Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    sunnah ketika bangun tidur

    Eina nak share sikit antara sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita ikut ketika bangun tidur. Kalau dah tau tu, kita refresh semula la ya 😊

    Haa, apa benda pertama korang buat setiap kali bangun tidur? Ermm tengok handphone ya? OK, tengok handphone tutup alarm kan 😁

    Ok, ini antara sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita ikut selepas bangun dari tidur.


    sunnah Rasulullah SAW ketika bangun pagi, adab bangun pagi

    1. Bangun tidur kita duduk dan usap muka then baca doa ni

    الحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَحْيَاناَ بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
    “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah Dia mematikan kami, dan hanya kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”
    (HR.Bukhari)


    2. Then sebelum korang buat apa-apa, korang cuci tangan dulu tau, sebab masa kita tidur tangan kita ni akan sentuh macam-macam yang kita tak sedar, kita tak tau tangan kita ni buat apa. Ada macam-macam bakteria kat tangan kita tu. Jadi, basuhlah tangan dulu ya. Buat 3 kali.

    3. Then korang cuci hidung plak. Caranya, masukkan air dalam hidung, then hembus semula. Buat 3 kali juga. Sebab, waktu kita tidur, syaitan duduk dalam rongga hidung kita tu. Jadi, kenalah cuci bersih-bersih.

    4. Lepas tu, gosok gigi dan cucilah muka macam biasa.

    Jom sama-sama kita kumpul pahala ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

    Semoga bermanfaat 😊
    Continue Reading
    Siapa tak suka bila dapat barang FREE kan? Semua orang suka kalau ada orang bagi barang free, betul tak? Eina pun suka. Hehe

    reward shaklee, hadiah cabutan bertuah  s2ufamilies

    Terima kasih kepada super upline Eina, Master Dosh dan Master Iffah Anuar kerana bermurah hati bagi reward dan hadiah cabutan bertuah kat anak cucu #s2ufamilies. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki selalu.

    Bertuah rasa berada dalam #s2ufamilies dan group #Viktoria ni. Dalam group kami, walaupun ada yang tak pernah bersua muka, tapi hubungan semua orang dah macam adik-beradik. Tak kedekut berkongsi ilmu, kadang-kadang tu jadi pendengar yang setia juga tau. Kalau ada apa-apa masalah, semuanya tolong menolong. Selalu dapat kata-kata semangat dan positif. Memang best.

    Ramai yang share koleksi hadiah yang mereka dapat, semuanya best-best. Ada yang dapat melebihi RM600 tau, free jer. Best sangat

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies

    reward shaklee, hadiah s2ufamilies



    Korang nak join group Eina tak? Bukan setakat dapat ilmu jer, ada rezeki lebih boleh dapat macam-macam reward atau hadiah juga tau. Best sangat 😋

    Berminat, wasap Eina ok :)


    Continue Reading
    testimoni youth skincare untuk jerawat dan parut, testimoni youth shaklee


    Eina rasa ramai antara korang yang masih tercari-cari skincare yang sesuai untuk kulit berjerawat dan berparut kan?

    Ok skincare Youth sesuai untuk semua jenis kulit termasuk untuk kulit berjerawat, berparut dan berjeragat.

    YOUTH Skincare ini merupakan skincare natural yang selamat mampu memberikan kesan yang hebat dan cepat (bergantung kepada jenis kulit dan masalah). Ia bukan saja kerana dihasilkan dari bahan-bahan premium bahkan proses penghasilannya juga sangat hebat.

    Jika anda ingin mencuba Skincare, Youth Starter Set Shaklee adalah permulaan yang sangat tepat. Youth Starter Set terdiri daripada 4 item iaitu Cleanser, Toner, Moisturizer dan Night Cream. Cuba dalam 1-3 bulan terlebih dahulu, then kalau korang ada masalah parut dan jeragat yang teruk, Eina syorkan korang terus guna fullset Youth Skincare ok.


    So, ini testimoni pengguna yang berpuashati dengan hanya menggunakan Youth skincare dalam masa sebulan penggunaan dan setahun penggunaan. Ia merupakan satu pilihan yang sangat bijak dan pelaburan yang sangat berbaloi.


    testimoni youth starter set shaklee

    Kulit alami perubahan dalam sebulan penggunaan. Kulit semakin cerah, jerawat cepat kecut dan parut pudar dalam masa sebulan. 


    testimoni youth skincare untuk parut

    Love sangat kulit muka lepas pakai Youth. Setahun guna fullset Youth memang sangat-sangat berpuashati. Alhamdulillah kulit muka dah tak bermasalah, Jerawat naik kadang-kadang jer tapi cepat sangat surut. Lepas start pakai Youth Mask muka lagi nampak glowing sampai orang tanya pakai apa kat muka. Love sangat-sangat #youtheffects ni.


