyai manfaat penting dan unik kepada ibu hamil. Malah asid lemak ini juga baik dalam membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan. Ia didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Pengambilan yang lebih tinggi juga (bergantung kepada keadaan kesihatan si ibu) boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi 

    Pengambilan asid lemak Omega-3 yang mencukupi juga penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

    Peranan Omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan.

    EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


    Asid lemak Omega-3, DHA & EPA mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.

    Kekurangan pengambilan Asid lemak Omega-3, DHA & EPA pula meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

    Sumber EPA dan DHA adalah dari ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. 


    Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan terbaik di dunia. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

    OmegaGuard™  Shaklee 
    ~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.
    ~ 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
    ~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
    ~ Dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA


    Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada Shaklee ini mempunyai reputasi yang baik dalam memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top