Cara-Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit Muka

5:00 PM

Setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

cara-cara mengenalpasti jenis kulit muka


Eina sendiri pada mulanya tidak pasti kulit Eina jenis kulit apa. Sehinggalah Eina mendapat konsultasi dari pakar kecantikan di pusat rawatan kecantikan wajah. Pada masa tu, kulit Eina mengalami alergi yang agak teruk akibat tersalah sentuh sejenis pokok yang menyebabkan kulit menjadi merah dan gatal. Hasil dari rawatan, pakar kecantikan menyatakan kulit Eina terlalu kering dan sensitif.

Setelah beberapa kali rawatan, kulit Eina kembali normal dan kini jenis kulit Eina ialah kulit kombinasi. Masalah kulit kering sudah tiada selepas menggunakan Youth Skincare :)

Ok, jika anda masih tidak mengenalpasti jenis kulit muka anda, boleh cuba cara ini untuk mengetahui samaada kulit muka anda jenis kulit normal atau kulit kering atau kulit berminyak atau mungkin jenis kulit kombinasi.

Caranya hanya menggunakan tisu sahaja. :)


1. Cuci wajah anda dan keringkan. Tunggu sebentar selama lebih kurang 30 minit.

2. Kemudian, koyakkan tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan pada bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu
 

3. Selepas itu anda akan dapat hasilnya.


1. Jika semua tisu melekat buat seketika dan kemudiannya jatuh. Maka kulit anda adalah jenis Kulit Normal

2. Jika semua tisu tidak melekat dan jatuh, kulit anda adalah jenis Kulit Kering

3. Jika semua tisu akan melekat pada wajah, kulit anda merupakan jenis Kulit Berminyak

4. Manakala, jika tisu hanya melekat pada bahagian hidung dan dagu sahaja, kulit anda adalah jenis Kulit Kombinasi


So, bolehlah cuba ya. Apabila sudah kenalpasti jenis kulit muka anda, barulah boleh memilih skincare yang sesuai dan melakukan penjagaan mengikut cara yang betul. :)


Sumber : twt_kecantikann

You Might Also Like

4 comments

  1. hai sy follower baru, jemput singgah my blog. https://www.blogger.com/

    ReplyDelete
  2. hai biha BW sini. Jemput join GA saya.
    https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)