    Bahan-bahan YOUTH Skincare semuanya dari sumber semulajadi. Jadi mungkin ada individu yang akan mengambil masa lama untuk dapat hasil yang diidamkan. Dan mungkin juga terjadi proses pemulihan pada awal penggunaan. Nak cantik, semuanya dinasihatkan bersabar ya.

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina




    Continue Reading
    tips kuruskan pipi


    Selalu baca tips kuruskan badan jer kan. Kali ni kita cuba tips untuk menguruskan pipi yang paling mudah dilakukan.

    Ok, sesetengah orang bila dah dapat berat badan yang ideal, dah diet, jadi kurus semualah, tapi bahagian pipi tak kurus pun. Bulat jer mukanya. Orang panggil 'pipi pau'. Hehe

    So, macam mana nak dapatkan pipi kurus seiring dengan badan kurus? Ok jom kita cuba buat 7 senaman simple untuk kuatkan otot pipi. Actually senaman ni dapat menampakkan lagi bentuk muka. Dagu pun boleh nampak runcing tau.

    Senang jer senamannya. Follow ⤵️⤵️

    1. Sebut huruf A E I O U setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali. Kena rajin lakukan senaman ini kalau nak lihat wajah korang jadi kurus.

    2. Sebut huruf X dan O sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut.
    *Kalau korang nak tahu, senaman X-O merupakan senaman muka yang sangat famous.

    3. Senaman tepuk dagu. Tepuk dagu korang dengan menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Teknik ini untuk menghilangkan dagu berlapis.

    4. Sebut Ma Mi Me Mo Mu sebanyak 10 kali. Teknik ini utk menguatkan otot muka & juga bibir. Ini dinamakan senaman korea.

    5. Senyum lebar sambil menutup rapat bibir & tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dgn menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat.
    *Ulang beberapa kali okay.

    6. Tutup mulut dan kembungkan kedua pipi. Korang tahan selama 5 saat. Kemudian, korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan yang sama dan ulang langkah ini beberapa kali.

    7. Bentukkan bibir korang seperti huruf o. Buat beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan hingga senyuman korang jadi selebar-lebarnya. Ulang beberapa kali okay.


    Ok, itu sahaja senamannya, senang kan? Sambil baca pun, boleh buat kan. Kena konsisten buat tau, baru boleh dapat hasilnya. Then bentuk muka korang boleh jadi macam ni 👇. Hehe macam Angelina Jolie tu

    jawline, kuruskan pipi

    Ok semua, selamat mencuba tips-tips mudah untuk kuruskan pipi pau ini :)

    Sumber: twitter
    Continue Reading

    cara cara cuci muka dengan betul


    Nak cuci muka ni pun ada caranya tau. Bukan setakat cuci jer. Jangan fikir cuci muka dengan pembersih muka tu, muka kita dah cukup bersih tau. Kalau nak dapat kulit halus, cantik dan bersih kita kena disiplin bila mencuci muka. And sudah pasti dengan cara yang betul, bukan pakai gosok jer ya.

    Jom ikut cara-cara mencuci muka dengan betul seperti di bawah untuk dapatkan kulit benar-benar bersih.


    1. CUCI TANGAN

    Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah anda. Langkah ini yang paling penting sekali. Sebenarnya, wajah menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan.


    2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH

    Buang segala kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover atau make-up remover tissue. Make-up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak.


    3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI


    Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. Kemudian, ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal.

    cara urutan cuci muka dengan betul
     
    Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus fokus kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.



    4. CUCI DENGAN AIR SUAM

    Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.


    5. JANGAN LAP DENGAN TUALA


    Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. Kalau mahu juga keringkan wajah, lap dengan tuala lembut seperti microfiber towel.


    6. PAKAI MOISTURIZER/KRIM MALAM SELEPAS CUCI MUKA

    Lengkapkan rutian cucian muka anda dengan sapukan krim pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah. Untuk waktu malam, boleh gunakan krim malam selepas mencuci muka

    Moisturizer dengan SPF50

    So, jangan malas untuk mencuci wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit wajah. Dan jangan lupa ikut cara mencuci muka dengan betul di atas. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang.

