Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    sunnah ketika bangun tidur

    Eina nak share sikit antara sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita ikut ketika bangun tidur. Kalau dah tau tu, kita refresh semula la ya 😊

    Haa, apa benda pertama korang buat setiap kali bangun tidur? Ermm tengok handphone ya? OK, tengok handphone tutup alarm kan 😁

    Ok, ini antara sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita ikut selepas bangun dari tidur.


    sunnah Rasulullah SAW ketika bangun pagi, adab bangun pagi

    1. Bangun tidur kita duduk dan usap muka then baca doa ni

    الحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَحْيَاناَ بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
    “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah Dia mematikan kami, dan hanya kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”
    (HR.Bukhari)


    2. Then sebelum korang buat apa-apa, korang cuci tangan dulu tau, sebab masa kita tidur tangan kita ni akan sentuh macam-macam yang kita tak sedar, kita tak tau tangan kita ni buat apa. Ada macam-macam bakteria kat tangan kita tu. Jadi, basuhlah tangan dulu ya. Buat 3 kali.

    3. Then korang cuci hidung plak. Caranya, masukkan air dalam hidung, then hembus semula. Buat 3 kali juga. Sebab, waktu kita tidur, syaitan duduk dalam rongga hidung kita tu. Jadi, kenalah cuci bersih-bersih.

    4. Lepas tu, gosok gigi dan cucilah muka macam biasa.

    Jom sama-sama kita kumpul pahala ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

    Semoga bermanfaat 😊
    Continue Reading
    Siapa tak suka bila dapat barang FREE kan? Semua orang suka kalau ada orang bagi barang free, betul tak? Eina pun suka. Hehe

    reward shaklee, hadiah cabutan bertuah  s2ufamilies

    Terima kasih kepada super upline Eina, Master Dosh dan Master Iffah Anuar kerana bermurah hati bagi reward dan hadiah cabutan bertuah kat anak cucu #s2ufamilies. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki selalu.

    Bertuah rasa berada dalam #s2ufamilies dan group #Viktoria ni. Dalam group kami, walaupun ada yang tak pernah bersua muka, tapi hubungan semua orang dah macam adik-beradik. Tak kedekut berkongsi ilmu, kadang-kadang tu jadi pendengar yang setia juga tau. Kalau ada apa-apa masalah, semuanya tolong menolong. Selalu dapat kata-kata semangat dan positif. Memang best.

    Ramai yang share koleksi hadiah yang mereka dapat, semuanya best-best. Ada yang dapat melebihi RM600 tau, free jer. Best sangat

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies



    Korang nak join group Eina tak? Bukan setakat dapat ilmu jer, ada rezeki lebih boleh dapat macam-macam reward atau hadiah juga tau. Best sangat 😋

    Berminat, wasap Eina ok :)


    Continue Reading
    testimoni youth skincare untuk jerawat dan parut, testimoni youth shaklee


    Eina rasa ramai antara korang yang masih tercari-cari skincare yang sesuai untuk kulit berjerawat dan berparut kan?

    Ok skincare Youth sesuai untuk semua jenis kulit termasuk untuk kulit berjerawat, berparut dan berjeragat.

    YOUTH Skincare ini merupakan skincare natural yang selamat mampu memberikan kesan yang hebat dan cepat (bergantung kepada jenis kulit dan masalah). Ia bukan saja kerana dihasilkan dari bahan-bahan premium bahkan proses penghasilannya juga sangat hebat.

    Jika anda ingin mencuba Skincare, Youth Starter Set Shaklee adalah permulaan yang sangat tepat. Youth Starter Set terdiri daripada 4 item iaitu Cleanser, Toner, Moisturizer dan Night Cream. Cuba dalam 1-3 bulan terlebih dahulu, then kalau korang ada masalah parut dan jeragat yang teruk, Eina syorkan korang terus guna fullset Youth Skincare ok.


    So, ini testimoni pengguna yang berpuashati dengan hanya menggunakan Youth skincare dalam masa sebulan penggunaan dan setahun penggunaan. Ia merupakan satu pilihan yang sangat bijak dan pelaburan yang sangat berbaloi.


    testimoni youth starter set shaklee

    Kulit alami perubahan dalam sebulan penggunaan. Kulit semakin cerah, jerawat cepat kecut dan parut pudar dalam masa sebulan. 


    testimoni youth skincare untuk parut

    Love sangat kulit muka lepas pakai Youth. Setahun guna fullset Youth memang sangat-sangat berpuashati. Alhamdulillah kulit muka dah tak bermasalah, Jerawat naik kadang-kadang jer tapi cepat sangat surut. Lepas start pakai Youth Mask muka lagi nampak glowing sampai orang tanya pakai apa kat muka. Love sangat-sangat #youtheffects ni.


    Bahan-bahan YOUTH Skincare semuanya dari sumber semulajadi. Jadi mungkin ada individu yang akan mengambil masa lama untuk dapat hasil yang diidamkan. Dan mungkin juga terjadi proses pemulihan pada awal penggunaan. Nak cantik, semuanya dinasihatkan bersabar ya.

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina




    Continue Reading
    tips kuruskan pipi


    Selalu baca tips kuruskan badan jer kan. Kali ni kita cuba tips untuk menguruskan pipi yang paling mudah dilakukan.

