Bahan semula jadi dan makanan boleh dijadikan sebagai bahan perawatan kecantikan yang mudah dilakukan di rumah. Kali ini kita pelajari petua kecantikan menggunakan bahan makanan yang terkenal tinggi fiber iaitu oat.
Ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berbaloi kan!
*Rambut kusam
Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan membebaskan daripada masalah rambut kusam.
*Skrub wajah
Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara melingkar selama 60 saat, lalu bilas.
*Skrub badan
Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun. Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.
*Masker wajah
Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam. Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.
*Penyejuk kulit
Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
Credit PaMa
Nak cantik dengan vitamin Shaklee? Boleh cuba amalkan Vitamin C & Vitamin E, boleh buat masker juga tau. Hubungi Eina untuk konsultasi ya.
~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”