    Sumber: Nona
    Continue Reading
    Setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

    cara-cara mengenalpasti jenis kulit muka


    Eina sendiri pada mulanya tidak pasti kulit Eina jenis kulit apa. Sehinggalah Eina mendapat konsultasi dari pakar kecantikan di pusat rawatan kecantikan wajah. Pada masa tu, kulit Eina mengalami alergi yang agak teruk akibat tersalah sentuh sejenis pokok yang menyebabkan kulit menjadi merah dan gatal. Hasil dari rawatan, pakar kecantikan menyatakan kulit Eina terlalu kering dan sensitif.

    Setelah beberapa kali rawatan, kulit Eina kembali normal dan kini jenis kulit Eina ialah kulit kombinasi. Masalah kulit kering sudah tiada selepas menggunakan Youth Skincare :)

    Ok, jika anda masih tidak mengenalpasti jenis kulit muka anda, boleh cuba cara ini untuk mengetahui samaada kulit muka anda jenis kulit normal atau kulit kering atau kulit berminyak atau mungkin jenis kulit kombinasi.

    Caranya hanya menggunakan tisu sahaja. :)


    1. Cuci wajah anda dan keringkan. Tunggu sebentar selama lebih kurang 30 minit.

    2. Kemudian, koyakkan tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan pada bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu
     

    3. Selepas itu anda akan dapat hasilnya.


    1. Jika semua tisu melekat buat seketika dan kemudiannya jatuh. Maka kulit anda adalah jenis Kulit Normal

    2. Jika semua tisu tidak melekat dan jatuh, kulit anda adalah jenis Kulit Kering

    3. Jika semua tisu akan melekat pada wajah, kulit anda merupakan jenis Kulit Berminyak

    4. Manakala, jika tisu hanya melekat pada bahagian hidung dan dagu sahaja, kulit anda adalah jenis Kulit Kombinasi


    So, bolehlah cuba ya. Apabila sudah kenalpasti jenis kulit muka anda, barulah boleh memilih skincare yang sesuai dan melakukan penjagaan mengikut cara yang betul. :)


    Sumber : twt_kecantikann

    Continue Reading
    cara-cara menggunakan Shaklee youth skincare dengan betul


    Assalamualaikum.

    Kali ini, Eina nak share cara penggunaan Youth Skincare Shaklee dengan betul. Jika anda ikut langkah ini, InsyaAllah seawal 1 minggu sudah boleh nampak perubahan pada kulit wajah.


    CARA MENGGUNAKAN SHAKLEE YOUTH SKINCARE




    1. SET PERMULAAN YOUTH / YOUTH STARTER SET

    cara penggunaan youth skincare shaklee


    Langkah 1 ➤ LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
    Youth luminous gel oil cleanser, youth cleanser
    Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri.
    Picit pembersih muka sebesar saiz kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas.

     
    Langkah 2 ➤ PERFECTING SKIN TONER
    youth perfecting skin toner, youth toner
    Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
    Basahkan kepingan atau bebola kapas dengan toner dan sapukan ke seluruh wajah anda.
     
    Langkah 3 ➤ AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
    youth age defense moisturizer spf50, youth moisturizer
    Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.
    Ambil setitik pelembap di hujung jari, titikkan pada seluruh muka, dan sapukan ke atas kulit.
     
    Langkah 4 ➤ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
    youth advance renewal night cream, youth night cream
    Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.
    Letakkan krim di hujung jari, titikkan pada seluruh muka dan leher. Ratakan pada keseluruhan kulit.



    2. SET MEMPERBAHARU DAN MENGEKALKAN 

    cara penggunaan youth skincare shaklee


    Langkah 1 ➤ LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
    Youth luminous gel oil cleanser, youth cleanser
    Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri.
    Picit pembersih muka sebesar saiz kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas.
     
    Langkah 2 ➤ PERFECTING SKIN TONER
    youth perfecting skin toner, youth toner
    Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
    Basahkan kepingan atau bebola kapas dengan toner dan sapukan ke seluruh wajah anda.
     
    Langkah 3 ➤ YOUTH ACTIVATING SERUM
    youth activating serum, youth serum
    Menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.
    Tekan 1 pam di hujung jari dan ratakan secara lembut ke seluruh muka.
     
