Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.
Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi anda yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur.
Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!
Ok, jom kita lihat apa jenis-jenis tanaman yang boleh bantu bersihkan udara dalam rumah.
1. Sirih Gading
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil's Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang . Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.
2. Aloe Vera
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok di tanam dalam pasu-pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.
3. Pakis Boston
Spesis ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di kamar tidur agar kulit tidak kering.
4. Monstera Deliciosa
Mampu memperbaiki kualiti dengan menerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
5. Lidah Mertua
Walaupun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.
6. Dracaena
Spesis Dracaena (Sanderiana dan Marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki Dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara di dalam rumah.
7. Spider Plant
Salah satu kelebihan Spider Plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%
So, bolehlah kita tanam tanaman-tanaman ini di dalam rumah untuk bersihkan udara dalam rumah kita.
Sumber: MajalahPaMa