Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barokah. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.

    Eina ada terjumpa satu tulisan dalam facebook, tapi Eina tak ingat dapat dari mana. Tulisan ni Eina ada kongsikan kat fb Eina dalam 5-6 tahun yang lepas.

    Hari ni Eina baca lagi and Eina rasa Eina nak simpan dalam blog plak. Sebelum tu, Eina nak minta izin dulu la kepada sesiapa sahaja penulis asal tulisan ni, izinkan Eina kongsikan dalam blog Eina ni ya. Terima kasih.

    Ok, ini tulisannya

    Kadangkala, 
    Allah sukarkan jodoh kita,
    Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
    Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
    Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
    Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

    Kadangkala,
    Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
    Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

    Dan kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
    Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

    Dan ada juga ketikanya,
    Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
    Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

    Subhanallah,
    Nikmat Allah itu luas. 

    Kadangkala, tidak terjangkau dek akal fikir. Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya. Lalu tinggal kita yang harus memilih, mahu menjadi orang biasa-biasa atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa. Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

    Eina sangat suka dengan tulisan ni. Mungkin ada yang pernah baca and mungkin ada juga yang baru baca. Pada Eina tulisan ini memberi makna yang sangat mendalam.

    "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

    Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
    Continue Reading
     
    Kajian klinikal menunjukkan POLIFENOL berpotensi untuk menggalakkan penghasilan sel-sel kulit cantik, sihat dan berseri dengan melambatkan dan menghentikan kesan-kesan penuaan seperti kedutan dan garis halus dapat dikurangkan, pembentukan pigmentasi dapat dikurangkan dan melindungi kulit dari kerosakan UV. Selain itu, Polifenol juga boleh menyokong pengeluaran kolagen yang sihat serta menggalakkan kulit yang lebih tegang, anjal dan kelihatan kelihatan lebih muda.
     
    TAHUKAH ANDA?
    Kulit anda boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari, mewujudkan lapisan baru kulit setiap 28 hari.
     
     
     
    3 Manfaat Utama Polifenol Untuk Kulit
     
    1. Menghentikan Penguraian Kolagen dan Elastin
    Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang menguraikan kolagen dan elastin dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Dengan polifenol yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas, kolagen baru boleh dibentuk dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk kulit lebih sihat
     
    2. Melindungi Dari Kerosakan Akibat Pendedahan Kepada Matahari
    Polifenol membantu melindungi daripada kerosakan UV yang memusnahkan kolagen dan elastin pada kadar yang lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan keradangan dan seterusnya meningkatkan seri kulit
     
    3. Menghalang Pembentukan Protein AGE
    Produk Advanced Glycation End (AGE) adalah sebatian berbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. Tahap yang tinggi telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menyumbang kepada pengurangan keanjalan, kedutan dan penuaan yang lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukannya supaya anda boleh kelihatan muda jelita.

     
     

    VIVIX Shaklee mengandungi 4 campuran sempurna POLIFENOL yang berpaten iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Lobak Ungu, Ekstrak Eldeberi Eropah dan Ekstrak Japanese Knotweed yang memberikan spektrum polifenol unik tinggi antioksidan untuk meningkatkan kesihatan sel kulit.

    Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia. Ia sesuai untuk golongan wanita mahupun lelaki yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit kerana Vivix boleh membantu membaiki sel rosak dalam badan kita hingga ke peringkat DNA iaitu sel badan yang paling halus.

    Baca juga;-
    Fungsi 4 Ramuan Vivix
    Testimoni Vivix Untuk Kulit Cantik
    Testimoni Vivix Kulit Awet Muda

    Berminat nak dapatkan Vivix? Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina atau KLIK SINI untuk beli di website Shaklee (sebarang pertanyaan, terus hubungi Eina ok)
     
    Continue Reading

    Polifenol adalah Kompaun Bioaktif yang terhasil secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tinggi antioksidan.  Polifenol boleh didapati dalam kacang-kacangan, teh hijau, teh putih, anggur merah, wain putih, minyak zaitun, coklat gelap dan delima. Tahap polifenol yang lebih tinggi dapat dijumpai pada kulit buah seperti anggur, epal dan oren.
      