    Langkah 4 ➤ AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
    youth age defense moisturizer spf50, youth moisturizer
    Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.
    Ambil setitik pelembap di hujung jari, titikkan pada seluruh muka, dan sapukan ke atas kulit.
     
    Langkah 5 ➤ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
    youth advance renewal night cream, youth night cream
    Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.
    Letakkan krim di hujung jari, titikkan pada seluruh muka dan leher. Ratakan pada keseluruhan kulit.


    3. SET RAWATAN INTENSIF DAN PEMULIHAN

    cara penggunaan youth skincare shaklee

    Langkah 1 ➤ LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
    Youth luminous gel oil cleanser, youth cleanser
    Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri.
    Picit pembersih muka sebesar saiz kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas.
     
    Langkah 2 ➤ PERFECTING SKIN TONER
    youth perfecting skin toner, youth toner
    Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
    Basahkan kepingan atau bebola kapas dengan toner dan sapukan ke seluruh wajah anda.
     
    Langkah 3 ➤ YOUTH ACTIVATING SERUM
    youth activating serum, youth serum
    Menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.
    Tekan 1 pam di hujung jari dan ratakan secara lembut ke seluruh muka.

    Langkah 4 ➤ RADIANCE C + E
    youth radiance c+e
    Menggebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, pigmentasi, menambahbaik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.
    Putarkan hujung kapsul dan picitkan C+E ke atas hujung jari dan sapukan pada wajah.
    Untuk kulit sensitif:
    👉Campurkan Radiance C+E dengan night cream dan sapukan pada kulit yang lembap.
    👉Guna 2 - 3 kali seminggu atau setiap hari pada waktu malam, mengikut keperluan, atau guna sebagai rawatan khusus.

    Langkah 5 ➤ AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
    youth age defense moisturizer spf50, youth moisturizer
    Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.
    Ambil setitik pelembap di hujung jari, titikkan pada seluruh muka, dan sapukan ke atas kulit.
     
    Langkah 6 ➤ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
    youth advance renewal night cream, youth night cream
    Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.
    Letakkan krim di hujung jari, titikkan pada seluruh muka dan leher. Ratakan pada keseluruhan kulit.


    INFO TAMBAHAN - CARA PENGGUNAAN SHAKLEE YOUTH SKINCARE LEBIH BERKESAN

    Ok, langkah di atas adalah berdasarkan cadangan dari pakar nutrisi dan kecantikan di pihak Shaklee.

    Eina sendiri sudah lebih setahun menggunakan Youth Skincare ini, Eina juga mengikut cadangan dari pihak Shaklee.

    So, untuk permulaan disarankan memakai item basic dulu iaitu Youth Cleanser, Youth Toner, Youth Moisturizer dan Youth Night Cream untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan bagi membiasakan kulit dengan bahan-bahan aktif yang ada dalam skincare Youth ini. Maklumlah kulit asia ni, kadang-kadang tak tahan. Hehe

    Bahan-Bahan Di Dalam Youth Skincare

    Then, jika tiada masalah kulit kering atau masalah-masalah lain boleh terus tambah dengan Youth Serum dan kemudiannya Radiance C+E.

    Dinasihatkan untuk permulaan jangan pakai Youth Serum terlalu banyak, dikhuatiri kulit anda akan berasa panas atau pedih. So, apply sikit-sikit dulu, jika tiada masalah, boleh apply mengikut yang dicadangkan.

    Untuk Radiance C+E pula, disarankan campurkan bersama Youth Night Cream untuk kulit lebih lembap.  Then, selepas 1-2 bulan, baru boleh cuba apply Radiance C+E terus ke tempat parut atau jeragat, last sekali baru apply Youth Night Cream.

    Ok, kesan sampingan? Jangan risau, tiada kesan sampingan apabila menggunakan Youth Skincare ini. Kerana ingredients di dalam Youth Skincare Shaklee ini adalah semulajadi dan terbukti selamat digunakan oleh semua jenis kulit.

    Jika terdapat sebarang kesan yang luarbiasa, harap jangan berhenti dan bersabar serta terus memakai Youth Skincare ini dengan konsisten. Kesan ke atas setiap individu juga adalah berbeza, bergantung pada tahap dan keadaan kulit.