    Ok, sesetengah orang bila dah dapat berat badan yang ideal, dah diet, jadi kurus semualah, tapi bahagian pipi tak kurus pun. Bulat jer mukanya. Orang panggil 'pipi pau'. Hehe

    So, macam mana nak dapatkan pipi kurus seiring dengan badan kurus? Ok jom kita cuba buat 7 senaman simple untuk kuatkan otot pipi. Actually senaman ni dapat menampakkan lagi bentuk muka. Dagu pun boleh nampak runcing tau.

    Senang jer senamannya. Follow ⤵️⤵️

    1. Sebut huruf A E I O U setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali. Kena rajin lakukan senaman ini kalau nak lihat wajah korang jadi kurus.

    2. Sebut huruf X dan O sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut.
    *Kalau korang nak tahu, senaman X-O merupakan senaman muka yang sangat famous.

    3. Senaman tepuk dagu. Tepuk dagu korang dengan menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Teknik ini untuk menghilangkan dagu berlapis.

    4. Sebut Ma Mi Me Mo Mu sebanyak 10 kali. Teknik ini utk menguatkan otot muka & juga bibir. Ini dinamakan senaman korea.

    5. Senyum lebar sambil menutup rapat bibir & tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dgn menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat.
    *Ulang beberapa kali okay.

    6. Tutup mulut dan kembungkan kedua pipi. Korang tahan selama 5 saat. Kemudian, korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan yang sama dan ulang langkah ini beberapa kali.

    7. Bentukkan bibir korang seperti huruf o. Buat beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan hingga senyuman korang jadi selebar-lebarnya. Ulang beberapa kali okay.


    Ok, itu sahaja senamannya, senang kan? Sambil baca pun, boleh buat kan. Kena konsisten buat tau, baru boleh dapat hasilnya. Then bentuk muka korang boleh jadi macam ni 👇. Hehe macam Angelina Jolie tu

    jawline, kuruskan pipi

    Ok semua, selamat mencuba tips-tips mudah untuk kuruskan pipi pau ini :)

    Sumber: twitter
    Continue Reading

    cara cara cuci muka dengan betul


    Nak cuci muka ni pun ada caranya tau. Bukan setakat cuci jer. Jangan fikir cuci muka dengan pembersih muka tu, muka kita dah cukup bersih tau. Kalau nak dapat kulit halus, cantik dan bersih kita kena disiplin bila mencuci muka. And sudah pasti dengan cara yang betul, bukan pakai gosok jer ya.

    Jom ikut cara-cara mencuci muka dengan betul seperti di bawah untuk dapatkan kulit benar-benar bersih.


    1. CUCI TANGAN

    Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah anda. Langkah ini yang paling penting sekali. Sebenarnya, wajah menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan.


    2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH

    Buang segala kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover atau make-up remover tissue. Make-up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak.


    3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI


    Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. Kemudian, ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal.

    cara urutan cuci muka dengan betul
     
    Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus fokus kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.



    4. CUCI DENGAN AIR SUAM

    Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.


    5. JANGAN LAP DENGAN TUALA


    Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. Kalau mahu juga keringkan wajah, lap dengan tuala lembut seperti microfiber towel.


    6. PAKAI MOISTURIZER/KRIM MALAM SELEPAS CUCI MUKA

    Lengkapkan rutian cucian muka anda dengan sapukan krim pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah. Untuk waktu malam, boleh gunakan krim malam selepas mencuci muka

    Moisturizer dengan SPF50

    So, jangan malas untuk mencuci wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit wajah. Dan jangan lupa ikut cara mencuci muka dengan betul di atas. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang.

    Sumber: Nona
    Continue Reading
    Setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

    cara-cara mengenalpasti jenis kulit muka


    Eina sendiri pada mulanya tidak pasti kulit Eina jenis kulit apa. Sehinggalah Eina mendapat konsultasi dari pakar kecantikan di pusat rawatan kecantikan wajah. Pada masa tu, kulit Eina mengalami alergi yang agak teruk akibat tersalah sentuh sejenis pokok yang menyebabkan kulit menjadi merah dan gatal. Hasil dari rawatan, pakar kecantikan menyatakan kulit Eina terlalu kering dan sensitif.

    Setelah beberapa kali rawatan, kulit Eina kembali normal dan kini jenis kulit Eina ialah kulit kombinasi. Masalah kulit kering sudah tiada selepas menggunakan Youth Skincare :)

    Ok, jika anda masih tidak mengenalpasti jenis kulit muka anda, boleh cuba cara ini untuk mengetahui samaada kulit muka anda jenis kulit normal atau kulit kering atau kulit berminyak atau mungkin jenis kulit kombinasi.

    Caranya hanya menggunakan tisu sahaja. :)


    1. Cuci wajah anda dan keringkan. Tunggu sebentar selama lebih kurang 30 minit.

    2. Kemudian, koyakkan tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan pada bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu
     

    3. Selepas itu anda akan dapat hasilnya.


    1. Jika semua tisu melekat buat seketika dan kemudiannya jatuh. Maka kulit anda adalah jenis Kulit Normal

    2. Jika semua tisu tidak melekat dan jatuh, kulit anda adalah jenis Kulit Kering

    3. Jika semua tisu akan melekat pada wajah, kulit anda merupakan jenis Kulit Berminyak

    4. Manakala, jika tisu hanya melekat pada bahagian hidung dan dagu sahaja, kulit anda adalah jenis Kulit Kombinasi


    So, bolehlah cuba ya. Apabila sudah kenalpasti jenis kulit muka anda, barulah boleh memilih skincare yang sesuai dan melakukan penjagaan mengikut cara yang betul. :)


    Sumber : twt_kecantikann

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top