    Dalam beberapa kajian, dinyatakan bahawa kumpulan polifenol berperanan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol bermaksud mereka dapat meneutralkan radikal bebas berbahaya yang sebaliknya akan merosakkan sel anda dan meningkatkan risiko keadaan anda seperti barah, diabetes, dan penyakit jantung. 
     
    Polifenol juga dianggap dapat mengurangkan keradangan, yang dianggap sebagai punca banyak penyakit kronik. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
     
    Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
     
    Kumpulan Utama Polifenol
     
    Lebih daripada 8,000 jenis polifenol telah dikenal pasti. Mereka boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan utama: 
    • Flavonoid. Ini menyumbang sekitar 60% daripada semua polifenol. Contohnya termasuk quercetin, kaempferol, catechins, dan anthocyanin, yang terdapat dalam makanan seperti epal, bawang, coklat gelap, dan kubis merah. 
    • Asid fenolik. Kumpulan ini menyumbang sekitar 30% daripada semua polifenol. Contohnya termasuk stilbenes dan lignan, yang kebanyakan terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan biji-bijian. 
    • Amid polifenol. Kategori ini merangkumi capsaicinoids dalam cabai dan avenanthramides dalam oat. 
    • Polifenol lain. Kumpulan ini termasuk resveratrol dalam wain merah, asid ellagic dalam beri, curcumin dalam kunyit, dan lignan dalam biji rami, biji wijen, dan biji-bijian. 
    Jumlah dan jenis polifenol dalam makanan bergantung pada makanan, termasuk kepada keadaan asalnya, kematangan, dan bagaimana ia ditanam, diangkut, disimpan, dan disediakan. Makanan tambahan yang mengandungi polifenol juga disediakan. Walau bagaimanapun, mereka cenderung kurang bermanfaat daripada makanan kaya polifenol


    8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan
     

    1. Kulit Sihat
    Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan2
    .
    2. Peredaran Darah Yang Sihat
    Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).

    3. Tahap Gula Darah Yang Sihat
    Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

    4. Menyokong Detoks Yang Berkesan
    Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.

    5. Fungsi Otak Yang Sihat
    Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.

    6. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot

    Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.

    7. Perkembangan Sel Yang Sihat
    Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.

    8. Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
    Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi


    Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Polifenol ini?

    Selain dari pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Polifenol, anda boleh juga dapatkan Polifenol dari pengambilan makanan tambahan. Di Shaklee terdapat 2 produk hebat yang kaya dengan Polifenol yang tinggi antioksidan iaitu Vivix & ResV
     
    Klik untuk paparan lebih jelas

    Vivix dan ResV mengandungi gandingan polifenol yang tepat untuk kekalkan keremajaan dan kehidupan penuh bertenaga.

    Ingin dapatkan Vivix dan ResV? Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina atau KLIK SINI untuk daftar keahlian dan beli dengan harga ahli (Hubungi Eina untuk sebarang bantuan)
    Continue Reading
    Salam hujung minggu semua.

    Aktiviti hujung minggu Eina tak ada yang menarik pun. Tambah-tambah dengan musim hujan sekarang ni, nak keluar depan rumah pun tak dapat. Maka, pegun jasad dalam rumah sahaja. Haha
     

    Seminggu sekali, dapur rumah Eina off, saja minta cuti masak dari husband. Hehe. Alhamdulillah, setakat ni lulus la. Tapi kerja lain on macam biasa. Tak apa la kan, dapat cuti masak pun dah happy tau. Betul tak ibu-ibu? 
     