    So, jika ada sebarang kemusykilan berkenaan dengan pemakaian Youth Skincare ini, boleh hubungi Eina ok. Moga bermanfaat. :)


    Continue Reading


    ⚡Jualan Kilat

    Beli 4 Collagen Powder Shaklee FREE 1 Canister ESP bernilai RM161.25 😍


    promo collagen powder shaklee


    Seriously, ambil konsisten 2 produk ni, kulit korang putih gebu halus mulus tau.


    Kolagen dan Protein adalah penentu utama kepada kulit yang sihat. Apabila bersama keduanya dapat meningkatkan kecantikan semulajadi dan membantu kulit kelihatan lebih berseri dan sihat serta kelihatan muda.


    Protein - disifatkan sebagai blok asas untuk semua sel, penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuk kulit anda. Ia menggalakkan pembaharuan sel untuk membina asas kesihatan bagi kulit yang sihat.

    Kolagen - bertindak seperti 'gam' yang mengikat semua sel bersama-sama, meningkatkan keanjalan kulit supaya kelihatan lebih tegang dan lembut. Ia juga membantu untuk menyokong sendi yang lebih fleksibel.


    Kenapa perlu ambil Collagen untuk kulit cantik?
    Sebab start umur 25 tahun ke atas, tahap acid amino dalam tubuh kita ni akan mula turun. Acid amino ni la yang bertanggungjawab ke atas pembentukan kolagen.

    Then, bila umur 40 tahun ke atas, badan kita akan terus stop hasilkan kolagen, maka akan keluarlah signs of ageing tu. Contohnya kedut, garis halus, kulit kendur dan macam-macam lagi.


    Kelebihan Collagen Powder Shaklee

    Kebaikan Collagen Shaklee
    • Mengandungi 4000mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.
    • Ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.
    • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang terbaik
    • Bungkusan individu untuk kegunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

    Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)

    Kelebihan ESP Shaklee
    • Membekalkan 14g protein rendah Indexs Glisemik
    • PDCAAS (Protein Digestibillity Corrected Amino Acid Score) 0.1 - nilai paling tinggi dalam pencernaan protein dan kualiti protein tertinggi
    • Mengandungi 9 asid amino penting
    • Tinggi dengan Kalsium
    • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
    *Jumlah protein soya yabg disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari


    So, obses nak kulit putih gebu? You should try this combination ok.

    Oh ya, promo ni berlangsung 8 hari sahaja bermula hari ini 12hb Julai - 19hb Julai 2019 sahaja ok.


    Grab sekarang tau. Klik 👇 untuk wasap Eina terus ok
    Continue Reading
    Gastrik, tapi nak diet. Macam mana tu? Ok, Eina nak share cara DIET untuk pesakit gastrik.
     
    cara diet untuk pesakit gastrik

    1. Elakkan makanan yang membawa kepada gastrik. Sebagai contoh, makanan atau minuman yang berkafien, buah-buahan sitrus, tomato, makanan pedas, pudina dan minuman bergas. 
    2. Makan ikut jadual dan jangan melangkau tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam
    Antara makanan yang membantu mengawal dan mengurangkan simptom Gastrik

    makanan yang membantu dan mengurangkan simptom gastrik, makanan untuk pesakit gastrik

    • Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang
    • Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam dan sayuran hijau kerana lebih beralkali
    • Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuman Y*kult. Kimchi pun ada probiotic

    Apa itu Gastrik & Apa Penyebab Terjadinya Gastrik


    Cadangan Set Gastrik Shaklee

    set gastrik shaklee, gastrik

    1. ESP
    • Sebagai sumber protein yang dapat meneutralkan asid dalam perut
    • Bantu bina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis asid semasa proses pencernaan
    • Membaikpulih luka dalaman
    2. Peppermint Ginger Plus
    • Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam untuk melegakan ketidakselesaan perut
    • Memelihara saluran penghadaman dan menyamankan perut
    • Melegakan senak perut
    3. Ostematrix
    • Sumber kalsium terbaik. Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh
    • Kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detokfikasi
    • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

    Nak cuba Set Gastrik Shaklee? Hubungi Eina ok.

    Continue Reading

    Cara Semak Skincare Lulus KKM
    Cara Semak Skincare Lulus KKM


    Terdapat pelbagai produk skincare di pasaran yang menjanjikan dapat membantu kulit anda menjadi lebih cantik sihat, putih gebu dan juga flawless. Tapi, sebelum kita membeli apa-apa jenis produk kecantikan atau penjagaan kulit muka, adalah sebaiknya periksa terlebih dahulu samada ianya mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

    Adakalanya, ia sesuai untuk kulit orang lain, tetapi tidak pada kulit anda. So, sebelum berhabis melabur membeli mana-mana skincare, better check dulu status skincare tersebut ya. Samaada betul-betul selamat digunakan ataupun sebaliknya.

