Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri

12:30 PM

Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. Sebenarnya Eina memang suka buku. Walaupun sekarang ni jarang dapat baca buku, tapi Eina suka beli buku buat koleksi kat rumah.

Kalau dulu suka simpan koleksi magazine, tapi sekarang suka simpan koleksi buku plak. Tak tau kenapa, Eina sangatlah suka tengok buku, suka kumpul buku. Padahal bukan ulat buku pun. Hehe.

Eina suka tengok buku-buku tersusun cantik kat rak macam kat kedai buku & library tu. Kalau masuk kedai buku, memang berjam-jam jugalah duk belek-belek buku. Rasa macam nak beli semua jer. Haha
 
Salah satu impian Eina, nak ada mini library dalam rumah. Nak ada satu ruang atau bilik khas untuk membaca. Boleh susun cantik-cantik semua koleksi buku yang ada. Susun ikut jenis buku, ada bahagian kanak-kanak, ada bahagian buku-buku motivasi, bahagian buku agama dan lain-lainlah. Macam library tu, best kan. Doakan imipian Eina tercapai nak ada mini library kat rumah nanti ya. InsyaAllah.
 
Salah satu idea mini library kat rumah. Simple jer kan :)
 
Ok, sambung cerita Eina beli buku kelmarin. Asalnya nak beli buku untuk hadiahkan pada anak-anak didik Shaklee. Tapi, terbeli untuk diri sendiri plak. Haha. So hadiah untuk anak didik tu, kita cari lain.

Inilah dia koleksi buku-buku yang baru sampai semalam. Sekarang ni Eina memang banyak simpan buku-buku motivasi dan buku-buku keagamaan. Seiring dengan umur yang makin meningkat ni. Hehe


Memandangkan tengah PKPB, Eina beli online jer buku-buku ni. Sekarang ni pun semuanya online kan. Hatta kalau nak beli ayam mentah pun boleh beli thru online. Hehe. Maklumlah sekarang hidup dalam norma baharu.

Buku-buku ni Eina beli di BookXcess Online. Actually, 1st time Eina beli kat BookXcess ni. Biasanya Eina order di Karangkraf Mall Online ataupun MPH Online jer. Okla juga BookXcess ni, penghantaran cepat. Hari ni order, esoknya dah sampai. Boleh beli lagi lepas ni.
 
Dari segi harga plak, ok boleh tahan. Banyak juga diskaun. Waktu Eina order tu, ada offer setiap pembelian RM80 dan ke atas boleh dapat free shipping. Then boleh dapat jadi member terus. Once jadi member dapatlah diskaun lagi. Kalau beli RM50 ke atas dapat diskaun 5% and kalau beli RM150 ke atas dapat diskaun 10%. BookXcess akan bagi diskaun code tu thru email and ada disertakan sekali cara-cara nak guna. So, bolehlah guna nanti.

So, kalau korang nak tengok buku apa yang ada, bolehlah tengok-tengok kat BookXcess Online tu ya. Selamat membeli buku. Hehe

You Might Also Like

18 comments

  1. atul pun suka kak tengok buku² tersusun rapi tu. terapi sungguh tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, betul tu jadi terapi. Macam melegakan. Tak tau kenapa. Hehe

      Delete
  2. Impian nak ada mini library tu sama hehe, biar pun beli buku tali baca tak habis, yang penting puas tengok buku tu tersusun je kat rak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ye ker sama impian tu. Semoga impian kita tercapai ya. Kann, suka sangat tengok buku tersusun 😁

      Delete
  3. Lama tak membeli buku. sekarang pun BBW dah boleh beli buku online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sekarang ni semua online. Bolehlah beli 😁

      Delete
  4. Dulu2 rajin juga kumpul buku tapi sekarang kehidupan macam nomad kena tangguh kan dulu.
    Moga mini library Eina akan cepat berisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga dimurahkan rezeki. Aminnn tq atas doanya.

      Delete
  5. Lawa mini library eina. Moga impian eina tercapai.

    Suka baca buku jugak. Kalau nampak kedai buku dalam mall, mesti nak singgah. Tak beli bukupun xpe. Suka bau buku-buku dalam kedai buku. Boleh jadi satu terapi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cth mini library impian tu kak shima, hehe. Aminnn atas doanya, moga2 tercapai impian nak ada mini library sendiri. Betul2, tak beli pun takpe, asalkan dapat tengok & bau buku. hehe

      Delete
  6. Seronok bila ada diskaun member.. Berbaloi nak beli buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu la, ada diskaun boleh borong buku banyak2 lagi. Hehe

      Delete
  7. Mrs. A pun bukan ulat buku sangat tapi kadang-kadang bila jumpa buku yang kena dengan diri terus beli baca kemudian cerita. Buku last Mrs. A beli September 2020 yang lalu tajuk "Hiduplah Untuk Hari Ini" tapi belum habis baca lagi kesian kan hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu la, beli buku tapi baca tak habis, lepas tu beli buku lain plak. Haha

      Delete
  8. Alangkah bestnya kalau dpt buat audit bacaan mcm gambar tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.