    So, untuk minggu ni semalam hari Sabtu ialah off day Eina. Daripada breakfast sampai ke dinner beli makanan dari luar jer. Over tak? Haha. Sarapan pagi, husband beli nasi lemak, untuk tengahari husband beli nasi kukus ayam cincang (sedap ni). Untuk dinner, anak-anak request nak makan Dominos plak. So lengkaplah rutin makan untuk sehari. Maka dengan itu, kelaut la diet ibu semalam. Haha
     
    Jadi surirumah ni kan, hari-hari pening duk fikir nak masak lauk apa. Mostly ulang-ulang lauk sama jer. Sebab kita masak ikut selera anak-anak and husband kan. Tu yang ulang-ulang lauk sama jer. Eina jer ker yang rasa macam ni eh. Tapi, macam mana sekalipun, ibu ikut jer la kan, asalkan semua makan.

    Ok, semalam dah off, so hari ni on baliklah, masak macam biasa. Husband request lauk asam pedas ikan pari hari ni. Kalau masak asam pedas, memang kena ikan pari. Ikan lain tu dia kurang sikit. Lepas tu Eina masak sikit sayur taugeh goreng bubuh ikan bilis. Telur dadar memang wajib ada sebab favorite anak-anak. Untuk menu tambahan, Eina rasa nak makan kerabu mangga plak. So jadilah kerabu mangga untuk menu ke empat hari ni.
     
     
    Okla kan, menu simple jer tu. Walaupun kita rasa simple, tapi kita akan rasa happy dan seronok bila tengok anak-anak dan husband berselera makan sampai bertambah-tambah betul tak?
     
    Bila kita buat family kita happy, kita pun akan jadi happy kan. Selagi kita ikhlas bahagiakan keluarga kita, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita.

    Okla, saja jer nak cerita sebab entry lain belum siap. Haha
    Continue Reading
    Assalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)
     
    Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan #100Impian dalam hidup. Mula-mula tu rasa "alamak banyaknya 100 impian nak tulis, macam tak cukup jer 100 impian tu". Tapi once dah tulis rupanya terlebih-lebih pula. Hehe

    Hari tu Eina ada cerita tentang beli buku and ada share impian Eina nak ada 'Mini Library' kat rumah (BACA SINI). Nak ada mini library tu memang ada termasuk dalam list #100Impian Eina. Hari ni Eina sajalah nak share satu lagi antara yang termasuk dalam #100impian Eina iaitu nak ada laman rumah yang besar dan hijau macam ni. 
     
     
    Ya Allah, besar dan cantikkan laman rumah dia. Bestnya kalau ada laman rumah yang besar macam ni. Macam-macam boleh buat. Nak buat kenduri kahwin tema garden pun boleh. Hahaha

    Eina suka tengok rumah-rumah yang ada laman macam ni. Ada tempat bersantai, boleh duduk rileks kat situ minum-minum ke kan. Lepas tu, ada ruang beriadah dengan anak-anak. Ada kawasan khas untuk bercucuk tanam. Boleh tanam sayur, tanam pokok bunga, nak tanam pokok buah-buahan pun boleh. Hijau mata memandang, tenang jer kan 😍
     
    At least ada ruang sikit untuk tanam rumput hijau macam gambar kat bawah ni pun dah rasa seronok dah. Boleh jadi terapi and boleh tenangkan fikiran juga bila tengok hijau tu. Mak-mak memang macam ni eh. Haha

    Depan rumah Eina sekarang ni penuh dah dengan tiles, memang tak ada rumput langsung. Masa mula-mula pindah dulu, letak la juga pokok-pokok dalam pasu sikit untuk hiasan, tapi sebab tak berapa nak jaga, habis semua mati kering. Haha
     
    Yang ni cantik kan. Simple jer.

    Sejak pertengahan tahun lepas, Eina dah mula berjinak-jinak bercucuk tanam semula. Ada yang menjadi and ada juga yang tak menjadi. Hehe. Eina cuba-cuba tanam sayur jer sikit-sikit, semuanya Eina tanam dalam pasu. Maklumlah rumah tak ada tanah kan. Kalaulah ada laman besar macam gambar 1st kat atas tu, macam-macam pokok boleh tanam. Hehe.
     