    Ok, Eina kongsikan sedikit cara semak status skincare yang ada kelulusan KKM.

    LANGKAH 1:

    Pergi ke link website National Pharmaceutical Regulatory Agency. Rupanya seperti gambar di bawah
    National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA, Check Status Product Lulus KKM, cara semak skincare lulus kkm
    Laman Rasmi NPRA

    LANGKAH 2:

    Scroll hingga jumpa ruangan Product Search. Klik pada ruangan  Product Status

    cara semak skincare lulus kkm, Check Status Product Lulus KKM
    Semak Status Produk


    Then, ia akan ke ruangan QUEST3+ Sistem Pendaftaran Produk & Perlesenan seperti di bawah. Ikut step seperti dalam gambar


    cara semak skincare lulus kkm, Check Status Product Lulus KKM
    Cara Semak Status Produk



    So, ia akan keluar semua produk Youth Skincare yang didaftarkan di bawah Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd

    cara semak skincare lulus kkm
    Hasil Semak Status Produk Youth Skincare Shaklee

    Ok, itu saja langkah-langkahnya.

    So, dari contoh hasil carian yang Eina tunjukkan, Youth Skincare Shaklee adalah produk yang berdaftar dengan KKM dan ia selamat digunakan.




    Jika produk yang anda cari tiada dalam senarai, berkemungkinan produk tersebut tidak selamat digunakan. :)

    Pilihlah produk yang selamat digunakan :)


    Semak Nombor Pendaftaran Produk Shaklee di sini



    Continue Reading
    testimoni gastrik, testimoni esp untuk gastrik, gastrik


    Ramai yang tak sedar, mereka sebenarnya pengidap GASTRIK.

    Ini yang terjadi pada suami Eina sendiri. Dia tak sedar selama ni dia pengidap gastrik. Antara simptom yang selalu suami Eina hadapi ialah tak boleh makan lewat dan perlu ambil makanan berat pada setiap hidangan.

    Kalau dia terlewat makan, nanti angin akan naik ke kepala, then dia terus jadi migrain. After dia makan, mostly dia akan muntahkan balik makanan tu. Kadang tu, boleh jadi seram sejuk dan kadang-kadang tu demam tiba-tiba.

    So, bila cerita simptom-simptom ni pada yang lebih arif, rupa-rupanya suami Eina ada masalah gastrik.

    Selain dari pengambilan ubat dan makan dengan teratur, anda boleh juga amalkan ESP, sebab ESP dapat meneutralkan keasidan dalam perut. Ia mengenyangkan dan tidak memedihkan perut.  

    Eina nak share satu testimoni pesakit gastrik yang berjaya kurangkan gastriknya dengan pengambilan ESP.      

    Kenapa Perlu Ambil Protein Dari ESP

    testimoni gastrik, testimoni esp untuk gastrik, gastrik


    GASTRIK TERUK SAMPAI PENGSAN

    “Wawa dulu ada pengalaman gastrik teruk sampai pengsan. Ni waktu zaman belajar 2010/2011

    Tak boleh langsung lapar, tak boleh langsung kenyang. Alih-alih badan yang kurus kering sebab makan cukup syarat. Hehe

    Kat rumah memang prepare ubat gastrik dalam peti ais. Sampai macam kalih dah. Dulu tak suka makan ubat tu sebab rasa macam ubat gigi kan.

    Lepas jump ESP tahun 2014, wawa makan ESP tak henti sampai sekarang. Alhamdulillah, belum pernah kena gastrik lagi. Ubat pun dah lama tak jumpa. Alhamdulillah shaklee effect pada wawa”

    ******
    Ada masalah gastrik, bolehlah ikhtiar dengan ESP ni ya.

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    Youth Mask
    Youth Mask (Produk Baru)


    Bulan Jun yang lalu Shaklee telah memperkenalkan produk baru dari rangkaian Youth Skincare iaitu Youth Mask.

    Tiga manfaat yang anda akan dapat dari YOUTH™ Mask ini adalah Cepat, Efisien dan Menenangkan.