    Okla, nanti Eina share lagi apa yang ada dalam list #100impian Eina. Semua orang ada impian kan, tak salah pun kita simpan impian. Mana tau, satu hari nanti jadi kenyataan. Doakan ya :) 
    Continue Reading
    Hai semua, siapa sini pernah alami masalah migraine?
     
    Secara ringkasnya Migraine ni adalah sakit kepala yang berpanjangan dan berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala sahaja. Kadang-kadang ia disertai dengan rasa mual dan muntah.

    Migraine juga boleh terjadi jika terlalu kerap atau terlalu lama melihat cahaya di skrin seperti skrin handphone atau komputer. Seeloknya alihkan pandangan ke arah lain untuk beberapa minit. Haa kalau korang kaki gamers, hati-hati ok.

    Dulu Eina kerap alami masalah migraine ni. Rasa berdenyut-denyut sampai tak boleh tidur. Fuhhh seksa sangat. Alhamdulillah, since consume vitamin Shaklee, dah jarang sangat kena migraine ni. Kalau ada pun sebab tidur lewat. Tapi, Alhamdulillah cepat recover.


    Kebaikan B-Complex & Ostematrix untuk masalah Migraine
     


    B-COMPLEX

    Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang seimbang termasuk Asid Pantotenik dan Niacin yang menguatkan tubuh dan bertindak sebagai anti-radang. Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit dan menenangkan.

    Kandungan Riboflavin dalam B-Complex juga secara klinikal ditunjukkan sebagai 'alat' yang berguna untuk menguruskan serangan Migraine dengan kerap.

    Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. Vitamin B juga bantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

    Asid Folik salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik ekslusif Shaklee



    OSTEMATRIX

    Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

    Magnesium adalah salah satu mineral yang dikenali sebagai 'mineral penenang'. Ia biasa digunakan untuk melegakan Migraine.

    Kandungan mineral di dalam Ostematrix dapat menggalakkan tidur yang selesa serta mengimbangi tekanan darah. Ostematrix juga membantu merehatkan tubuh badan akibat tekanan ataupun keletihan. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.



    Testimoni Migraine Shaklee


    Ok, jom kita baca feedback orang ramai yang ambil vitamin B-complex & Ostematrix Shaklee untuk bantu masalah Migraine mereka. 
     
     

    Ambil B-Complex & Ostematrix, rasa sakit kepala hilang


    Migraine semakin kurang selepas makan B-Complex


    "Macam husband Fiza dulu, ada migraine yang kronik. Setiap hari sakit kepala. Selepas konsisten ambil Ostematrix dan B-Complex, now totally bebas migraine. Dia pun tak perasan bila migraine tu hilang, langsung tak ada dah"


    "Sejak ambil B-Complex dah boleh kawal stress, migraine pun dah hilang"



    Tips Tambahan Legakan Migraine

    Selain dari mengamalkan vitamin, anda juga amat digalakkan meminum air suam dengan banyak. Atau meminum jus lemon yang ditambah dengan sedikit garam bagi melegakan rasa sakit.

    Ok untuk anda yang ada masalah migraine, bolehlah cuba vitamin di atas ok. Kalau berminat nak order, boleh terus Klik Sini Untuk Whatsapp Eina atau klik icon Whatsapp di sebelah kiri blog.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Daftar Ahli Shaklee Secara Express/Online
      Assalamualaikum Sebelum ni, Eina pernah share macam mana nak jadi ahli Shaklee dan apa kelebihan menjadi ahli. Selalunya, sesiapa...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Senarai Harga Setiap Item YOUTH Skincare
      Hai semua ;) Youth Skincare dah boleh beli secara loose item ya. So bolehlah beli ikut bajet dan keperluan anda. INGIN DAPATKAN HARGA L...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top