    YOUTH™ Mask ini direka untuk anda bagi membantu menangani masalah kulit sambil menawarkan banyak nutrien yang bermanfaat kepada kulit supaya anda kelihatan lebih muda, jelita.

    Didatangkan dengan 2 jenis Mask mengikut jenis kulit serta masalah kulit anda

    1. Youth Purifying Clay Mask - Untuk Kulit Berminyak/Mudah Berjerawat
    Youth Purifying Clay Mask
    Youth Purifying Clay Mask
    RAWATAN WAJAH SEGERA - DETOKS DAN MEMBERSIHKAN

    Youth Purifying Clay Mask


    • Menyahtoksin dan membersihkan kulit dengan campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.
    • Menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampilan liang pori, kulit yang lebih licin.
    • Untuk kulit berminyak/kulit jenis berjerawat.

    2. Youth Hydrating Gel Mask - Untuk Kulit Kering

    Youth Hydrating Gel Mask
    Youth Hydrating Gel Mask
      
    RAWATAN WAJAH SEGERA - MENGEMBALIKAN SERI WAJAH

    Youth Hydrating Gel Mask


    • Melega dan menyegarkan untuk kulit segar dan berseri.
    • Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Cantella Asiatica dan ekstrak Chamomile.
    • Untuk kulit kering.


    Bila Hendak Digunakan?

    Cara penggunaan Youth Purifying Gel Mask
    Cara Penggunaan Youth Purifying Clay Mask
    Untuk Kulit Berminyak
    Selepas seharian terdedah kepada pelbagai kotoran, kulit memerlukan detoks yang menyeluruh. Gunakan Purifying Clay Mask untuk detoks dan pembersihan kulit. Juga bagus untuk penggunaan sebagai rawatan tompokan untuk kulit berminyak atau bahagian kulit yang mudah berjerawat

    Untuk Kulit Kombinasi
    Dapatkan yang terbaik daripada kedua-duanya. Gunakan Purifying Clay Mask pada zon-T dan Hydrating Gel Mask pada bahagian pipi.

    cara penggunaan youth hydrating gel mask
    Cara Penggunaan Youth Hydrating Gel Mask

    Untuk Kulit Kering
    Penghawa dingin boleh menyebabkan kulit kering. Legakan kulit anda dengan Hydrating Gel Mask untuk kulit yang sihat berseri.

    Jerawat? Tiada masalah!
    Gunakan Purifying Clay Mask sebagai rawatan setempat pada kawasan berminyak dan berjerawat serta gunakan Hydrating Gel Mask pada bahagian yang lain.


    Petua untuk Kulit Berusia

    Youth Mask Petua untuk kulit berusia


    Guna Keduanya secara Berturutan
    Gunakan Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask secara berturutan pada hari yang sama untuk spa wajah segera di rumah!

    Guna Secara Berselang-seli
    Gunakan Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask secara berselang seli untuk menambah nutrien dan kelembapan.

    Dapatkan kedua-dua Youth Mask ini sekarang dengan tawaran hadiah istimewa. Baca sini untuk lebih lanjut >> Promo Youth Mask

    Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Eina

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    About me

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Sijil Halal Shaklee

    Sijil Halal Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee untuk Masalah Eczema
      Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan ...
    • Testimoni - Abah Dengan Kisah Vivixnya
      "Disclaimer: Results may vary based on the individual" Selalunya Eina akan kongsikan testi dari orang lain. Tapi hari ni E...
    • Vivix Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang
      Hari-hari terakhir promosi Vivix, saya kongsikan lagi testimoni seorang anak yang menghadiahkan kepada ayahnya Vivix untuk membantu dalam ma...

    Blog Archive

    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ▼  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ▼  Jul 2019 (13)
        • Sunnah Ketika Bangun Tidur
        • Reward dan Hadiah Cabutan Bertuah Shaklee
        • Testimoni Youth Skincare Shaklee untuk Jerawat dan...
        • Tips Kuruskan Pipi
        • Cara-Cara Cuci Muka Dengan Betul
        • Cara-Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit Muka
        • Cara-Cara Menggunakan Shaklee Youth Skincare Denga...
        • Jualan Kilat - Promo Collagen Powder Shaklee
        • Cara Diet Untuk Pesakit Gastrik
        • Cara Semak Skincare Lulus KKM
        • Testimoni ESP Untuk Gastrik
        • YOUTH Mask (Produk Baru)
        • Promo Shaklee Julai 2019
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top